::ReunionRaya 'RR' bersama teman lama::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Allah bagi peluang untuk saya update blog kali ini. Alhamdulillah..

Disebabkan sekarang dalam mood SYAWAL a.k.a AIDILFITRI,
saya nak kongsikan pasal Raya!!!

gembiranya....
 ^______________^

Raya Tahun ni sama macam tahun-tahun lepas,
BAHAGIA + GEMBIRA...

Terima Kasih Allah... :)

Tajuk post saya kali ni adalah.... 'RR' a.k.a Reunion_Raya...

hihi.. saje je letak tajuk macam tu sebab tak tahu dah nak tulis apa.. ;)

boleh dikatakan tahun ni saya raya sakan sungguh-sungguh...
bersama kawan/rakan/teman/sahabat

 rumah cik 'Rembulan Dinihari' hihi

 rumah teacher zaini.. English teacher year 6 2002

 rumah Maisarah

 Reunion @Pantai Teluk Lipat

 makanan tersaji... ;)

 hai... ini kami semua~

 mood R4BAAH
#Save&Pray4Egpt #SaveDrMorsi

Saya, Fatihah & Nadia

---------------------ex-Sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun)---------------------
&
Rumah Ustazah Aziah

Rumah Ummie Wadud

 Walimah+raya rumah kak sara (senior spm 2005)

 rumah Ana engah...
setelah 8 tahun tak jumpa..
Allah temukan semula kita.. :') terharu

 bersama senior2 imtiaz..
kak shida, kak zana, kak tihah

 walimah+raya rumah azma

 cop! kami amik berkat..
doakan kami dipermudahkan jodoh..
saya nak kawen jugak.. ;P

 rumah syakirah... miss u dear!

 rumah cikgu zaipah..
teka mana cikgu kami?
hehe.. cikgu kami muda lagi tau~

 rumah Syu_Tall...
tengok, sape yang 'tall' tu.. dialah gerangan tuan rumah.. hihi

 rumah Aisah.. bakal guru~

Rumah Bie

 Rumah Huda

-----------------ex-Sekolah Menegah (Sekolah Menegah Imtiaz Dungun)----------------------


::DILEMA dan KELIRU?? ::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah…
cuba mengUPDATE blog untuk meluahkan rasa di hati...

minat menulis dari meluahkan secara depan-depan..
itulah diriku...

Allah…. 1001 perasaan di hati…

[Sedih] kerana berlalunya RAMADHAN yang sentiasa dirindui.. di tunggu-tunggu..
Tiada bulan seindah RAMADHAN.. Allah….
[Terharu] kerana Allah masih bagi peluang kat diri untuk berada dalam bulan RAMADHAN ini..
[Bahagia] sebab boleh raikan RAMADHAN bersama orang-orang tersayang.. (keluargaku..sahabatku)
[Gembira] dapat berkongsi rasa cinta bersama keluarga untuk meraikan
FITRAH BAHAGIA di Aidilfitri nanti…

Macam-macam kami rancang… semoga Allah permudahkan ~

Allah…. Macam-macam perasaan dan rasa ada… tak tahu nak cakap apa…

Di saat RAMADHAN hampir habis…
Di saat SYAWAL bakal mendatang…

Saya seperti tak keruan memikirkan perkara di hati yang tersimpan…
Sekarang dah masuk bulan OGOS…

Mengikut IPSIS UITM (Pengajian MASTER & PHD), 24 Ogos 2013 adalah pendaftaran.
Kuliah MASTER pada 9 September..

Saya masih di sini..
masih memilih antara MASTER dan KERJAYA?

Kalau ikutkan hajat di hati ingin sahaja tinggalkan KERJAYA begitu saja..
Terus meneruskan cita-cita untuk sambung MASTER..

Namun…..
Jauh di sudut hatiku..

“Ya Allah, kasihan pada anak didik di sekolah…
saya mengajar pelajar PMR (Tingkatan 3),
Adakah saya hanya ingin tinggalkan mereka begitu sahaja..
Pembelajaran tergantung.. tertunggu-tunggu guru yang nak ganti saya mengajar..
Jahatnya saya!”

“Ya Allah, kasihannya pada sebuah Sekolah Menengah Islam yang baru nak
meningkat naik, menjulang nama ISLAM yang INDAH..
Sekolah itu perlukan jiwa muda yang berani.. teguh.. kukuh dan
terus ISTIQAMAH membantu tingkatkan nama sekolah…
kenapa saat sekolah memerlukan aku,
aku rela berpaling.. meninggalkan sekolah begitu saja???”

“Ya Allah, bagaimana dengan perjuanganku membantu
Muslimat muda di sini, Ameerah & Nisa’ Dun di sini?
Dipilih sebagai NAQIBAH untuk USRAH,
ku cuba bantu memberi kefahaman dari sudut
TARBIYYAH, UKHUWAH, DAKWAH & SIASAH..
Tiba-tiba aku cuba mengangkat kaki meninggalkan perjuangan di sini???”

“Ya Allah….. :’( “

……………………………………

“Ya Allah, kasihan pada pensyarahku yang menantiku di Universiti
seawall tahun lagi dia menantiku untuk bersama
membantu untuk pengajian PHDnya… sebagai research Assistantnya..”

“Ya Allah, bagaimana keadaan rumah sewaku di Shah Alam..?
sudahku langsaikan semua bayarannya
untuk aku tinggal di sana sepanjang
sewaktu aku dalam pengajian MASTERku…”

“Ya Allah, bagaimana dengan cita-cita aku sebagai PENSYARAH?”

“Ya Allah, bagaimana aku ingin memilih???”


Kata seorang sahabat buat diriku:
“Fadlillah, awak grad IJAZAH di usia muda.. 22 tahun…
awak beroleh KERJAYA juga di usia muda.. 23 tahun..
cuba lihat saya, jurusan saya memerlukan masa selama 6 tahun
untuk mendapat segulung ijazah..
saya masih tersangkut di tahun 3..
entah bukan 6 tahun, mungkin 7 atau 8 tahun tamatlah pengajian IJAZAH saya..
beruntunglah awak fadlillah….. sudah mampu berdikari..
merasai pahit manis berKERJAYA di usia muda..
jangan di bimbangi MASTER mu… perjalanan masih panjang..
cubalah target MASTER di usia 25 dan grad MASTER di usia 27..
sambung PHD di usia 28 dan grad di usia 30 untuk PHD..
berKERJAlah sekarang!
tambah pengalaman.. lalui liku-liku perjalanan ini..”

Ada juga sahabat kata:
“Elah, awak ambil lah MASTER cepat-cepat
di usia muda.. lagi baik…
bila dah masuk kerja, susah dah nak sambung belajar..”

Ada juga sahabat kata:
“Cik Lah, kahwin cepatlah sikit…."
:(erk! Tiada kaitan langsung….):

Oh…. Macamana ni….

Bagi sahabat-sahabat yang membaca luahan hatiku,
adakah kalian boleh membantuku..
bantulah aku membuat keputusan…

Allah.. Allah.. Allah...
permudahkanlah ~

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)