TAHUN 2022 TAHUN UJIAN & KEGEMBIRAAN

0
COM

 Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini.

Tahun 2022 adalah tahun ujian penghapus dosa buat Saya. Sudah hampir 5 Bulan Sy berpindah randah wad ke situ ke sini. Saya anggap ia semua utk hapuskan dosa saya dari dlu sampai kini. Aamiin... 

Pada Masa yang sama, kami sekeluarga dapat baby Iman yang solehah (ank sdare baru). Moga baby Iman sentiasa dalam lindungan Allah swt sentiasa.

Bukan Mudah nk hadapi ujian sekarang. Tidak bertemu seluruh keluarga, suami Dan anak2.

Namun Sy redha atas semua tu. 

Ramadan Kali ni Saya doakan Allah ampun segala kesilapan kesalahan sy yang ada.

Semua ujian ini Saya redha ya Allah.

Ampunilah dosa saya ya Allah...


TAHUN 2022 TAHUN UJIAN & BAHAGIA

0
COM
Di saat saya menulis ini, sy berada di hospital sebenarnya. Sy Redha dengan ujian penghapus dosa ini. 

Ini lah Ramadan yg plg menyedihkan Saya. Diri sendiri diuji ujian berat.

Pada Masa yg sama bahagia melihat kelahiran Iman yg comel.

Buat sahabat2 yg x putus hntrkn doa, Sy ucapkn terima Kasih semua. 

Doa baik2 utk Sy.

Jauh lg PERJALANAN Kita ... 

Moga Allah terima Kita ke Syurga...

BANYAKKAN BERDOA - POSTING PERTAMA DALAM TAHUN 2021! (SEKARANG SUDAH BULAN 6)

0
COM

 Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, dah masuk setengah tahun 2021 ini.

Sedar tak sedar kan, sekejap je masa berlalu.

Allah....


Saya sangat bersyukur dengan nikmat Allah berikan sampai saat ini masih 
dianugerahkan nikmat Islam dan Iman. 

terlalu banyak nikmat Allah untuk dihitung, jika diberi pen/pensil untuk ditulis di atas lautan yang luas pun,
masih tak terhitung banyaknya. terlalu banyak dan luas nikmat Allah berikan.

TERIMA KASIH ALLAH...

Terlalu banyak ujian, bencana, dugaan dan bala di atas bumi Allah ini.
Semuanya perlu dilihat dengan hati yang tenang penuh keimanan.
tidak perlu melenting dan berbalah.

cukup lama usia bumi Allah, mungkin tiba saat ini kita membuat persiapan.

kalau dihitung banyak sangat ujian, gempa dan bencana di seluruh dunia... 
Namun, jauh di sudut hati kesedihan dan kegelisahan menyelubungi diri...
banyak petanda dan petunjuk, namun... kita masih leka..



gempa bumi

ujian wabak 

dan sebagainya...

TENANG DAN SABARLAH DUHAI HATI...
HADAPINYA DENGAN REDHA & DOA SELALU...








AAMINNN....

POSTING PERTAMA DALAM TAHUN 2020! (SEKARANG DAH BULAN 11!!!)

1
COM

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....


Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang Maha Agung...

Terima Kasih Allah atas nikat yang diberikan..

Nikmat NYAWA yang masih diberikan... saya masih lagi hidup hari ini.. Subhanallah!

Nikmat IMAN yang diberikan ini.. saya mohon pada MU TEGUHKANLAH IMAN DI DADA ku...

dan seluruh nikmat yang sedar mahupun tidak sedar..

ku berterima kasih pada MU Ya Allah....

Terima Kasih... Alhamdulillah... Pujian tertinggi hanya untuk MU.. Ya Allah...


........

.

.

.

.

Sedar tak sedar, 

sekarang sudah tahun 2020. Masih teringat lagi dalam ingatan, waktu di sekolah rendah dalam tahun 1998 lagi (waktu itu masih darjah 2).... seruan dan laungan wawasan 2020 sudah kedengaran. waktu tu tak terfikir sempat atau tidak menuju tahun 2020. Terasa perjalanan sangat jauh untuk menuju tahun 2020 (ketika itu berfikir.... lambat lagi.... ) Subhanallah! hari ini saya berada pada tahun 2020.

Ya Allah, Maha Suci Engkau yang menciptakan seluruh isi langit dan bumi....

Seperti dalam mimpi.. Perjalanan hidup saya sudah mencapat 30 tahun lebih... sekejapnya masa berlalu!

Tanggal 23  September 2020 lepas menunjukkan umur saya sudah mencapai 30 tahun bagi tahun Masihi. Sekejapnya masa berlalu. Banyak perkara yang perlu menjadi MUHASABAH DIRI agar perjalanan hidup yang masih berbaki menjadi ASET BERHARGA di alam abadi bertemu Allah SWT kelak. 

Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa banyak lagi kekurangan yang ada pada diri dan jiwa saya.

