::Video SECANGKIR KASIH::

1
COM
Assalamu'alaikum...

InsyaAllah, seperti yang dijanjikan...


ini lah video kumpulan kami buat untuk
subjek video csc568
selamat menonton :)


nak tengok the making? di sini

ok... setakat tu dulu..

wassalam :)

:: Wanita pohon Semalu::

0
COM


Wanita, 
jadilah dirimu seperti pohon semalu..
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran 
daripada pohon semalu itu dari beberapa aspek. 

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. 
Ia boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. 
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah 
sebagai seorang wanita muslimah. 

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang 
yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Rabbul 'Alamin. 

akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. 
Oleh itu, para wanita sekalian, 
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

merenungi kekurangan diri...

wassalam...

::PALESTIN di hati::

0
COM
Assalamu'alaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, hari ni saya nak kongsikan sahabat-sahabat dengan satu 
video yang sangat-sangat menyentuh hati saya...




video ni dihasilkan oleh kawan sekelas saya..

kredit buat: Syafiq Asyraf, Farah Amira, Yamin, Farid

Sila hayati video ini dengan baik...

jika seorang kanak-kanak boleh merasai "PALESTIN di HATI",
apatah lagi kita?!


Video ni adalah satu projek WAJIB untuk subjek csc568 semester ni..
kumpulan saya hasilkan sebuah cerita
yang temanya PERSAHABATAN&KASIH IBU..
tajuk: Secangkir Kasih..

insyaAllah, ada masa nanti saya upload video kumpulan kami...

selamat menonton.. :)

::Resepi kek coklat::

0
COM

[COPY & PASTE dari blog lama ... :)]

Bismillah...

nak kongsi resepi kek brownie yang sedap.. insyaAllah, sahabat2 boleh try...
Bahan-bahan
(sila pastikan barangan HALAL + diyakini)
&
cara-caranya.. mudah sahaja



1 1/2 cawan tepung gandum @ tepung naik sendiri


1 cawan tepung koko @ tepung brownie yang best..:)


ayak bahan-bahan atas tadi :) satukan bersama..


2 cawan gula halus + 1 1/2 cawan mentega


5 biji telur yang dibasuh dengan sabun(kulitnya)... [tip dari internet]


1 cawan susu cair yang enak


pukul gula+mentega hingga kembang+gebu


masuk kan sikit demi sedikit bahan ayak..


masukkan telur selang seli dengan tepung


masukkan susu cair..
pukul hingga sebati sahaja..


ratakan mentega pada bekas


masukkan acuan dalam bekas..
anda pilih.. ?
bakar atau kukus.. ikut citarasa..(saya suka kukus)




bekas cupcake lagi cantik... 
ni x dop bekas..
so, ikut citarasa.. nak hias2 cantik..boleh juga..
ikut suka..

SIAP..
sedap..

p/s: sekejap je licin.. hmm:)

wassalam.....

Allah bagi mudah FYP Final Year Project

0
COM
Assalamu'alaikum sahabat semua...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Sebenarnya, cerita pasal FYP dah lepas.. 
cuma nak ingat balik semula..

FYP tu apa?
FYP=Final Year Project.

Sebenarnya semestar ni saya kena buat 
proposal/kertas kerja untuk Final Year Project.
Semester ni adalah semestert yang paling 'takut' bagi saya.
Saya kena pertahankan project saya dengan hujah-hujah yang bernas.

Sebelum tajuk proposal saya di approve,
penuh dugaan dan cabaran yang saya hadapi...

Masuk je semester ni, saya perlu cari supervisor atau pembimbing
untuk FYP ni.. tapi sebelum dapatkan supervisor ni,
saya perlulah 'merisik' dengan tajuk2 project yang mantap2..hehe
agak sukar sebenarnya di situ..bukan perkara main-main.
saya datang bertemu beberapa pensyarah sebelum ni,
nampaknya mereka kurang berminat dengan tajuk saya bawa..

ketika itu mula la datang stress.. Allah je tahu keadaan ketika tu.
Suatu hari, teringin jumpa seorang pensyarah yang 
setiap malam termimpi2 kan dia..huhu.. 
insyaAllah, mungkin itu mimpi dari petunjuk Allah? siapa tahu kan~

saya pun datang la bertemu dengan pensyarah yang saya duk mimpi tu..
saya tak datang sorang2 tau, ajak 2 orang teman sebagai 'pengapit'..hukhuk..
bukan la... 2 org tu sebenarnya sama la macam saya 'merisik'
untuk dapatkan seorang supervisor...

pensyarah: ok, sape nak mula dulu?
teman 1: saya dulu puan... 
pensyarah: ok, terangkan apa yang kamu nak buat untuk FYP? Apa tajuk kamu?
teman 1: baiklah... tajuk yang saya cadang untuk FYP saya adalah..bla..bla..bla..

sambil-sambil tu saya duk dengar la komen2 pensyarah kat teman saya...
berdebar-debar menunggu turn...

pensyarah: ok, next!!!

pastu...teman ke-2 saya pulak... tak lama lepas tu~
sampai la ke turn saya... 
berpeluh-peluh dahi saya... debaran menanti!

bla...bla...bla...

selesai lah saya punya turn..

kesimpulan cite, setelah 2 & 3 kali saya jumpa pensyarah
bersama-sama tajuk FYP yang saya bentangkan..
setelah 2 & 3 kali ditolak,
AKHIRNYA....Alhamdulillah...
Pensyarah pun terima tajuk saya yang kali ke-5 tu...hehe
dan............

inilah supervisor saya...:)
Puan Hayati... luv u!
[puan hayati with her husband, sir nash^^]

setelah bertungkus lumus+ stress+tension 
dalam menyiapkan proposal FYP... 


taadaaa... 

