ALHAMDULILLAH..mudahnya! kelahiran anak pertama ku..

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah..
Time free2 ni boleh la update status sket.. ;)

Alhamdulillah.. 
seperti biasa rutinku sebagai guru, bawak kereta g sekolah... 
angkat beg, angkat buku, angkat barang2 kelas macam biasa.. 
nak kata ada rasa sakit2.. tak rasa lagi time pagi tu..

malam sebelum tu, 19 januari
masih sempat lagi buat kuih dengan suami.
suami cadang nak letakkan dekat koperasi sekolah saya.
tanda-tanda sakit? tiada juga...

esoknya, 20 januari pagi masa tu.. 
saya sarapan macam biasa.. biasalah ibu mengandung kena jaga sarapan..
sarapan ni menda wajib..
makan macam biasa...

jam 8.00 pagi..
Di sekolah masa tu, 
sempat la study sebelum nak masuk.. 
sempat panggil pelajar angkat langsir untuk pasang dalam kelas.. bla.. bla.. bla.. 
macam2 aktiviti pagi tu.. 

Tapi.. 
rasa x sedap perut tu ada dah 
(cakap dalam hati, eh.. sakit angkat barang berat ke ni?)

Due beranak lambat lagi.. 26 feb ni.. sebulan lagi ni.. hmm

Saya buat tak tahu... 
tapi perut rasa macam memulas terus ke tandas, 
tengok ada 'tanda' yang buat jantung saya laju... Allah..

Terus call suami, 
ke hospital dungun.. naik ambulan yang sangat dahsyat lajunya.. 
sakit badan2 saya dia redah semua lubang2 kat jalan.. bonggol2 jalan.. 

Sampai kat hospital terengganu,

Tanggal 20 januari 2016,
jam 12.40 tghr.. Alhamdulillah, selamat beranak 1.36 ptg.. Allah..




Subhanallah, rasa sekejap je masa..
kalau ikut pukul 1.00 ptg tu kalau boleh nak beranak terus.. 
tapi punya la lama nurse interview, untuk isi borang, isi maklumat dlm buku, 
interview dah nak setemgah jam... 

huhu.. sabar je la.. tahan je sakit.. 
nurse pesan: "sabar dulu, jangan beranak lagi.."

Erk! Pengalaman sungguh...

Alhamdulillah, 
mudah Allah bagi...
Bahagia dengar suami azan & iqamat anak... 
baca quran untuk anak.. Alhamdulillah.. 
:') terharu~♡

Cuma 2 minggu lepas bersalin..


anak kena kuarantin ke wad penjagaan bayi, wad SCN 
untuk suntik antibiotics bg procedure bayi pramatang.. 
kelahiran awal pada tarikh jangkaan.. berjauhan seketika dengan anak...

InsyaAllah, doa anak kuat dan cepat sembuh...

»———»———»———»———»

Tapi... 
Bila masuk wad, tengok teman2 satu wad penuh kisah suka dan duka bersalin.. buat diri insaf... Allah..

P/s: nanti kita sambung cite..

Sayang, sayangi dirimu ketika MENGANDUNG!

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,
masih diberi peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

posting kali ini saya tulis khas
buat sahabat2 guru yang sedang mengandung ketika ini.

pertamanya,
TAHNIAH!!!
anda disahkan mengandung!

ALHAMDULILLAHHHH...
Nikmat Allah yang Maha Rahman wa Rahim ini tidak dapat didustakan!

sentiasa ucapkan Alhamdulillah
tanda kita begitu syukur dengan kurniaan ini.

tajuk posting saya kali ini
"Sayang, sayangi dirimu ketika mengandung!"

kenapa ye?

waktu mengandung adalah waktu yang sangat indah.
walaupun kadang-kadang ada pahitnya,
semua itu adalah lumrah dalam kehidupan.

apa yang perlu disayang?

teruskan membaca
.
.
.
.
.
.
.
.


