Baitul muslim.. baitul haraki.. baitul dakwah..

0
COM
{Mesej ini saya sebarkan buat semua sahabat2 seperjuangan yg masih 'berseorangan'}

Bismillahirrahmanirrahim....

sekadar nak kongsi dengan sahabat2 berkaitan "jodoh dari Allah" a.k.a menuju bait muslim/bait haraki idaman hati...

Jangan rasa ('apa ni.. tetiba share berkaitan ni..?!')

Just sharing ilmu...

antara point2 yang saya boleh share:
kita mesti tahu hukum bernikah..
-HARUS mendirikan rumah tangga
-SUNAT kahwin dengan tujuan meramaikan umat
-WAJIB bagi mereka yang mempunyai matlamat yang lebih besar seperti ingin terus ISTIQAMAH menjadikan rumah tangga tempat meraih pahala dan redha Allah, melahirkan zuriat2 bakal pejuang agama dan utk terus melahirkan sebuah masyarakat islam yang berilmu/beramal/berakhlak/berjihad dan bercita-cita melahirkan pemimpin-pemimpin negara islam yang kukuh dan teguh!

seorang muslimat/mujahidah yang ingin mendirikan rumah tangga perlu meletakkan "MARDHATILLAH" NIAT utama dan tangga tertinggi.

muslimah mestilah bercita-cita tinggi menjadi;
- PEMUDI yang berakhlak mulia/sopan satun mengikut syariat ISLAM
- ZAUJATUN SOLIHAH (Isteri yang solehah) taat pada Allah, Rasulullah, dan suami
- UMMU AQILAH (Ibu yang bijaksana) pandai dan bijak dalam menguruskan suami, anak-anak dan rumah tangga
- NENEK yang MURSHIDAH yang sentiasa tunjuk ajar anak-anak dan cucu-cuti berkenaan ISLAM seperti akhlak islam & cara hidup islam.

"Muslimat yang baik, insyaAllah ditentukan jodoh yang baik~  "

JANGAN DIRISAUKAN AKAN JODOH, kerana itu sudah menjadi ketentuan hidup kita..
JANGAN DITAKUTKAN AKAN MATI, kerana itu sudah pasti menjadi kemestian buat kita...

amalkan doa ini (gambar) bagi mereka yang merasakan "lambat jodoh" ada masalah tentang jodoh..
ALLAH tempat memohon dan mengadu.. jangan cari yang lain~

Pernikahan merupakan impian buat semua insan... (siapa yang tak mahu nikah...semua nak~)
Tapi bagi para mujahid/mujahidah islam (macam kita semua ni... insyaAllah),
Matlamat pernikahan bukan dilihat hanya sebelah mata.. bukan dilihat sekecil perkara.. 
tapi, ia satu MATLAMAT BESAR!


matlamat utama:
MENUJU REDHA ALLAH..
seterusnya, diikuti dengan
MAHU TERUS ISTIQAMAH dalam perjuangan...


**Tapi.. harus diingat tidak semestinya pasangan yang saling memahami perjuangan islam akan terus istiqamah dalam perjuangan.. boleh jadi mereka diuji dengan ketakutan.. dan terus tidak teruskan perjuangan..

**Boleh jadi pasangan yang saling memahami perjuangan... menjadikan perjuangan bertambah kuat dan teguh.. akhirnya istiqamah berjuang hingga ke hujung nyawa menuju syurga bersama..

**Ada juga pasangan yang bertemu jodoh dengan salah seorang sahaja 'faham perjuangan'... akhirnya... disebabkan itu.. perjuangan menjadi pudar... jauh dari perjuangan...

**Tapi ada juga pasangan yg salah seorang sahaja 'faham perjuangan' ini mampu memahamkan pasangan dan mengajak pasangan utk saling berjuang bersama.. akhirnya.. Allah pilih mereka utk istiqamah menjadi pejuang islam hingga akhir hayat mereka..

{Itulah warna-warni kehidupan manusia yang Allah cipta.. 
kita berhak memilih utk perjalanan hidup perjuangan kita...}

Jika hendak memilih pasangan.. doakan:

"Aku nak pasangan yang tak akan menghalang sebuah perjuangan.. 
yang terus menambahkan semangat dalam perjuangan... 

moga Allah pilih jodoh bersama;
Isteri yang solehah penuh bertanggungjawab menjaga kebajikan rumah tangga/suami/anak-anak.. serta ibu yg membimbing anak-anak menjadi soleh-solehah...
Suami yang soleh yang mampu membimbing isteri ke arah jalan yang Allah redha.. menjaga kebajikan rumah tangga.. mencari nafkah.. serta menjaga hati isteri n anak-anak..."


-perkongsian ini diambil dari usrah bertajuk "bait muslim" ameerah dungun-

P/s: maaf.. saya ini mmg xlayak nk cakap hal2 ni disebabkan tiada pengalaman lagi.. cuma hanya dengan niat berkongsi ilmu yang diperoleh sahaja..
** perkongsian bergambar di bawah diperoleh semasa usrah... sama-sama amalkan... moga dipermudahkan..**

p/s: banyak lagi nak tulis ni.. kena susun karangan panjang jugak ni... tak sempat.. kongsi sebahagian ni dulu.

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)