Akhirnya, ayah tinggalkan kami :(

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

hujan membasahi bumi.
hati dan fikiran teringatkan ayah.

Cukup setahun ayah tinggalkan kami,
peristiwa hari2 terakhir ayah tinggalkan kami.

memang kuat di ingatan.

RINDU!
betapa saya merindui sosok tubuh itu.
ayah yang baik.
ayah mitahli.
suka usik dan melawak.
ayah yang sangat penyayang.

rinduuuu...

Allah...

---------------------------------------------

teringat peristiwa sehari sebelum ayah meninggal,

Waktu petang tu, 
suami katanya nak ke Kuala Terengganu bertemu kawannya.

Jadi, saya minta izin nak balik tidur kat rumah mak.. 

Alhamdulillah, suami izinkan.

Waktu perjalanan nak balik rumah, hari nak hujan.. cuaca mensung je..

Teringat kat adik perempuan saya yang masih kat rumah dengan ayah. Ayah pasti nak ke surau waktu tu.

Sampai kat rumah,
Tengok ayah masih kat meja komputer,
Ayah kata ayah tunggu saya sampai dulu baru ayah ke surau. Ayah bimbang adik tinggal sorang2 kat rumah.

Masa tu jugak,

Mak n adik sorang lagi pergi hantar adik bongsu kat pondok.

Kakak sulung saya masa tu kat rumah.
Kakak ke 2 kat KL.
Kakak ke 3 ada kelas mengajar bisness kat KL.

Abang2 pula di tempat kerja atau di rumah masing2.

Ada juga yg masih di mesir :
Abang n isteri
2 adik perempuan

Adik di pondok di besut

...

Malam tu ayah ke surau macam biasa,
Rutin harian ayah memang ke surau.

Malam tu ayah tak ke surau dengan mak. Mak n adik pergi hantr adik bongsu ke pondok. 

Saya masih di rumah dengan adik saya yang ke-2.. 

Tak lama lepas tu, mak saya balik dengan adik ke-3.. 

Kami menunggu ayah yang kami rasa hairan kenapa ayah lewat balik dari surau waktu tu..

Kami hanya agak2 ayah bersembang dengan rakan2 dia di surau.

Malam tu, ayah pun balik dari surau seperti biasa.

Tiada apa2 yang pelik kami rasakan.

Cuma senyuman ayah buat anak2 tak pernah lekang.. walaupun ayah tak sihat.

Jiwanya yang kental, memancarkan semangat menampakkan dia seolah2 sihat.

Senyuman manisnya..
Tak dapat saya lupakan..

Waktu malam tu, darwisy anak soleh saya seperti biasa bangun di waktu malam, minta susu. Saya menyusu macam biasa.

Ayah tidur disebalik bilik tempat saya tidur..

Sesekali dengar ayah batuk.

Cuma, Allah tak bangunkan saya untuk jenguk ayah waktu tu...

Saya pun tak tahu adakah ayah sedang tidur? Atau ayah tak tidur malam tu?

Esoknya..

Pagi sebelum subuh, saya bangun..

Saya tengok ayah sedang duduk seperti mengurut2 dadanya.

Saya lihat mak disebelah ayah, sungguh lena.. lena betul mak.. detik saya dalam hati..

Saya tunaikan solat sebelum subuh.

Waktu tu ayah panggil saya minta tuala untuk ke bilik air..

Saat itu amat saya ingat2 sangat.

Senyuman ayah..

Rindunya ayah.. 

Allah..

Waktu tu mak bangun.

Ayah masuk tandas.

Waktu ni lah kemuncaknya .

Tetiba ayah keluar dari tandas,
.dadanya berombak2..

Nampak ayah sedang menahan sesaknya nafas di dada..

Saya terus meluru naik ke atas kejutkan adik ke-3 untuk bangun bawa ayah ke hospital.

Hati saya mula berdebar berdegup kencang.

Saya doa yang baik2 untuk ayah.

Ayah masuk sendiri ke dalam kereta saya.
Mak ikut sekali.

Saya dengar dari dalam rumah, adik saya pecut sekuatnya enjin kereta saya...

Saya di rumah masih menunggu berita dari adik ke-3 saya..

Tak lama lepas tu, adik telefon..

Kedengaran suaranya menangis2 teresak2..

"Kak lah.. ayoh tak dok doh...!!!"

Tetiba saya menjerit dan menangis sepuas hatj..

Saya menelefon seluruh ahli keluarga adik beradik..

Kami semua mempunyai satu perasaan yang sama..

KEHILANGAN!

ya Allah.. kami kehilangan seseorang yang sangat kami sayang..

Kami sayang ayah..

Penguat semangat kami..

Pendidik dan pentarbiyah kami..

Tidak pernah ku lihat seorang ayah sanggup kejutkan anak2 isteri di subuh hati, 
mengajar anak isteri membaca quran, 
selalu ajak silat jemaah, 
garang n tegas hanya kerana meninggikan syariat agama.. 
seorang yang sentiasa menasihati kami menjadi insan yang baik..
Seseorang yang berusaha kuat mencari duit nafkah untuk anak2 isteri.
.sanggup berjaga malam menunaikan tahajud.

Dan banyak lagi kebaikan ayah..

Kalau bertemu kawan2 ayah,

Mereka akan sebut2 kebaikan ayah..

Ya Allah..

Rindu ayah..

Dalamnya rindu ini...

Coretan ini suatu ingatan buat ku..

Coretan ini membuat aku bercita2 menjadi yang terbaik mencontohi akhlak ayah..

....

Tarikh keramat 28 mei 2016

Bersamaan 

21 syaaban 1437H

Ayah tinggalkan kami..


Bagaimana peritnya ramadhan tahun 1437H..


Tiada lagi insan yang kejutkan kami sahur..

Tiada lagi insan yang ajak kami solat jemaah..

Tiada lagi insan yang sentiasa memasang video kulah agama, video mengaji quran, cerita2 yang baik di pc rumah.. 
Bukan hanya untuk halwa telinganya.. 
Tapi sengaja dipasang untuk anak2 isteri dengar sekali..

Ramadhan itu sangat peritt buat kami..

Ramadhan yang buat air mata kami tumpah sentiasa..

Dan

Mak!
Mak lah insan yang paling sedihhh..

Betapa luluh hati saya lihat mak.
Kesedihanmya tidak dapat disembunyikan.

Wajahnya tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan kerinduaan pada ayah.

Ayah banyak tarbiyah mak..

....

Syawal muncul.

Kami adik beradik sedaya upaya gembirakan mak.

Kami tahu mak sedih.

Kami cuba yang terbaik.

Kami tahi syawal pertama tanpa ayaah itu perit.

Kami merasainya mak.

Kami tak mahu mak sedih.

Mak, jom kita teruskan perjalanan.

Kita teruskan buat kebaikan seperti ayah buat.

Kita teruskan menyebarkan kebaikan.

Kita teruskan menambahkan amalan soleh kita.

Mak, ayah pasti tersenyum bahagia kalau mak dan anak2 teguh patuh pada jalan Allah yang benar.

Jom kita usaha sama2 mak..

Semoga mak kuat!

Kami lagi kena kuat demi mak...

Semuanya kerana Allah...

Semoga Allah kuatkan kami..
...
























Salam kerinduan ayah tersayang.

Muhamad nazar bin teh
1956-2016



(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)