SAYANGI DIRI SENDIRI
[ye lah, diri insan mengandung ni 'lain' tau.. bawak 'nyawa' dalam rahim]

Bagaimana hendak menyayangi diri sendiri?

ada sesuatu yang 'pelik' yang saya ingin ajarkan.. huhu..

pernah tak kita tengok wajh kita kat cermin, 
dan cakap "i love u" ?
ini salah satu caranya.

ibarat kita sedang menyatakan rasa sayang pada diri kita sendiri.
.
pelik?
.
tapi anda akan rasa 'bahagia'.. 

pernah buat?

tak?

boleh try lepas ni..

antara lain juga,

sayangi DALAMAN kita.
kalau ikutkan memang semua makanan yang diidam-idamkan kita nak rasa kan?
guna alasan kalau mengidam kena usaha jugak makan dan usaha jugak cari?

no! 
please beware!!

pertamanya kena pilih makanan yang HALAL serta diyakini.
tengok samaada berkhasiat atau tak?
tengok ia boleh menyebabkan elergik tak?

SUPPLEMEN/MAKANAN FIZIKAL 
untuk dalaman kita.
.
.
yes!
yang ni sangat2 perlu.

tak kisah lah supplemen macamana pun, 
kita kena pandai pilih.

Antara supplemen cadangan:
Madu - bertindak sebagai antibiotik 
Vitamin C 
Kurma - bertindak sebagai ganti folic acid dan bekal tenaga 
Susu kambing - bertindak sebagai sumber protein 
Omega 3 - minyak ikan sebagai sumber protein dan minda 
Minyak Kelapa Dara/Minyak Zaitun - sebagai pelincir/lancarkan pencernaan 
Buah-buahan segar - elakkan buah nenas yg tajam 
Air Zam-zam - air segala penawar

MAKANAN ROHANI pun penting untuk kita.

selalu la tenang2kan hati kita dengan rajin ...

MEMBACA AL QURAN 
BERZIKIR 
BERSELAWAT 
BERISTIGHFAR 
CAKAP PERKATAAN YANG BAIK 
ELAKKAN CEMBURU/DENGKI - cemburu itu dari syaitan 
ELAKKAN BURUK SANGKA - su'udzhon itu syaitan


kajian menunjukkan orang yang tengah mengandung ni,

70 % MAKANAN ROHANI 
seperti {positif dan terus positif ....!}

buatkan mereka semakin
KUAT DAN BERSEMANGAT ketika mengandung.

30 % SUPPLEMEN/MAKANAN FIZIKAL
seperti {kurma, air masak, bla.. bla.. tu memang kena jaga jugak.

kalau tak macamana nak dapat 100 % tu kan?

ada faham?

kalau nak tanya lebih lanjut boleh comment kat bawah.. ngeh2x..

ni gambar time saya pregnant jugak ni..
kenangan... ;)


AMALAN KETIKA MENGANDUNG

0
COM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
BANYAK AMALAN YANG BOLEH DI AMALKAN
KETIKA MENGANDUNG
ANTARANYA:
SOLAT AWAL WAKTU &
BERJEMAAH
BANYAKKAN BERZIKIR


BANYAKKAN BERISTIGHFAR

BANYAKKAN BERDOA
UNTUK KEBAHAGIAN
RUMAH TANGGA SEKARANG,
AKAN DATANG DAN SELAMANYA




































Pengalaman pregnant anak 1st

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi.
.
Kini, kembali mencoret lagi.
.
Tadi saya duk balek2 blog ni.
.
Fuh! Posting 2015 hanya 2 kali posting.
.
Tahun ni baru lepas 1 kali posting!!!
.
Apa tandanya tu?
.
Itu tandanya…. Tanda malasss… huhu
.
Tapi hari ni kenapa tetiba rajin?
.
Sebab just tengok posting sebelum ni pasal kenangan kat mesir.
.
So,
kali ni nak cecite pasal pengalaman waktu PREGNANT la pulak.
.
Padahal, masa duk posting hari ni, anak dah nak masuk 7 bulan dah!
erk...
Ibunya baru terhegeh2 nak bercerita pasal
PENGALAMAN MENGANDUNG!
Kiki.. ibu awak ni pelikk sikit orangnya.. =_=!

