SAAT LAFAZ SAKINAH :)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...Alhamdulillah... Alhamdulillah...

mengambil peluang masa ini untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ku ini...
blog inilah tempat aku meluahkan sesuatu yang terbuku di hatiku...
semoga coretan ini memberi manfaat kepada pembaca-pembaca yang singgah ke sini.

~ TERIMA KASIH ALLAH ~ 
moga kalimah ini akan sentiasa diucapkan ku...

SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH...ALLAH AKBAR..
LA HAW LA WALA QUWWATA ILLA BILLAH!
itulah zikrullah yang perlu kita sentiasa baca di kala kita keseorangan...

insyaAllah, ada ganjaran besar buat hamba yang sentiasa mengingati ALLAH SWT.

kali ini, saya memang perlu tulis sesuatu yang saya janjikan dengan beberapa orang sahabat.

sahabat2 meminta saya ceritakan perihal JODOH...

Allah... sesungguhnya diri yang dhoif ini tak layak berbicara soal jodoh..

namun, demi memenuhi permintaan sahabat-sahabat tersayang...

saya ceritakan di sini, kisah 
"JODOH DARI ALLAH BUATKU"

Saya pun bagaikan terbangun dari mimpi..
sungguh indah mimpi ini!

Maha Suci Engkau, Ya Allah!!

ini coretan pengalaman saya sendiri...
moga ia bermanfaat buat semua...

(^___^)

begini kisahnya...

Alhamdulillah... 

[Jumaat, 7 November 2014] 

waktu ini, saya menjalankan tugas saya di sebuah program "KEM TAHSIN SOLAT" 
di Surau Taman Permint Indah Jaya.. saya ditugaskan oleh team usrah sebagai AJK unit Pendaftaran.
Selesai urus hal-hal berkaitan pendaftaran, saya terus bergerak ke rumah cg Syakila.
Seperti biasa, saya akan ke rumah cg Syakila untuk ajar mengaji anak-anaknya.
Selepas 1 jam saya ajar anak-anaknya, 
hadirlah sepasang suami isteri beserta seorang anak lelaki datang sebagai tetamu cg Syakila.
Saya yang 'blur2' masa tu, ter- 'join' sekali sembang-sembang dengan tetamu tersebut.
rupanya tetamu tadi adalah Cg Ramli, kauselor SMKSO dan isterinya, Ustazah Razmah, gruu SMKPS.
Mereka berdua adalah ibubapa kepada pelajar saya kat SMIDB.
Alhamdulillah, seronok bersembang dengan mereka...
Cuma, yang saya hairan kenapa anak lelaki mereka ni kurang bercakap.
Alahai.. ke sebab saya banyak cakap sangat.. =_=''
(yang penting masa tu, saya memang slumber dekk je.. tak de perasaan apa-apa..hahahahaa)

Lepas sembang-sembang,
(siap tukar-tukar no tel dan ambil gambar tu yang tak tahan...huhu)
Baru 1st time jumpa....Baru 1st time kenal....itu pun tak berapa nak kenal.
saya hanya dengar cg syakila dan diorang cakap hal-hal sekolah sahaja....



Cuma.. dalam hati saya ni ada perasaan pelik la jugak.. 
sesekali cg syakila kenyit2 mata kat saya.. macam bagi 'hint' sesuatu kat saya..
saya pulak buat slumber dekkk je... ngeh23x..

Selepas tu, tetamu tadi minta diri. Sudah selesai bersalam-salaman, 
cg Syakila pun tanya.. "macamana awak tengok anak lelaki ustazah tadi?"

Allah... gugur jantung saya! soalan cepu cemassss sunguhhh!!!

jawapan saya... "OK!"

haha... ntah apa-apa la jawapan yang saya bagi masa tu...=_=''

...........................................................................

Selepas dua tiga hari selepas pertemuan tu,
cg Syakila call saya.. "Fadlillah, awak dah istikarah?"

Allah... istikarah apa kebendanya...???

rupanya, tetamu yang hadir hari tu ada 'udang disebalik mee goreng sedappp' ni..

"Erkk... saya tak istikarah pun untuk hal ni.."

" insyaAllah, saya akan istikarah.."

...........................................................................

Suatu hari,
waktu tu saya baru lepas solat jemaah Maghrib dengan mak ayah saya.
selepas solat, saya ceritakan pada mak ayah pasal pertemuan saya dengan tetamu cg Syakila.
mak ayah saya tekun je dengar saya duk pot..pet..pot..pet.. bercerita..
hihi.. memang anak diorang ni suka bercerita.. ^_^

tetiba je... tuttt..tuttt..tutt...
cg Syakila call saya lagi.. "Fadlillah, macamana jawapan istikarah awak?"

Allah... dahsyatnya.. cepatnya nak jawapan..
macam tak dok mimpi lagi.. petunjuk lain pun dok nampak lagi...

yang peliknya, dengan selamba saya jawap..."Ok je... saya ok!"

entah la dari mana la jawapan sepantas kilat ni!
cuma jauh di sudut hati saya... 'ini jawapan dari Allah.... insyaAllah...'

...........................................................................

"Fadlillah, keluarga cg Ramli & Ustazah Razmah nak datang rumah awak..."

