Yakinlah! tak menyesal bagi yang ISTIKARAH~

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Allah bagi peluang untuk saya mencoretkan sesuatu di blog ini...
#....MenulisBuatHatiJadiLega...LepaskanApaYangTersimpanDalamHati...#

rindu nak menulis lagi sebenarnya!

kali ini tajuk dia agak suspen... ngeee~

Apa itu Istikarah?
Memohon petunjuk dan panduan yang benar serta tepat pada suatu perkara.

Mengapa perlu Istikarah?
Didalam kehidupan kita banyak yang kita ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu perkara 
tidak kiralah dari benda yang kecil sehingga yang besar.
Contoh: soal memilih tempat belajar yang terbaik, memilih kerjaya yang sesuai, 
memilih pemimpin yang adil dan sebagainya..
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, 
sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, 
maka disunatkan mengerjakan solat...

Kadang-kadang kita tidak SABAR dalam membuat sesuatu keputusan.
Atas ketidak SABARan kita itulah..
pelbagai masalah muncul atas tindakan tidak SABAR tadi.

bahaya kan?!

maka... dalam membuat keputusan, usah terburu-buru!

Yakinlah dengan Firman Allah dalam Al-Quran;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! 
Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, 
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" 
(Surah Al-Baqarah 2:153)

Allah SWT sarankan kepada kita untuk SOLAT dan SABAR
dalam memohon petunjuk/pertolongan untuk suatu perkara.
Maka, bersama-samalah kita ikut perintah Allah SWT ini.

SOLAT ISTIKARAH merupakan solat yang baik untuk kita kerjakan 
bagi memohon petunjuk dan keputusan yang baik..

tak susah pun solat ISTIKARAH ni...

Bagaimana?


* Ambil Wudhuk dulu.. ;)
* Tutup Aurat jangan lupa, sayang~
* Hadap Kiblat leklok..
* Solat Dua Rakaat
* Niat Istikarah lillahi Ta'la ... ^_^


jangan lupa doa...doa... dan terus berdoa...


Yakinlah... Allah dah buktikan dalam firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: 
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, 
akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir:60)



haaaaa....
cuma SABAR sikit je... 

baru boleh buat keputusan yang terbaik... ^_^


قُلْ يَا عِبَادِي الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman! 
Bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. 
Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah 
yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" 
(Surah Az-Zumar 39:10)

InsyaAllah, disebalik keSABARan kita pasti natijahnya baik...

..........................................................................

tak rugi pun SOLAT ISTIKARAH...
untuk mohon petunjuk ARAH..
yang ruginya kita yang MALAS BERISTIKARAH..
keputusannya pun TAK TENTU ARAH..
JANGAN MARAH-MARAH tau!

.........................................................................................

Okey
.
.
.
.

sekarang masuk bab saya... *_*

kalau waktu belajar dulu-dulu, nak buat keputusan je.. mesti nak kena SOLAT ISTIKARAH dulu..

terutamanya bab pilih subjek/ pilih kelas/ pilih pensyarah/ pilih persatuan dan macam-macam lagi...
yang paling tak boleh lupa adalah hikmah disebalik ISTIKARAH 
nak pilih supervisor untuk last sem project...
Alhamdulillah, tak disangka-sangka...
hati nak kat Doktor A untuk jadi supervisor...
tup..tup... kaki ni laju je masuk bilik Doktor B...
Akhirnya, Doktor B yang jadi supervisor saya...
jawapan istikarah saya Allah sampaikan melalui langkah kaki saya... :')
Allah... hebat!
dan last sem itulah...
keputusan cemerlang.. result terbaik punya... ;)
graduate tepat pada masanya..
ALHAMDULILLAH...
sungguh dahsyat hikmah ISTIKARAH!

terharu pun ada...

ITULAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH :)


tapi kan...

jangan sedih kalau keputusan yang kita nak tu....tak dapat..

cuma kan.... menangis tu lumrah lah T__________T

by the way,

jangan lupa ISTIGHFAR... ISTIGHFAR.. ISTIGHFAR...

mungkin dosa-dosa kita lakukan menjadi penghalang...

ataupun...