Ok,
straight to the cerita sebenar je la…

Secara normalnya lah kan,

Setiap pasangan yang dah berkahwin ni,
banyak perkara nak kena fikir dan fikir untuk kebahagian dalam rumah tangga
untuk Dunia & Akhirat... dan semuanya mesti kerana Allah...
Pengalaman saya pulak masa tu saya ni PJJ jugak dengan suami.
plan asal nak PJJ sampai setahun, akhirnya fly jugak saya ke mesir..huhu~

Waktu sampai Mesir ketika tu memang kalut fikir rumah sewa.

Hidup kami menumpang lah dulu di rumah abang n kaki par saya.

Alhamdulillah,
tak sampai sebulan menumpang kami suami isteri jumpalah rumah sewa.
Start dapat jumpa rumah,

kami bertungkus lumus penuhkan barang2 dalam rumah.

ruang tamu
.


dapur masa ni tak kemas lagi

mesin basuh.. penting ni!

bilik tidur
cari tilam besar terus, tak payah fikir nak beli katil.. hihi.. jimat!

Alhamdulillah settle bab tu.
.....
eh.. eh... eh.. tadi nak cite bab lain.. masuk bab rumah dulu..
entah apa2 la saya ni kan???

..............................................................
Bila saya mula tahu yang saya mengandung?
Antara tanda-tanda kehamilan yang saya perolehi:
Seingat saya la,
waktu tu bulan Ramadhan 1436H.
mula-mula tu saya rasa perut saya
memulas sangat-sangat macam senggugut.
saya fikir mungkin datang bulan!
fikir nanti tak puasa penuh la.
lepas tu, symptom-symptom pelik mula keluar tanda.
1. saya alami pendarahan
2. badan saya semakin letih
3. sensitive pada bau2
4. sensitive pada hati..
5. kurang selera makan.
sejak ada symptom ni dah rasa hairan,
ada la sahabat nasihatkan beli pregnancy test.
Alhamdulillah, cek2 memang betul2 pregnant!
waktu tahu memang la SERONOK BAHAGIA~
tapi sejak tahu,
badan makin hari makin lemah. letih. sensitive teramat sangat.
hampir 4 bulan kandungan saya ALAHAN!
-alahan bau-bauan
-alahan bau minyak masak
-alahan masak memasak
- alahan makanan. tak selera makan!
semua jadi loya2 dan muntah.
kadang rasa kesian kat suami, terpaksa layan kerenah isteri.
tapi waktu tu kami PJJ dengan family dua-dua belah..
so, SUSAH SENANG TAWA TANGIS PAHIT MANIS
semua kami tanggung sendiri.
macamana saya atasi masalah kurang selera makan?!
ANTARA MAKANAN YANG SAYA BOLEH TELAN TIME ALAHAN:
1. Madu
2. Buah Delima

3. Susu kambing

4. Biskut-biskut kering

5. buah-buahan segar
.......................................................
 tapi...

lain orang pregnant, lain gaya nya..

saya alami alahan selama 4 bulan.

akhirnya tak tahan, pujuk suami balik Malaysia jugak...

masuk je kandungan enam bulan,

kami fly balik Malaysia..

balik Malaysia kan..
nak tahu tak???

alahan hilang serta merta..

huhu..

mengada!

alahan ke rindu tu?

=_=

.............................

eh. eh.. eh..

jap!

nak share satu benda lagi..

kita ke post blog berikutnya la kan?

jommmm....

check it out!


(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)