Bantulah saya menguatkan IMAN dan FIZIKAL dalam menambahkan ilmu dan amalan demi menggapai REDHA dan CINTA MU ya Allah....

Sekarang masa sebulan di rasa SEMINGGU..

Masa seminggu di rasa SEHARI..

Masa SEHARI bukan dirasa 24 jam lagi.. tetapi 1 JAM!

Allah... cepatnya masa!!!

.

Tahun 2020.

.

Banyak sungguh perkara yang berlaku dalam hidup saya.

.

Walaupun sudah kemas perancangan dibuat sebelum menjejak masuk ke tahun 2020,

semuanya terpaksa dirombak kembali setelah banyak perkara yang tidak dijangka berlaku.

.

.

siapa sangka seluruh dunia ditimpa masalah wabak Covid-19. Bermula 18 Mac 2020 PKP dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Malaysia. Perintah berkurung dalam rumah mula digiatkan. Semuanya bertujuan untuk penularan wabak Covid-19 ini.

.

.

lockdown! PKP! semua menempatkan kita berkurung dalam rumah.

tagline 

#staysave

#kitaJagaKita

#RMCO

#JagaSOP

bertebaran di seluruh tempat.

.

.

Alhamdulillah, syukur kami sempat menyelesaikan Majlis Pernikahan Adik Ipar di Negeri Sembilan. Ketika itu, saya sekeluarga sempat juga berjalan2 makan angin di Cameron Highland. syukur Ya Allah...

























eh... banyak pulak gambar di PAHANG... Lupa, selepas majlis adik ipar sempat lagi cari itik salai...




Perancangan keluarga untuk buat Sambut Menantu pada 19 Mac, 

namun takdir 18 Mac adalah meruapakan tarikh LOCKDOWN seMalaysia..

tak dapat teruskan majlis... demi mengelakkan penularan wabak..

.

.

.

TAHUN 2020, kami raya jauh-jauh jugak... tak sempat kumpul semuanya..masih PKP

.

.

oleh sebab raya kali ni berjauhan... keluarga sebelah saya main tampal2 gambar je..(Alhamdulillah ada kakak pakar edit guna photoshop!) tak dapat kumpul sama-sama waktu raya.. masih mampu pilih warna baju sama!

baju ni kami memang tempah khas (perempuan sahaja).. first time kot buat tempahan ni!

 sekali tak dapat kumpul sama-sama... redha dengan ketentuan...

.

.

keluarga sebelah suami pun tak dapat kumpul sama-sama..

.

.

ALHAMDULILLAH, raya Aidiladha yang berikutnya kami dapat jugak berkumpul semuanya...

.

.

.

BETTER LATE THAN NEVER...

.

.

dan antara kenangan paling best PERCUTIAN KELUARGA DI MELAKA...


A BEST MOMENT TO REMEMBER..

.

.

.

banyak lagi "NIKMAT KESYUKURAN YANG TAK DAPAT DI DUSTAKAN LAGI..."

MOGA ALLAH TETAPKAN HATI INI TEGUH PENUH KESYUKURAN..

JAUHI SEGALA KEMUNGKARAN..


AAMINN..


P/S: Sambil duk taip ini lah masih fikir bila lah nak habis PKPB ni pulak.. manyakk cuti betul this year..


Ya Allah kembalikan kami semula ke norma lama.. yang NORMAL..


takutnya nak hadap masa depan penuh fitnah.. generasi anak2 lah paling saya takut nak hadap.. bagaimana zaman mereka di masa depan..



MOGA ALLAH LINDUNGI ANAK2 ibu dan generasi mereka...

DOA BUAT ANAK SOLEH

0
COM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ALLAH 

SAAT INI HAMBA ALLAH INI


DIKURNIAKAN 2 PUTERA

DARWISY MUHAMMAD ALAUDDIN 
SYARIF MUHAMMAD HIDAYATULLAH 


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء 
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik. 
Sesungguhnya Engkau mendengar semua doa.” [Ali ‘Imran : 38]


YA ALLAH... 
IRINGI SETIAP HARI KU DOA-DOA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK KU INI


berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.[Riwayat al-Tirmizi (3479)]


---------------------------------------------------


Anak adalah anugerah dari Allah. Anak sangat berharga untuk kita di akhirat kelak. Merekalah yang akan mendoakan kita apabila kita sudah mati nanti.



Sabda Rasulullah s.a.w.;
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:Sedekah jariah. Ilmu yang diambil manfaat dengannya. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. 
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Salah satu cara adalah adalah mendidik anak-anak mengikut cara Islam dan lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik anaknya.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMM...


doa agar anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: 

Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Maksudnya: 
Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat). 


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

Maksudnya: 
Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


----------------------------------------------------------------


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa pewaris) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik” [al-Anbiya: 89]



رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” [as-Saffat : 100]



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksud ayat di atas,


“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah : 128)


YA ALLAH....


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" SURAH IBRAHIM 



رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” 

AAMIIN... 


BACA INI
↓↓↓ 

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)