Ombak rindu?! Dugaan...

3
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja 
mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
(Al-Ankabut:2)

Allah... Allah... Allah...

manusia sering diuji!

diuji dengan nikmat mahupun azab..?

kadang-kadang kita diuji dengan nikmat yang banyak.
oleh kerana terlalu seronok dengan nikmat tesebut,
kita leka dan lupa pada Allah..
ujian ini berat!

kadang-kadang kita diuji Allah dengan 
kesusahan, kesempitan, kelaparan, kebuluran dll..
ini memang menguji IMAN!

sungguh! 
sentiasalah merasakan diri sentiasa diuji,
agar kita sentiasa mengingati Allah setiap saat hidup kita..

agar kita rasa UJIAN ini 'manis' biarpun
'pahit' dipandang orang, dirasai oleh diri, 
namun... dan yakinlah!
SYURGA ALLAH itu manis... 
:)

moga ujian ALLAH ini dihadapi dengan redha..


[gambar snap with nokia n97 mini, jalan2 di pantai bersama adik2+anak2 saudara]

sentiasalah kembali kepada ALLAH~


Alhamdulillah... hari2 p jalan2 kat pantai pun x pa..
nikmat Allah bagi.. Alhamdulillah...

(rajin plop mengedit gambo2 di pantai ni...)

perjalanan dari rumah ke pantai 3 minit naik keta.. 

Jalan2 di pagi hari.. :)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

sempat berpagi 
di Pantai Teluk Gadung, Dungun, Terengganu.
bersama cinta hati saya..
my kakak, kak ja.. dan
my anak-anak saudara, Sumaiyyah & Syarifuddin..

 seronok main buaian.. ;)


 Peace.. (^_^)v

kak ja & anak-anaknya.. :)

mereka 3 beranak main2 tulis atas pasir.. Awesome!

view of Pantai Teluk Gadung, Dungun... (betul2 depan UiTM Dungun)

melihat keindahan alam ciptaan ALLAH...
ALLAH...
ALLAH..
ALLAH...

Subhanallah~<3

jom pulang~ 
(kucing pun turut serta tu.. ;)

Subhanallah...
Besarnya nikmatMU...

...Terima kasih Allah...

BERLARI ke langit

0
COM
[gambar snap with nokia n97 mini, jalan2 di pantai bersama adik2+anak2 saudara]

Renungan CINTA

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Renungan CINTA si mawar 

:)

[gambar snap with nokia n97 mini, program REHLAH SAHABAT SURAU MAWAR]

Impian?

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Allah... Allah.. AllahuAkbar!

[gambar snap with nokia n97 mini, program REHLAH SAHABAT SURAU MAWAR]

Sahabat seperjuangan

0
COM
[gambar snap with nokia n97 mini, program Halaqah Maghrib@SURAU MAWAR]

Dating> Adik2 Usrahku

0
COM
[gambar snap by nokia n97 mini : REHLAH ADIK USRAH gen1 & gen2]

Dia sahabatku :')

0
COM

::Niqab/purdah::

3
COM
Assalamu'alaikum sahabat2 sekalian...

Alhamdulillah, sempat jugak nak post something dalam blog ni..
Allah... Allahu Akbar... Allah Maha Agung..
Terima Kasih segalanya ya Allah..

tajuk kali ni pasal niqab...
saya kurang berminat post pasal ni sebenarnya..
tapi sekadar perkongsian berkaitan niqab...
:)

Saya sayang kalian kerana Allah..
apa yang saya tulis ni, sekadar mahu kongsi-kongsi cerita saya..
ni kan blog saya.. hehe~

selalu orang tanya,
"kenapa pakai purdah ni? ramai sangat saya tengok orang pakai purdah...
macam trend pulak..ikhlas ke?!"

Allah... Allah... Allah... 
soalan ni sungguh menguji hati..
IKHLAS? apa maksud IKHLAS?
sebenarnya susah nak bagitahu maksud ikhlas yang sebenar..

Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

maka dengan ini, saya malas bercerita pasal ikhlas..

bila saya berniqab?
Alhamdulillah, sudah hampir 2 tahun...

kenapa berniqab?
hanya Allah yang tahu... :)


Firman Allah, 
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. 
(Al-An'am: 162) 
.........................................................................................

p/s: gambar atas ni di-snap oleh adik... time ni nak keluar dengan family tersayang.. saya susah nak post gambar berniqab sorang-sorang...

tapi kali ni,
khas untuk sahabat saya yang ikhlas
bersahabat kerana Allah dengan saya.. :) luv u sahabat..

jawapannya untuk niqab... Allah... Allah... Allah...
p/s: ni gambar sahabat saya, ummu hani...
sorry ambil pic untuk kata2 ni.. :)

insyaAllah, dari masa ke semasa saya update pasal niqab..
hari ni untuk permulaan perkongsian sahaja about niqab..