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"... Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), 
sedang kamu tidak mengetahuinya. "'
(Surah al-Baqarah 2:216)

.............................................................................

posting kali ini bukan saja-saja saya tulis..

ini adalah peringatan buat diri saya sendiri..

insan lalai tak punya apa-apa.. tak memiliki apa-apa..
kerana semuanya MILIK ALLAH..

nak minta sesuatu, kena minta pada 
TUAN PUNYA DUNIA, ALLAHU RABBUNA~ 

p/s: 
sekarang ini... buntu!
Saya mengimpikan jodoh yang baik... 
tetapi bimbang diri sendiri tak baik... 
moga Allah mudahkan urusan yang baik ini... 
mohon doa kalian sahabat dan keluarga tersayang...
moga jawapan ISTIKARAH saya menguatkan hati dan cinta saya
HANYA UNTUK ALLAH... 

jangan buat sesuatu kerana manusia,
bimbang gerak hati kita tak sehala....
buat keputusan kerana terpaksa..
bimbang!
masa hadapan panjang perjalannya..
jangan sampai rosak binasa...

jika kehadiranmu TAKDIR dari ALLAH, 
teruskan mengambil langkah yang Diredhai ALLAH...
Ya Allah.... mudahkan lah proses ini....

MOGA ALLAH REDHA

:')

 buat pembaca blog buruk ku ini;

TQ sudi baca coretan entah apa-apa ni.. =_=''

maaf atas salah bicara...

sorry tau sayangku sekalian!

tata.... titi... tutu...
;p

wassalam...

PERTEMUAN

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

7 NOVEMBER 2014 | JUMAAT BARAKAH

semoga pertemuan pertama ini membawa barakah dalam hidupku...

doakan yang terbaik...

:')

berdebar-debar menunggu tindakan seterusnya...

Ya Allah, 

jika baik untuk Agama-MU, dekatkan lah...
jika sebaliknya.... JAUHKANLAH~

Anda menghafaz Al-Quran? Mana akhlaknya....?

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Dapat ambil peluang untuk coretkan sesuatu di blog kesayangan ini.

Tajuk posting kali ini merupakan satu lontaran persoalan yang
sudah lama berada dalam benak fikiran saya ni.

Pertamanya,

Saya ingin mengucapkan SYUKUR, ALHAMDULILLAH...
atas usaha pihak yang membuka sekolah yang menjadikan kokurikulum
MENGHAFAZ AL-QURAN sebagai agenda utama dalam pendidikan pelajar-pelajar.

Bermula dengan tadika tahfiz, sekolah rendah tahfiz, sekolah menengah tahfiz, maahad tahfiz, kolej huffaz dan sehingga ke menara gading, intitutsi huffaz ditubuhkan bagi melahirkan generasi quran.

namun...

agak sedih di akhir-akhir ini,
masalah akhlak dalam kalangan penghafaz Al-Quran amat membimbangkan!

masalah utama di kalangan huffaz adalah
gejala sosial di laman sosial.
ya, dunia kini maju!
teknologi canggih!

tapi harus diingat akhlak huffaz perlu dijaga...
akhlak di laman sosial kadang kala tidak menggambarkan
identiti seorang penghafaz AL-Quran.

sedihkan.........?!

saya tidak mahu lari jauh..
saya lihat di sekeliling saya berkaitan dengan
pelajar yang hafaz Quran
tetapi...
 couple.... ?!!
nauzubillah...

Bermula dengan titik hitam yang muncul di hati
para huffaz Quran,
maka bermulalah gejala2 maksiat hati berlaku..

apa yang menyedihkan,
ayat-ayat hafazan Al-Quran yang dihafaz mula terhakis dari ingatan..
mula lupa! lupa! lupa! dan terus lupa!

sedihnya.... T______T

seperti mempermainkan kalam suci ini?!

apakah faktornya?????

1. NIAT MENGHAFAZ AL-QURAN... apa niat sebenar nak jadi huffaz sebenarnya?

2. PEMAKANAN... apa yang ditelan dan dimakan sehari-harian? makanan menjadi darah daging kita sebenarnya... perlu checklist halal haram... checklist sunnah dan khasiat dulu..

3. AMALAN HARIAN... apa amalan baik sehari-harian? zikir, amalan sunat, mengulang AQ?

4. SAHABAT... siapa sahabat kita? sahabat yang baik selalu ingatkan perkara baik.. sahabat yang baik selalu ingatkan pada Allah, jauhi maksiat...

5. KELEBIHAN HUFFAZ... adakah kita tahu janji Allah pada para huffaz AQ yang ikhlas?

6. DOA... apa doa kita sehari-harian dalam menguatkan iman kita?


(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة 
وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة...آمين.

7. REDHA ALLAH... apakah kita selalu memohon redha Allah pada setiap perbuatan kita?

Allahu Rabbi... banyak lagi faktornya... yang tak tercatat di sini..







(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)