Mendidik...? Allah~ terdidik!

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... ALhamdulillah... ALhamdulillah...

Terima kasih Allah, 
gerakkan jari-jari ini untuk menaip di keyboard laptop ku ini..
terasa ada kekuatan untuk mencoretkan sesuatu..

Allah... semoga Allah beri kekuatan pada hamba yang hina ini.. :')

Alhamdulillah, Allah menjaga hamba ini.
Allah betul-betul menjaga hamba ini..
Allah... terima kasih Allah..

Allah selalu letakkan hamba ini di tempat yang betul..
mungkin kekadang pandangan mata & hati kita 
merasakan sesuatu itu tidak baik,
namun di sisi Allah.. ialah yang terbaik buat hambaNYA!

sesuai dengan FIRMAN-NYA dalam 
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Saya perasan beberapa perkara dalam hidup ini, 
sejak di bangku sekolah menengah.. matrikulasi.. sehingga ke universiti,

Allah 'jaga' saya..

Allah beri saya peluang mengenali apa itu 'Ukhuwahfillah',
apa itu 'Tarbiyyah'.. apa itu 'Dakwah'.. apa itu 'siasah'..

dengan itu, 
Allah 'kenalkan' saya dengan sahabat-sahabat Akhirat (InsyaAllah..Ameen~ ;)

mengenali mereka satu anugerah terbesar dalam hidup..
melihat mereka mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala..
nasihat mereka menguatkan cinta kami pada-NYA..
Allah 'hantarkan' mereka pada saya untuk menjadi pendamping dan penjaga saya.. :')

Tarbiyyah kami dibina atas panduan yang sama..
Dakwah kami bersama.. Fikrah kami sama..
susah senang kami dirasai bersama..
Allah tetapkan kami berjuang di landasan yang sama..
Allah...

kami ialah S.A.H.A.B.A.T.

-----------------

maka . . . . .

Hari ni nak coretkan pasal tempat kerja sekarang..

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi pendidik
di sebuah sekolah menengah islam..
rezeki Allah bagi.... syukur~

Allah masih 'jaga' saya..
(: Semoga Allah 'menjaga' saya sehingga akhir hayat :)

suasana sekolah yang Islamik.. Quranik.. 
guru-guru nya menutup Aurat..
Anak-anak didik yang sejuk mata memandang..
aurat terlindung dan terjaga..
(semoga aurat tidak hanya 'dilindungi' di sekolah sahaja, 
biarlah IKHLAS dalam mengikut syariat Allah ini diluar kawasan sekolah jua.. :')

Quran dan Sunnah jadi panduan kami semua..

motto guru "Seiring, Sehaluan & Seimpian" cukup membina!

saya mengenali teman-teman guru disini..di tempat kerja ini.
masih cuba mengenali mereka..
menerima seadanya..

kami lah pendidik.. 
mendidik generasi-generasi muda..
kami inginkan generasi ini membawa panji ISLAM yang benar..
menegakkan JIHAD.. 
berjuang bersama para ULAMA' & UMARA' ISLAMI di medan juang!

InsyaAllah... cuba kami realisasikannya.. Ameen~

namun . . . .

kadang-kadang,
setiap perkara yang dirasai indah, bukan indah selamanya.
pasti diuji Allah jua..

Tetapkan dalam hati,
ujian Allah ini penguat CINTA-NYA buat hambaNYA jua..

kadang-kadang menjadi pendidik ini,
ibarat 'indah khabar dari rupanya'..

walau di sekolah Ugama, 
ujian Allah tetap ada..

di uji dengan kerenah anak-anak didik itu suatu kemestian!
di uji dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun lumrah dunia kerjaya..

tapi;

di uji dengan manusia hasad dengki dari luar mahupun dari dalam.. 
perit terasa!
di uji dengan fitnah dunia itu sakit rasanya!
di uji dengan segala-galanya di tempat kerja itu..owh!

bagaimana hendak menanganinya???

Maka, 
setiap ujian Allah itu.. KEMBALILAH kepada ALLAH..

menjadi pendidik ini sebenarnya membuatkan diri kita terdidik..
terdidik untuk menguatkan hati kita teguh kepada ALLAH..
terdidik untuk kita makin rapattttt dengan Allah..
terdidik untuk kita lebih mengenali Allah..
Allahu Akbar!

maka terima kasih kepada ujian Allah ini..
kerana yakinlah ujian Allah ini, ada 'pahala' di sisiNYA..

hadapilah ia dengan tenang.. 
jangan berlawanan! sehingga merosakkan diri dan hati..

terima kasih Allah.. 

terima kasih kerana memberi peluang kepada hamba ini untuk menjadi pendidik..
menjadi pendidik bukan hanya untuk mendidik..
tapi membuatkan diri ini terdidik..

mungkin inilah TARBIYYAH di tempat kerja? InsyaAllah..

moga TARBIYYAH ini menguatkan ku..

mancari-cari S.A.H.A.B.A.T di tempat kerja.. masih mencari.. dan terus mencari..
agar S.A.H.A.B.A.T itu bisa menjadi penguat diri ini..

teman-teman guru itu ramai.. 

