:: mood seorang guru ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... 
stress mengajar sudah mula reda...
(; ye la... hari ni hari khamis, esok lusa tak mengajar.. suka la tu? ;)

Alhamdulillah..

TERIMA KASIH ALLAH... 
ENGKAU hadirkan rasa & perasaan semua ini
adalah untuk membuat diri ini D.E.K.A.T dengan-MU..
Allah Maha Hebat!
bukan senang nak mengajar.. 
tetapi terimalah ini dengan Redha..
Semoga di sana ada Redha Allah bersama.. 

ok... cik nur fadlillah, 
sila senyum lebar2.. ^_________________^ 
hihi..hai semua~

post kali ini nak cerita-cerita je..apa yang menyebabkan stress saya minggu ni..

ok, guru-guru di seluruh pelusuk dunia sekalian... tengok dan baca kat bawah ni.. ;P

pernah atau tidak pernah kalian sebagai seorang guru alami masalah ni;

* guru masuk-masuk kelas, rupa-rupanya silap masuk kelas sebab tersalah tengok jadual?
lawak kan... macamana ye nak 'cover' malu depan pelajar... hihi

* guru masuk kelas dengan bersemangat, tetiba ada pelajar cakap macamni;
"cikgu, hari ni tak payah belajar la... penat la pelajar... bosan la... x de mood la cikgu..:( "

apa jawapan anda pada mereka...?
aduhh... penat nak layan~
kekadang tetiba guru ni rasa nak nangis pun ada..
baru je semangat-semangat, tetiba pelajar 'hancur'kan mood tu!

* guru masuk-masuk kelas dalam keadaan TAK ADA MOOD nak mengajar,
tetiba pelajar pulak sama naik tak ada mood...
arghhh!!! ini lagi stress kan?
apa nak buattt??

* guru masuk kelas nak kutip homework yang diberi,
tetiba pelajar bagi macam-macam alasan;
"cikgu, tertinggal buku kat bilik...."
"cikgu, tak siap lagi..."
"cikgu, hantar esok boleh... "
"cikgu, hantar minggu depan la..."
"cikgu, ada kerja sekolah ke?"

arghhhh!!! apa nak buat???

tapi, tak de la alasan seperti gambar atas ni.. ;p

* pelajar hantar kerja sekolah yang tak siap? apa perasaan guru??

* masuk-masuk kelas, guru mengajar kat depan, 
tetiba ada pelajar-pelajar kat belakang yang nak jadi 'guru' jugak..
mengajar kat belakang... sembang sakan!
apa perasaan anda wahai guru?

terasa nak buat macam gambar kat atas ni tak..? ;P


 * guru masuk kelas, pelajar buat halaqah tidur beramai-ramai.. pakat tidur dalam kelas?!
arghhh!!! kalau letih sangat, tidur je kat bilik....lagi selesa tau~ hmm..

haaaaaaaaaaaa........! 
itulah yang saya alami sepanjang minggu ni..
'S.E.R.O.N.O.K' kan jadi guru sekolah ni?
tak pa la... bagi pengalaman jugak tu... 

minggu ni, 
walaupun pelajar menyebabkan kepala saya sakit berdenyut-denyut sekali,
pening memikirkan mereka semua... akhlak dan adab mereka..
saya masih boleh tersenyum, kadang-kadang 'mood' begini perlu hadir..
menambahkan 'asam-garam-hempedu' dalam kehidupan..
apa salahnya kan?

think positif ye... cik nur fadlillah....

untuk menangani stress ini,
jommmmm... kita lihat alam ciptaan Allah yang Maha Hebat!!!

AWESOME!
meluangkan masa bersama-sama kakak tersayang dan anak-anak saudara di pantai..

bergelak ketawa bersama...bersembang-sembang bersama...
melawak bersama..main-main bersama...
seronok jugak!

hilang jugak stress ini... :)

p/s: saya sempat mengajak seorang sahabat guru ke pantai sekali....
terima kasih kak hana... sudi-sudilah jenguk ke rumah saya lagi..
boleh jalan-jalan di pantai.. ;p

ok la... tak tau nak tulis apa... nanti saya sambung tulis lagi.. :)

wassalam n TQ sebab sudi baca-baca blog ni..

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)