[Jumaat, 14 November 2014]


waktu ini, saya pun agak kelam kabut dengan banyak perkara... usrah nya... meetingnya..
apa-apa pun semua saya serahkan pada Allah swt.. tak putus-putus doa dan selawat saya..
tetiba je, datang sesekali perasaan berdebar-debar..
ye la! kenapa tidak.... orang yang saya tak kenal langsung..
tetiba nak jumpa ahli keluarga saya!!!
Allahu Akbar~


Pertemuan kedua-dua belah keluarga ini adalah pertemuan merisik rupanya...
moga pertemuan ini ada keberkatan di sisi Allah..
semua sudah saya serahkan pada Allah..

.....................................................................
bermulalah perkenalan saya dengan seorang yang saya panggil 'ustaz'
.......................................................................

Perkara yang saya tak boleh lupa tentang mesej pertama yang 'ustaz' 
hantar mesej melalui whatsapp kepada saya..

 hihi.... *_* malu~

"Assalamu'alaikum ustazah Fadlillah, maaf ganggu... 
Salam perkenalan, 
ana diberi nama Ahmad Farihi bin Ramli..."

lama saya tengok mesej ni... nak balas ke tak nak balas... susahnya nak balas mesej ni..
Allah... bantulah hambamu..

akhirnya, dengan kekuatan yang Allah bagi, saya balas.. 
saya panggil dia ustaz.. dia panggil saya ustazah..
saya sungguh respect ustaz ini.. semua mesejnya fokus..
tiada yang lalai dan lagha... sungguh menjaga hati..
Allahu Akbar~

perbincangan ustaz perihal taaruf antara lelaki dan perempuan..
batas-batasnya...  perihal keluarga.. perihal agama..
sungguh menenangkan hati saya...

akhirnya.. timbul perihal tunang...

ustaz sampaikan hajat nak meminang saya pada jumaat berikutnya, 21 Nov 2014..
tapi dengan kesibukan saya nak selesaikan assignment, tugsan saya di sekolah...

kami buat keputusan tunang pada..

[Jumaat, 28 November 2014]

Cg Syakila dan anak-anak

busana pertunangan... 
atas kepala tu jahit sendiri... siapa nak tempah?? hehe...

.................................................................................
.................................................................................
Alhamdulillah.... tarikh bersejarah...

[Jumaat, 5 DISEMBER 2014]


Dengan sekali lafaz, secara SAH & RASMI nya...
Saya menjadi isteri kepada Ahmad Farihi bin Ramli..

(T_____T) 
menangis dalam hati... sebak... terharu... 
1001 perasaan~ 

Saat suami saya solat sunat tanda melahirkan 
rasa syukur pada Allah SWT atas anugerah ini... :')

Ini lah ayah dan mak saya yang merestui pernikahan ini...
Tanpa restu ayah dan mak... siapalah kita?

Alhamdulillah 'ala kulli hal...
saya punya Ayah yang tegas tetapi penyayang..
saya miliki ibu yang cantik lagi penyabar..
kakak-kakak yang baik hati..
abang-abang penghibur jiwa..
adik-adik pengubat duka dan lara..
semuanya nikmat dan anugerah Allah yang Maha Agung~

رضى الله في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين 
Erti: Redha Allah adalah pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murka ibu bapa

(^_^)v peace... saya dah jadi isteri orang.. =_=''

Syakir: "Che lah.. betul ke che lah dah kahwin ni?!"
huhu.... tak percaya!!!

*_*

busana nikah... jahit sendiri corak2 bawah tu.. nak tempah? sila-sila.. ;)

...........................................................................

Rasulullah SAW bersabda :
”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. 
Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. 
Dan dia memberikan hartanya kepadaku 
ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. 
Allah menganugerahi aku anak darinya
dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.”
[HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]

Allah.... InsyaAllah di hari jumaat, bulan safar ini adalah hari pernikahanku...
Moga Allah limpahkan barakah kepada kami.. Allah... Allah... Allah....

Berusaha nak contohi saidatina Khadijah Khuwailid dalam menjadi isteri.... InsyaAllah..
Mohon doa... Nak jadi hebat kena contohi orang hebat... Tak salah bercita-cita tinggi....
Mohon doa dan kata2 semangat... Moga Allah Redha...

nak tahu satu lagi info....

saat lafaz sakinah bermula... Pantas! Allahu akbar!!! Jika diselidik kembali... semuanya berlaku pada hari jumaat barakah... Moga hubungan kami barakah jua... mawaddah wa rahmah... Indahnya bercinta selepas kahwin... hari2 nak kenal lagi kenal semakin kenal sampai jannah.... insyaAllah

penat menaip la pulakkkk dahhh...

sambung cerita lepas ni..

pengalaman 5 hari bersama suami tersayang...
sebelum dia ke mesir... ;)

baca nanti..

wallahua'lam.....

pesanan:
Soal Agama adalah yang utama.. itulah resepi kebahagiaan dalam baitul muslim...
SOLAT JEMAAH adalah TIP KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH TANGGA!

bahagiakan... sungguh bahagia!

Design bunting 2'x5' (BAITUL MUSLIM)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,
Design sendiri bunting majlis kahwin.
Puas hati.. tak perlu kos upah design..
^__^

BUNTING masa majlis walimah di rumah saya:


BUNTING masa majlis sambut menantu:


(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)