POSTING PERTAMA DALAM TAHUN 2020! (SEKARANG DAH BULAN 11!!!)

1
COM

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....


Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang Maha Agung...

Terima Kasih Allah atas nikat yang diberikan..

Nikmat NYAWA yang masih diberikan... saya masih lagi hidup hari ini.. Subhanallah!

Nikmat IMAN yang diberikan ini.. saya mohon pada MU TEGUHKANLAH IMAN DI DADA ku...

dan seluruh nikmat yang sedar mahupun tidak sedar..

ku berterima kasih pada MU Ya Allah....

Terima Kasih... Alhamdulillah... Pujian tertinggi hanya untuk MU.. Ya Allah...


........

.

.

.

.

Sedar tak sedar, 

sekarang sudah tahun 2020. Masih teringat lagi dalam ingatan, waktu di sekolah rendah dalam tahun 1998 lagi (waktu itu masih darjah 2).... seruan dan laungan wawasan 2020 sudah kedengaran. waktu tu tak terfikir sempat atau tidak menuju tahun 2020. Terasa perjalanan sangat jauh untuk menuju tahun 2020 (ketika itu berfikir.... lambat lagi.... ) Subhanallah! hari ini saya berada pada tahun 2020.

Ya Allah, Maha Suci Engkau yang menciptakan seluruh isi langit dan bumi....

Seperti dalam mimpi.. Perjalanan hidup saya sudah mencapat 30 tahun lebih... sekejapnya masa berlalu!

Tanggal 23  September 2020 lepas menunjukkan umur saya sudah mencapai 30 tahun bagi tahun Masihi. Sekejapnya masa berlalu. Banyak perkara yang perlu menjadi MUHASABAH DIRI agar perjalanan hidup yang masih berbaki menjadi ASET BERHARGA di alam abadi bertemu Allah SWT kelak. 

Ya Allah, hanya Engkau tahu betapa banyak lagi kekurangan yang ada pada diri dan jiwa saya.

Bantulah saya menguatkan IMAN dan FIZIKAL dalam menambahkan ilmu dan amalan demi menggapai REDHA dan CINTA MU ya Allah....

Sekarang masa sebulan di rasa SEMINGGU..

Masa seminggu di rasa SEHARI..

Masa SEHARI bukan dirasa 24 jam lagi.. tetapi 1 JAM!

Allah... cepatnya masa!!!

.

Tahun 2020.

.

Banyak sungguh perkara yang berlaku dalam hidup saya.

.

Walaupun sudah kemas perancangan dibuat sebelum menjejak masuk ke tahun 2020,

semuanya terpaksa dirombak kembali setelah banyak perkara yang tidak dijangka berlaku.

.

.

siapa sangka seluruh dunia ditimpa masalah wabak Covid-19. Bermula 18 Mac 2020 PKP dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Malaysia. Perintah berkurung dalam rumah mula digiatkan. Semuanya bertujuan untuk penularan wabak Covid-19 ini.

.

.

lockdown! PKP! semua menempatkan kita berkurung dalam rumah.

tagline 

#staysave

#kitaJagaKita

#RMCO

#JagaSOP

bertebaran di seluruh tempat.

.

.

Alhamdulillah, syukur kami sempat menyelesaikan Majlis Pernikahan Adik Ipar di Negeri Sembilan. Ketika itu, saya sekeluarga sempat juga berjalan2 makan angin di Cameron Highland. syukur Ya Allah...

























eh... banyak pulak gambar di PAHANG... Lupa, selepas majlis adik ipar sempat lagi cari itik salai...




Perancangan keluarga untuk buat Sambut Menantu pada 19 Mac, 

namun takdir 18 Mac adalah meruapakan tarikh LOCKDOWN seMalaysia..

tak dapat teruskan majlis... demi mengelakkan penularan wabak..

.

.

.

TAHUN 2020, kami raya jauh-jauh jugak... tak sempat kumpul semuanya..masih PKP

.

.

oleh sebab raya kali ni berjauhan... keluarga sebelah saya main tampal2 gambar je..(Alhamdulillah ada kakak pakar edit guna photoshop!) tak dapat kumpul sama-sama waktu raya.. masih mampu pilih warna baju sama!

baju ni kami memang tempah khas (perempuan sahaja).. first time kot buat tempahan ni!

 sekali tak dapat kumpul sama-sama... redha dengan ketentuan...

.

.

keluarga sebelah suami pun tak dapat kumpul sama-sama..

.

.

ALHAMDULILLAH, raya Aidiladha yang berikutnya kami dapat jugak berkumpul semuanya...

.

.

.

BETTER LATE THAN NEVER...

.

.

dan antara kenangan paling best PERCUTIAN KELUARGA DI MELAKA...


A BEST MOMENT TO REMEMBER..

.

.

.

banyak lagi "NIKMAT KESYUKURAN YANG TAK DAPAT DI DUSTAKAN LAGI..."

MOGA ALLAH TETAPKAN HATI INI TEGUH PENUH KESYUKURAN..

JAUHI SEGALA KEMUNGKARAN..


AAMINN..


P/S: Sambil duk taip ini lah masih fikir bila lah nak habis PKPB ni pulak.. manyakk cuti betul this year..


Ya Allah kembalikan kami semula ke norma lama.. yang NORMAL..


takutnya nak hadap masa depan penuh fitnah.. generasi anak2 lah paling saya takut nak hadap.. bagaimana zaman mereka di masa depan..



MOGA ALLAH LINDUNGI ANAK2 ibu dan generasi mereka...

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)