Allah bagi dan beri ujian pada kita

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar!
Allahumasolli a'la saidina Muhammad... ~

setelah sekian lama tidak menulis di blog ni.. hari ni hati terpanggil nak mencoretkan sesuatu yang terpahat dalam kalbuku ni..

Allah.. Allah.. Allah..
tak tahu nak mulakan dari mana.
saya tahu blog ni tidak ramai pembacanya..
saya anggap blog ni sebagai tempat saya meluah rasa, memberi pendapat, berkongsi pengalaman dan apa sahaja..

sedih? gembira? terkilan? suka? redha.. 
entah apa perasaanku kali ini..


"melihat orang yang kita sayangi ditimpa musibah, apa rasa hati anda?"

Ya Allah, bulan RAMADHAN ini bulan TARBIYYAH..
RAMADHAN ini bulan rahmat..
RAMADHAN ini bulan PENGAMPUNAN..
RAMADHAN ini bulan KEREDHAAN..
RAMADHAN ini bulan KASIH SAYANG..
dan dalam bulan ini penuh dengan 'KEAJAIBAN'...

melihat nukilan "RAMADHAN ini bulan TARBIYYAH",
teringat satu kisah yang tak padam difikiranku..
moga cerita ini dijadikan iktibar..

  • Saya punya seorang sahabat, dia seorang yang amat disegani, dihormati dengan tahap ilmu yang dia ada itu, tak dapat kami nafikan. Sungguh! sahabat saya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memagang amanah mentarbiyyah sahabat2 yang lain. Dia lah ustaz, dia lah naqib dan dia merupakan seorang SAHABAT.

  • Suatu hari, dia merancang untuk buat usrah dengan adik2 usrahnya. jadi, dia sms setiap seorang: "USRAH itu INDAH. 4.30 pagi, di Surau...rebut QIAM jemaah bersama..lillah..semoga kalian dapat hadirkan diri.. datang awal sebelum masanya.. syukron kathir, ukhuwahfillah abadaa.. :) "

  • Indah mesejnya.. saat sampai masanya, sahabat itu keluar dari rumah sewanya seawal 4.00 pagi menuju surau. sampai dalam pukul 4.25pagi. sahabat saya sempat tunaikan solat sunat 2 rakaat tanda syukur pada Allah selamat sampai ke destinasinya. Dia mula menunggu2 kedatangan adik2 usrahnya.. 

  • setelah hampir 1 jam lebih dia menunggu,dalam 5.40pagi gitu..hmm, 
    pada mulanya SABAR.. menjadi RESAH bila masa berlalu lamanya sudah.. hati mula GELISAH, mula lah rasa nak MARAH.. tapi dia masih pujuk hatinya.. "mungkin lewat sikit lagi.. " 
  • tunggu sambil tunggu, sahabat dapat SMS dari teman rumah sewanya ada masalah 'URGENT' katanya.. terus dia siap2 nak balik rumah sewa semula. sempat jugak sahabat mesej setiap adik2 usrahnya, yang USRAH ditunda selepas Subuh..

  • Dalam perjalanan balik rumah, tetiba je motor tayarnya pancit.. bomm!! meletup sih.. ada 10 minit perjalanan kaki nak sampai rumah.. terpaksa dia heret motor ke rumah.. berpeluh2.. mulalah hatinya marah2..
  • Sampai rumah, dah masuk subuh.. masalah 'URGENT' teman rumahnya dah settle.. dia terus masuk bilik dlm keadaan hati tak tentu arah.. marah.. gelisah..resah.. semua ada.. dalam solat sujud terakhir subuh pagi itu, air matanya mengalir juga.. akhirnya! Allah.. sabar itu ada tahapnya!
Dalam doanya dia berMUHASABAH..:")

"Ya Allah, apakah niatku sebelum pergi USRAH?
apa dosaku sampai diuji begitu sekali?
apa kah salah aku?
.........................................
oh! aku teringat sesuatu Ya Allah...
sebelum aku hadir, niatku 'Test & uji TARBIYYAH ADIK2 USRAH la skali..:)..!'
rupanya engkau terlebih awal MENTARBIYYAH DIRIku...
jika benar ini TARBIYYAH darimu.. maka ampuni aku..
ampuni setiap dosa amarahku pada takdirmu seketika tadi..
ampunkan segala dosa-dosaku..ya Allah.. T_____________T.."