..............................................................................................

namun S.A.H.A.B.A.T dalam kalangan guru itu hanya ku temui seorang sahaja!
( namun... si guru ini bakal pindah bulan 6 ni dah.. mengikut bakal suaminya.. Allah~)

mana lagi S.A.H.A.B.A.T??
Ya Allah.. temukan aku.. :'(

Allah... Allah...

Salam coretan rasa yang entah apa2...

moga ada manfaat bersama..

wassalam..

::Jubah Pre-0rder::

2
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..

berkerja untuk Islam insyaAllah...

Slow2.. sikit2 lama-lama jadi bukit kata pepatahnya.. :)

Moga Allah redha.. IKHLASKAN NIAT.. BULATKAN TEKAD..

Allahu Akbar!

jom tengok2 bawah...

berminat boleh PM terus kepada 

nurfadlillahnazar@gmail.com
0199213608














berniaga itu satu sunnah!

bantu islam itu satu jihad..

insyaAllah.. :)

p/s:

pleas PM untuk harga istimewa...

::Meniti kejayaan::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

perjuangan dalam meniti kejayaan...

ikhlaskan niat hanya kerana Allah



perkara penting:

1. letakkan Allah di hati.. yakin dengan Allah.. Allah berkuasa atas tiap sesuatu.

2. Ibu Bapa pendorong semangat.. harapan membalas jasa yang tinggi kpd mereka.. insyaAllah...

3. keluarga di sisi yang sentiasa memberi semangat..

4. guru-guru yang dihormati.. disegani...dicintai.. ilmu kalian tinggi nilainya...

4. sahabat seperjuangan yang setia di sisi.. pemberi semangat ku!

InsyaAllah... pasti berjaya.. :)

::Pemimpin S.M.A.R.T::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Hari ini dapat pulang awal ke rumah.. biasanya, kena balik awal dari sekolah.. macam-macam benda nak buat kat sekolah.. setelkan kerja awal-awal..

tapi hari ini, balik awal jugak... saja tenangkan fikiran.. kena balik awal.. :)

Alhamdulillah...

hari ni update la blog sikit... kongsi cerita..

Sebenarnya, saya baru je selesai berprogram dengan anak-anak didik
Sekolah Menengah Islam Darul Bayan..

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. ALhamdulillah..

hanya itu yang dapat ku ucap..

kepenatan masih terasa..
namun itulah pengalaman berharga..

khas buat anak didikku,
pengawas sekolah dan exco2 asrama sekalian..

anda insan hebat!
anda mampu buat!
pemimpin hebat di sekolah hebat!

terima kasih adik2 pelajar yang dikasihi..
anda mampu mengubahnya..
jadilah pemimpin yang
beriman..berilmu..beramal.. dan BERJIHAD!

kita adalah khalifah di bumi Allah ini..
sama-samalah kita menjadi khalifah Allah yang terbaik..

"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
(Al-Baqarah, ayat 30)


terima kasih buat guru-guru yang terlibat..
anda semua awesome!
semoga Allah membalas semua jasa kalian..

yang teristimewa,
sahabat seperjuangan...
sahabat sefikrah..
sahabat dunia akhirat.. insyaAllah...

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 

(Hadis riwayat Muslim)


terharu dengan pengorbanan kalian...
sangggup berkorban masa dan tenaga
demi adik2 pelajar ini..

semoga Allah mudahkan urusan belajar kalian di kampus..
(saya rindu zaman study!!!)

Allah..... Allah... Allah... :')

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

dalam hidup berjemaah...
ukhuwah dijaga..
saling bantu membantu...
itulah manis tak terkata...

moga kita bertemu lagi di medan akan datang..
berjuang memang pahit...
kerana syurga itu manis...

sahabat seiring sehaluan..
insyaAllah...

terima kasih Allah.... :')

p/s: moga ukhuwah seperti ini dapat dirasa di tempat kerja..
buka hanya prasangka.. tak tentu hala.. pasti tak kemana-mana..:'(

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)