(: Cuti ini... :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.... line internet di rumah sudah OK~
Alhamdulillah sangat2....

esok dah start sekolah semula... 
(Ya Allah, hadirkan mood untuk saya mengajar dengan ikhlas..:)

seminggu cuti terasa bagaikan sehari je cuti...
pejam celik.. pejam celik... eh! dah habis cuti ye?!

sekejapnya rasa... teringat satu hadis tentang tanda kiamat:

 Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, 
''Hari Kiamat tak akan datang kecuali waktu semakin singkat. 
Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti 
satu tahun yang berlalu seperti sebulan, 
dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, 
dan seminggu berlalu seperti satu hari 
dan satu hari yang berlalu seperti satu jam 
dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.''

Allah....
hadirkanlah rasa keinsafan dalam diri ini agar sentiasa mengingatiMU..
kiamat semakin dekat? 
apa amalan yang nak dibawa ke akhirat???

teringat hari khamis sebelum bermula cuti sekolah ni, saya ada pesan kat anak-anak didik:

"Selamat bercuti semua... cikgu harap kalian gunakan waktu cuti ni sebaiknya.. 
lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti sekolah ni ya..
lakukan perkara-perkara yang menjamin kebahagiaan akhirat... :) "

................................................................................................

semua pelajar dan guru seronok dengan CUTI kan?

termasuklah dengan diri ini...
awal cuti ni, satu perkara yang membahagiakan saya..
WALIMAH!!!!

"sahabat seperjuangan saya menjadi mak saudara saya... ;) "

tak tahu nak panggil macamana...
biasa panggil kak yana... kali ni kena panggil 'che su yana'.. huhu..
happy~ tahniah pok.... pok adalah pak cik saya yang paling bongsu..
(kahwin jugak akhirnya pok... ;P)

hasrat mereka untuk istiqamah dalam medan juang terlaksana jua.... 
berbaitul muslim | 1 fikrah | 1 perjuangan 
selamat berjuang bersama-sama pasangan bahagia.. ;)

lepas je kenduri rumah tok... penat dan letih usah dikira.. 
seronok dan bahagia itu yang penting..kiki

balik2 rumah, kena fikirkan pasal sekolah...
oh! PBS..

kepala sangat stress bila menghadap internet lembab...
nak masuk sistem pun lambat...
cuti yang kena buat kerja sekolah jugak..hmm..

sabar2....

baik keluar jalan2 melihat keindahan 'HIJAU'...
suasana hijau yang mendamaikan...
PAS 4 ALL
PAS menuju ke PUTRAJAYA.. InsyaAllah..


sama-sama menghilangkan stress dengan buat kerja-kerja ISLAM...
sebarkan 'HIJAU' ke seluruh pelusuk dunia...
semoga ketenangan menyapa semua...

jom infakkan diri dalam kerja dakwah islam...

kepala stress menjadi tenang semula..
penat dalam kerja dakwah terasa manisnya...
Allah... istiqamahkan aku...

Alhamdulillah.... luangkan masa cuti dengan keluarga...

JOM LIHAT KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH..
pantai depan uitm dungun.. pantai teluk gadung...


jalan2 pantai dengan anak-anak didik... :)

banyak lagi aktiviti yang bermanfaat sepnajng cuti ni sebenarnya..

masak-masak... kemas rumah... tolong mak ayah..
(itu semua basic hidup anak perempuan.. :)

apa-apa pun..
semoga setiap perbuatan kita dimulai dengan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
dan niatkan IKHLAS lillahi Ta'ala...

semoga Allah redha dengan setiap amalan baik yang kita lakukan...

p/s: selamat kembali ke sekolah semula...

wassalam...

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)