Alhamdulillah, siap akhirnya proposal FYP...

3 proposal untuk:
- Supervisor
- Examiner
- Special Interest Group panel


walaupun agak lega dah siap buat proposal, 
hati masih tak keruan untuk persediaan presentation proposal FYP..
agak berdebar2 di situ...
seluruh jiwa raga ku membuat persediaan rapi..hehe

tengok...rakan sekelas sibuk buat persediaan.. termasuklah saya ;)

akhirnya, tamat sudahlah presentation proposal..
Alhamdulillah....
..............................................................................

nampak mudah bukan?

cerita kat atas ni sebagai mukaddimah sahaja..

"sebenarnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan"

Sedikit tip saya nak kongsi,
sebenarnya  Allah akan bagi kemudahan
pabila kita berdoa kepadanya 
untuk mudahkan urusan kita...

saya nak ajarkan doa yang selalu saya baca dalam setiap  perkara...:)

jom sama-sama kita hafal doa mempermudahkan segala urusan:



Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki”
 (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan 
dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana
 setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup

selain tu;

 "Allahumma robbi yassir wala tu'assir. 
Rabbi tammim bilkhoir. 
Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

lepas ni boleh sama2 amal ye.... ^^

wassalam untuk hari ini...

::Shooting ARAB::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

tetiba rasa nak update blog sket...

Sebenarnya baru siap shooting untuk 3rd language, Arabic. 
Saya bersama teman sekumpulan shooting untuk subjek ni.
Kalau ikut x minat pun berlakon2 ni... disebabkan 30% markah utk final exam ni!

jom... check it out THE MAKING of...~

lokasi: PTAR 4

disebabkan skrip power sangattt... kite tengok skrip..hikhikkk;)

termenung seketika camerawoman kite...

saya main hp dulu... pinky phone~

starting to editing video... 

special:)

Fizah, kak Aina, Kak nik, kak syu, Ainaa 

terima kasih atas segalanya... best la korang semua!
semoga Allah meredhai semua usaha kita..

Sesungguhnya Bahasa Arab adalah Bahasa Syurga..
Bahasa Arab adalah Bahasa Al-Quran..
berbanggalah kita dengan mempelajari Bahasa ini...

p/s: harap Ustaz Ahmad suka dengan video kita ni...ustaz, markah A+ ek??? hehe

::AURAT::

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah berpeluang untuk update blog yang sekian lame sudah usang ni..

hari ini insyaAllah, saya akan datangkan satu kisah...

kisah ni berlaku pada minggu lepas.. Ketika tu saya dan rakan sekelas baru balik dari kelas. masa ketika tu hampir pukul 6 ptg. Ketika tu kami tetiba rasa nak makan ais-krim dan belilah ais-krim rm1 kat cafe. 

Lepas dapat ais-krim tu, kami pun cari la port untuk menikmati ais-krim yang best tu..hehe.. tengah kami seronok-seronok makan, tetiba tersentap dengan sesusuk tubuh manusia.. Allah! itulah perkataan pertama yang keluar di mulut kami.  Kami mula memerhatikan mata-mata lain di sekitar kami.. mereka yang lain turut seperti terkejut dengan susuk tubuh tu... 

di hati saya merasa sangat-sangat terkejut dengan ini... Astaghfirullah..
Oh! wanita~

{gambar sudah dibuang}
[gambar ini diambil bukan untuk mengaibkan, sekadar pengajaran]

mungkin ini lah yang dimaksudkan dalam hadis
bertudung tapi bertelanjang?
Wallahu'alam..

Aurat berasal daripada bahasa Arab, Aurah yang bererti kurang. 
Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang 
wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. 

(Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Syarat-syarat menutup aurat:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
perempuan: semua tutup kecuali muka+tapak tangan (di kawasan awam)

2. Pakaian yang longgar.

3. Pakaian yang tidak jarang.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

6. Tidak bertabarruj.

sekian dulu.. nanti sambungan tentang aurat ada lagi~

::Dunia belajar::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... 
diberi peluang oleh Allah untuk tulis blog hari ni..
setelah berpenat buat assignment, jawab test dan project..
akhirnya, saya curi-curi masa untuk tulis something dalam belog ni..;)

pernah dengar tak pepatah:
" jauh perjalanan, lihat pemandangan...banyak pengalaman" 

:) senyum~

kenangan lama : Sek rendah 
 pintu masuk lama dulu.. masa ni saya masih sempat melalui pintu ni.hehe

 perpustakaan... masa ni, saya pengawas perpustakaan
(best... banyak buku boleh baca selalu)

 perpustakaan

ni kelas saya masa darjah 3..

 akhirnya bangunan lama diroboh & tukar dengan ini


kantin sekolah rendah 

antara bangunan lama masih utuh.. cuma telah dicat agar nampak baru:) 

 perubahan ketara... kini


tahun ni... pergi melawat semula sekolah dgn kwn2 ..:)


kenangan lama:Sekolah menengah 
gambar lama..


time saya form 1-3, belajar sini.. 
Imtiaz Dungun (menengah rendah)


kemudian.. sambnung menengah atas (form 4-5)

kami on da way balik dar(rumah)..


p/s: gambar masa sekolah menengah sangat2 kurang...
kenangan "haflah at-takharruj" 2007


kenangan lama: Matrikulasi
dewan

laluan ke kelas dan surau

bangunan kelas


kini aku di sini.. cewahhh!


bangunan pensyarah

laluan ke bilik pensyarah

bangunan kuliah dan makmal

fakulti kejuruteraan dari fakulti saya..

view dari tingkap fakulti CS

fakulti MassCom

tangga yang tinggi...:)

My faculty...

parking keta belakang bilik pensyarah..

Surau kolej Mawar :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)