***********************************************************

Cerita sahabat saya diatas ini adalah penguat kepada diriku sebenarnya..
cuba kuatkan diri setelah habis air mataku mengalir..
mengalir buat insan yang amatku sayangi..
oh, abang kesayanganku!

melihat dia diuji, sakit hati.. sedih hati.. tabahlah duhai hati..
cuba untuk tahan sabar..
apakan daya kita insan biasa..

air mata adakalanya penyubur hati.. ada kalanya penguat diri..
air mata ini mengalir malam ini buat 2 insan yang ku sayangi & hormati..
mereka insan teguh! utuh! 
abangku dan kakak iparku..

mendengar kisah kamu diuji, cukup perit..
Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
kesedihan tak dapat dibendung lagi atas ujian yang Allah bagi..

kakak iparku adalah insan yang paling hampir dengan abangku..
kesana kemari bersamanya.. berkongsi suka duka bersama..
melihat matanya merah padam menahan air mata dari mengalir tadi cukup buat diri ini sebak! Allah uji mereka! semoga mereka kuat!

duhai abangku sayang,
sesungguhnya diri ini marah pada ujian ini..
tapi apakan daya.. cuba letakkan perasaan amarah itu pada tempat sewajarnya..
setelah tadi sangat marah pada mereka yang tak merasai kesusahan abangku yang jauh bermusafir demi menyampaikan ILMU ALLAH ini, aku cuba tahan sabar!

ya! SABAR itu INDAH~ tapi tahap sabar jangan dilupa mudah!

cuba mempositifkan minda?

  • sekarang ni di pertengahan RAMDAHAN,di mana ada PENGAMPUNAN ALLAH padanya..semoga ujian ini tanda penghapus dosa dan pengampunan dosa kita..
  • sedang kita dipertanggungjawabkan untuk TARBIYYAH masyarakat, ALLAH juga berhak MENTARBIYYAH kita sebagai menambahkan keimanan kita pada Allah..
  • Hikmah disebalik ujian siapa yang tahu, sejauh mana kita menerima dengan REDHA atau menerima dengan tidak REDHA.. maka redhalah pada ujian ini.. semoga ALLAH REDHA pada kita..
  • surah Al-Baqarah: لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)
    286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

semoga positif saya ini diterima (walau 'sedar; dah nak akhir2) 
setelah tadi saya dah mula negatif bukan2 dah.. Allah, ampunkan aku.. semoga air mata yang mengalir tadi ENGKAU redha jua.. teringat kata2 ini:
" air mata yang mengalir kerana mengingati ALLAH itu adalah lebih baik"

buat abangku sayang,
sesungguhnya sayangku padamu tidak melebihi sayangku pada ALLAH..
aku sayang kamu lillahi ta'ala demi Allah Redha kita dicipta sebagai adik-beradik.. dirimu penguat semangatku, dirimu banyak mendidikku, dirimu banyak menasihatiku, aku syukur dikurniakan abang sepertimu.. maafkan aku pada salah silapku.. terima kasih kerana sudi menemaniku seketika tadi.. terubat rindu!
abangku,
dirimu bertuah punya isteri hebat, memahami, menyayangi.. jaga dia sebaiknya.. tuntuni dia bersama-sama berjuang bersamaMU.. semoga cintamu pada isterimu kekal menuju SYURGA.. semoga dia bakal bidadari buatmu disyurga kelak. INDAH!
semoga kita sekelurga jua menuju syurga.. semoga baitul muslim kita menuju jannah.. INSYAALLAH~
PEMBAKAR SEMANGAT kita SEMULA;)

firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” [Al-Ankabut: 69]

firman Allah:
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku (Hud) takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat." (Hud: 3).

tadah tangan berdoa pada ALLAH.. jom sama-sama.. 
jika QIAM sudah jarang-jarang maka ku cuba kuatkan diri
QIAM sebaiknya di bulan RAMDHAN.. jom sama-sama rebut! insyaAllah~


(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)