Oh! cikgu..guru..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah....

Hari ni, terasa laju pulak tangan ni nak menaip-naip sesuatu di blog ni...
(terasa lamanya x menulis.. =_='')

oh! Guru.... 

mungkin itulah topik hari ini..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan hamba ini..
Untuk pengetahuan sahabat semua, 
saya menjadi siswazah pada 1 Disember 2012

dan

Allah tetapkan saya berkerjaya pada 1 JANUARI 2013 di sini

ya! sekarang..................................................

"SAYA SEORANG GURU!"

oh! seperti tak percaya kan?

mungkin ramai sahabat yang bertanya..

"Bila nak ambik MASTER? katanya nak sambung MASTER???"
"Kenapa tolak tawaran MASTER???"
"Kenapa tak jawab panggilan pensyarah universiti awak supaya ambik MASTER??"
lagi...soalan
"Mana cita-cita Pensyarah awak???"

Allah... susah nye nak jawab soalan-soalan ini..
hmmmm...

baiklah!

nak dengar cerita tak?
(hah?! x nak dengar??? nak cite jugakk... ;P)
sekolah rendah~
zaman kecik-kecik dulu, kalau cikgu tanya;
"Fadlillah, awak nak jadi apa bila besar?"
"cikgu, saya nak jadi CIKGU!!!"
sekolah menengah~
"Fadlillah, cita-cita awak apa?"
"jadi guru, InsyaAllah..."
marikulasi!
"Fadlillah, awak nak ambik bidang apa? dan awak nak keja apa?"
"erk..........doktor? erk.. erk.. oh!"
Universiti~
"Fadlillah, awak ni suka betul present kat depan.. sesuai jadi pensyarah.."
"InsyaAllah, sambung MASTER nanti, boleh jadi macam Dr.. Pensyarah berkaliber.. :)"

bila fikir-fikir balik semula...
menjadi Cikgu@Guru@Pensyarah.. semuanya = PENDIDIK

Maka itulah cita-citaku!

Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya dalam temubualnya di radio IKIM.fm...
"Kebanyakan guru itu mengajar tetapi tidak MENDIDIK,
guru yang MENDIDIK secara automatisnya, dia Mengajar.."

mendidik... terdidik!

pengalaman menjadi guru ketika ini sungguh mencabar.
cabaran bersama anak didik yang pelbagai kerenah..
kadang-kadang kerenah ini membuat diri ini terhibur..
kadang-kadang buat diri ini mendapat tekanan emosi..
oh! itulah mainan perasaan..

"Nikmat menjadi guru yang medidik hanya dirasai pada hati yang IKHLAS.."

bila dah ditakdirkan menjadi guru yang masih baru, yang masih perlu banyak belajar,
masih mencari kaedah-kaedah yang terbaik dalam menjadi pendidik yang terbaik,
masih banyak benda rupanya...hmmm..

Suatu hari, saya masuk kelas tingkatan satu muslimah, subjek ENGLISH..
"Teacher, today we learn LITERATURE or GRAMMAR or WRITING?"

bila pelajar tanya soalan tu, terdetik di hati..
('mereka dah tahu apa yang saya nak ajar, mungkin mereka terasa 'sedikit bosan'?)

"OK... today, I'll learn you how to be creative.. this time I'll give you creadits for your 
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)"

saya minta pelajar design satu simple card 4 her bestfriend "Special BIRTHDAY CARD"...
 so... taaa da~ ini hasilnya

Suatu hari, masuk kelas pelajar Tahfiz Sepenuh Masa, Subjek Fardhu Ain...
"Ustazah, hari ini kita belajar apa?"
"InsyaAllah, hari ini Ustazah nak ajar kamu berkaitan WUDUK.."
"Yeyyyyyy!!!!"
"Kenapa suka sangat?"
"Bestnya... tak sabar nak menulis, baru terasa macam belajar sikit.. "
"Oh... ^______________^"

 Saya tahu, pelajar kelas ni jarang-jarang sekali berpeluang belajar secara formal..
kerana mereka ini golongan bakal Hafiz-Hafiz Al-Quran yang berjaya..
Al-Quran dan diri mereka tak dapat dipisahkan..
Allah... mereka diberi anugerah yang hebat oleh Allah!
Ustazah bangga dengan kamu.. semoga kamu dapat membantu ustazah bersama kamu di syurga..
bersama para hafiz Al-Quran seperti kamu semua.. :')

sesekali waktu Fardhu Ain, ajar mereka menulis nota dan memberi penerangan kepada mereka..
seronok! kelas yang paling sikit bilangan pelajar dalam kelas.. FOKUS!
Alhamdulillah... Semoga Allah Redha~

Suatu ketika, sekolah buat gotong royong besar-besaran..
nampak sesetengah pelajar suka,
ada juga mencebik bibir, kata mereka.. "Alaaa.. hari-hari dah gotong royong.."

oh! saya terdengar rungutan itu.. macamana nak bantu anak didik yang terasa seperti itu?
hmm... berfikir sejenak..
saya segera dekat yang 'kurang suka' dengan gotong royong..
saya tengok dia buat kerja kurang bersemangat,
saya pun apa lagi.. dekati dia..
dalam hati.. ('Ya Allah, dengan nama mu.. bantulah aku mendidik dalam RedhaMU..)
"Awak, cikgu tengok awak pegang penyapu tu salah.."
mungkin perasaan 'malas' bergotong-royong membuatkan dia
dengan tiba-tiba tak tahu pegang penyapu dengan betul.. hehe .. ;P
so, saya kata "pegang macamni (saya tunjuk caranya).."
dia pun ikut la cara saya..
"Ha... baru betul... bagusnya awak.. Alhamdulillah.. sapu betul-betul.. 
InsyaAllah,Besar ni Pahala Allah bagi..:)"
saya tengok muka nya kembali berseri-seri..
mungkin berasa bangga dipuji oleh saya..depan kawan-kawan dia pulak tu..
Akhirnya, saya tengok dialah bekerja dalam gotong-royong tu yang paling bersemangat.. :)

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..
Terima Kasih Allah..

hari demi hari saya masih menjalani proses belajar lagi rupanya..
belajar untuk mengajar... mengajar dengan pelbagai kaedah..
bukan sekadar mengajar.. tetapi medidik.. InsyaAllah..

Setiap pagi, setiap kali keluar rumah,
ayah... mak.. kakak dan abang selalu pesan..
"Sebelum keluar rumah, niat mesti IKHLAS kerana ALLAH pergi mengajar di Darul Bayan tu.."
:') terharu.. pesanan yang sangat berguna...

suatu hari, saya terdengar satu promosi dari Prof Dr Muhaya untuk semua guru,
"jika anda seorang guru, anda boleh buka satu blog pendidik yang berjaya,
layari, http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/ "

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

benar! blog itu banyak memberi input berguna kepada pendidik-pendidik seperti saya.. :)

Terima kasih Allah!

p/s: Ya Allah, bantulah aku mendidik dengan pelbagai kaedah yang mampu memberi kesan kepada anak didikiku.. Ya Allah, bantulah aku.. Redhalah aku.. :')

Salam Sayang...
InsyaAllah, kisah diri ini sebagai guru akan menyusul lagi selepas ini..

wassalam...

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)