Diari hari ini.. ;P(tak tahu tajuk apa yang sesuai)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.... ucaplah Alhamdulillah...

*walau diri diuji.... :(

ucapkan juga ALHAMDULILLAH..

mungkin ujian ini menambahkan
IMAN dan KASIH serta INGATAN kita pada ALLAH..
InsyaAllah...

Terima kasih kerana menguji hamba ini..

"MENULIS itu LEBIH BAIK..."

ye!

kadang manusia tidak memahami kata-kata dan perasaan kita..
biarpun kita cuba untuk memberi penerangan,
pasti perasaan 'tersempit' masih terasa..
oh hati!

mengambil keputusan untuk menulis isi hati ini, lagi best n osem!
;P

hehe.. let SMILE... ^_____________^

walau ujian menimpa, cuba la bagi hati 'bergembira'...
kembali kepada yang esa.. insyaAllah, tenang kan terasa..

saya datangkan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah:286 ;

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.


Rasulullah SAW bersabda,
 “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.”

ayat ni banyak menjadi pendorong semangat saya semula...
bila stress mula terasa, hati mula menjadi tak tentu hala,
mula rasa nak memberontak entah apa-apa..
kepada Allah, aku kembali jua..
moga Allah berikan ketenangan dihatiku semula..
:)

seharian hari ini, kepala saya sungguh penat..

bila menjadi guru a.k.a pendidik ini,
ujian Allah ke atas kita berbeza..
masa time jadi student dulu, ujiannya lain..
maka ujian di tempat kerja sekarang pun lain..

walau diuji, tetap teguh berdiri! 
Allahu Akbar..

melihat checkilist kerja-kerja sekolah yang perlu disetelkan, cukup menyesakkan dada..
cuba beristighfar.. istighfar.. dan terus beristighfar..

hari ni kena ganti kelas seorang ustaz yang sedang cuti sakit,
ustaz tu ajar subjek Arab, oh! lama betul saya tak belek2 buku teks Bahasa Arab..
kelas yang saya ganti ni pun, kelas yang saya tak mengajar..
jadi saya ambil keputusan bawa laptop masuk kelas,
sediakan sedikit tayangan buat pelajar2 ni..

"Cikgu, cikgu ambil bidang komputer kan?
"ye.."
"cikgu tunjuk la game atau apa-apa projek yang cikgu buat masa belajar dulu.."
"saya datang ni nak tunjuk video yang bermafaat, game2 tu nanti saya tunjuk di lain waktu..:)"
"oh...alaaa cikgu.."

walaupun pelajar-pelajar ni 'kurang' bersetuju, saya tetap dengan keputusan saya.. ;P

mulanya, saya tunjuk satu video osem, yang tajuknya 
"COUPLE vs KAHWIN" by MrTheAllShared

masing2 berkerumun depan laptop saya..
tetiba je ada 2 pelajar saya yang 'lari' ke belakang..
"awak ber-2, kenapa tak minat tengok video tu ye?"

"cikgu..bosan la.. pasal couple je..tak boleh couple ke?"

oh..... anak-anak didik ku.. soalan begini tidak perlu ditanya..
kerana saya tahu, jawapannya sudah kamu tahu..
saya cuba berbicara hal lain bagi mengelakkan memberi jawapan pada soalan itu..

"kamu ber-2 ni hafaz Al-Quran?"
"ye..."
"berapa juzuk?"
"saya.. 13 juzuk.."
- "saya 7 juzuk.."
"oh! hebatnya kamu ber-2..Alhamdulillah.. mari sini cikgu 'tebuk' hafazan kamu.."
"jangan cikgu.... dok ingat... dok ngulang...."

oh..alasan penuh alasan..

"sambung ayat saya baca ni....
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلاَ تُسْأَلُ عَنْ أَصْحَابِ الْجَحِيمِ..."

"....................."

"dok ingat cikgu....."

saya pun mengalihkan perhatian saya pada video di laptop saya,

"ok... sekarang saya nak pasang video pasal SYRIA.. kamu nak tengok??"

"nakkkkk..."
masing-masing khusyuk tengok...

Alhamdulillah, banyak persoalan yang mereka tanyakan dan timbulkan sesama mereka..
sedikit sebanyak memberi saya perasaan 'lega'...
'lega' melihat mereka yang prihatin dengan nasib saudara Islam mereka..
'lega' melihat tanda simpati mereka pada mereka yang syahid dan terkorban..
(walaupun saya tengok 2 orang pelajar tadi masih lagi kurang berminat pada video yang ditunjuk..hmm)

di benak saya, saya masih mencari-cari jawapan terbaik pada soalan mereka berdua berkaitan 'couple' tadi.. perasaan untuk menjawab soalan itu ada... tapi saya masih tidak mampu nak susun ayat yang terbaik... bagi mereka 'couple' itu tiada masalah... saya masih pening untuk menjawab soalan itu kepada mereka yang sudah tahu jawapannya "SALAH" tapi mereka tetap mahu lakukan "SALAH" itu..

di akhir kelas, saya memberi jawapan itu secara umum kepada semua pelajar dalam kelas itu...

"pelajar-pelajar yang cikgu kasihi semua...
ingatlah waktu mudamu sebelum tuamu..
gunalah waktu lapangmu sebelum sempitmu...
jauhilah dosa-dosa yang merosakkan hatimu..
jauhilah dari kemurkaan Allah..
kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang membawa kesenangan
dunia dan akhiratmu... semoga di sana ada keberkatan di dalam hidupmu.."

"bagi yang menghafaz Al-Quran, ingatlah satu peringatan yang cikgu tulis di papan tulis di depan ni;

القُرآنُ حُجَّةٌ لكَ أَوْحُجَّةٌ عَلَيكَ
Maksudnya:  
“Al-Quran itu boleh menjadi hujah yang akan membela kamu 
atau hujah yang akan membantah kamu.” 

maka, takutilah kalian wahai penghafaz Al-Quran, 
jauhi dari dosa kecil mahpun besar..
FASTABIQUL KHAIRAT.... semoga diri kalian dalam redha Allah..
belajarlah bersungguh-sungguh.. perjalanan hidup kalian masih panjang.."

saya berdoa dalam hati;
"Ya Allah, berilah kefahaman kepada mereka semua.."

sebelum keluar kelas, saya minta seorang pelajar ketuai bacaan doa Qunut Nazilah untuk saudara seIslam di SYRIA, PALESTIN mahupun di mana-mana negara.. doakan kemenangan untuk Islam..
marilah sama-sama kita prihatin dengan nasib umat Islam akhir zaman ini..

terus berjuang, jangan menyerah kalah wahai pejuang!
........................................................................................................

petang tadi ada mesyuarat guru-guru...


mesyuarat tadi menambahkan 'sakit' di kepalaku..
terasa bebanan kerja sangat banyak..

namun tengok sahabat guru disebelah saya yang bersemangat dalam perjuangan ini,
buat saya merasa bangga dengan sahabat ini..
kak 'Nailah Al-Farafisyah' yang osem+cool!!!
hopefully jadi macam akak jugak...

Allahu Akbar...semangat sungguh!
semoga perjuangan kita ini sampai syahid.. InsyaAllah.. :)

p/s: time mesyuarat tadi, sempat lagi saya terkenang-kenang kek dalam peti ais kat rumah..hehe

akhirnya...
saya dah tak tahu nak tulis apa..

salam sayang... selamat berjuang..

wassalam...

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)