:')

[galeriku] Saidul ayyam

0
COM

[galeriku] Sahabat

0
COM
InsyaAllah... bersahabat hingga ke syurga... Ameen~
Che Lah (UiTM SA) | Kak Farah (UiTM Dgn) | Kak Mierah (IPG Batu Rakit) | Dik Anah (USiM)

Alhamdulillah, ni gambar kenangan sahabat2 datang rumah kat Dungun.
Seronok berukhuwahfillah bersama kalian...
kalian membuatkan hati ini sentiasa tersenyum bahagia.

Buat kak Mirah sayang,
semoga akak berjaya menjadi guru yang terbaik..
didiklah anak-anak didikmu mengenal Allah & RasulNYA...
Mencintai Allah Allah & RasulNYA..
Mencontai Akhlak Rasulullah...
Semoga generasi akan datang menjadi generasi contoh yang baik
mengikut Acuan dari seorang pendidik yang
mengikut acuan Al-Quran & Sunnah..
Sayang Kak Mirah kerana Allah.. :)

Buat Kak Farah Comel,
Che Lah sayang akak kerana Allah...
rindu nak sembang2 dengan kak farah...
semoga Allah mudahkan segala urusan kak farah...
dan semoga Allah Redha jalan yang kita pilih ni..
:) luv u!

Buat dik anah sayang...
i love u lillah so much!!!
study betul2, study kerana Allah..
habiskan pengajian dengan baik..
berjuang2 jugak, akademik jangan tinggal...
semoga pencapaian kita menunjukkan
ke'izzahan Islam itu sendiri...
Semoga Allah mudahkan urusan mu sayang!

p/s: bila la dapat jumpa lagi... hmmm... rindu!
Allah cipta perasaan Rindu ini.. Allahu Akbar!!!

[galeriku] Friendship

0
COM
Alhamdulillah....
bersahabat hingga syurga... InsyaAllah..
Kenangan time buat usrah muslimat di Pantai Teluk Gadung, Dungun, Terengganu..
Sweet Memory.. :)

:: Cinta @Teratak Colat::

1
COM

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,

Allah masih bagi peluang untuk menikmati nikmat yang tak terhingga besarnya..
iaitu N.Y.A.W.A… Nikmat.Allah.Wi ke.Aku.. J Alhamdulillah..

Terima kasih Allah, gerakkan jari-jemariku untuk mencoretkan sesuatu di blog ni..
Berblog time ada masa free sahaja.. hehe

Tulisan kali ni saya coretkan khas buat adik-adik usrah tercinta..

Buat adik-adik kak lah sayangi,

Sesungguhnya pertemuan dengan kalian cukup membuatkan diri ini berasa sangat bertuah & bersyukur sangat-sangat dengan nikmat Allah yang sangat besar dalam hidupku...

Teratak Coklat…
itulah satu nama yang sangat indah dalam memori ini.

Benarlah kata-kata Saidina Abu Bakar;
“Jika kalian ingin mencari SAHABAT, maka carilah dirumah Allah..”

Ya! Benar…
sungguh benar kata-kata ini. 
Pertemuan bersama kalian adalah dirumah Allah yang megah di Kolej Mawar.. 

itulah Surau Kolej Mawar.. 
Satu bangunan yang sangat kecil jika dibandingkan 
dengan bangunan kolej yang tinggi melangit. 
Namun bagunan batu itu tetap teguh berdiri.. 
teguh menanti tetamu-tetamu yang rindukan rumah Allah itu..

Sejak kak lah habis degree,
teringin benar untuk jejak kaki ke Teratak Coklat. 
Rindu sekali!
Ya Allah.. ubati rindu ini.. T__T

Hanya Allah tahu betapa berat menanggung rindu pada haruman Teratak Coklat.. rindu mengimbau kembali detik-detik pertemuan kita bersama..


Adik-adik kak lah sayang,

Jagalah Teratak Coklat sebaiknya.. 
Selama 6 Semester menabur bakti dan menjadi tetamu Teratak, 
sehari tidak dikunjungi terasa seperti setahun lamanya.. Allah.. Allah..

Imarahkan Surau ini… Cintai Surau ini.. Sayangi Surau ini seadanya..


Jangan biarkan ia kosong… kosong tanpa penghuni.. kosong tanpa di-isi..

Hadirkan keikhlasan diri buatku dan adik2 ku untuk terus mengagungkan rumahMU,

Ya Allah.. walau jauh dimataku Teratak Coklat itu.. 
ia benar2 terletak utuh di hatiku..

Sungguh Allah janjikan pelbagai kelebihan di sana..

Dengan Solat Berjemaah, 
insyaAllah.. kalian mendapat 27 kali ganda
ganjaranNYA yang agung..

Dengan mendengar tazkirah, 
insyaAllah.. telinga kalian bakal jadi saksi di mahsyar kelak..

Dengan memberi tazkirah, 
insyaAllah ia jadi peringatan buat kita dan sahabat untuk dekat dengan Allah.. :)

Dengan berUKHUWAHfillah, insyaAllah.. kalian bakal dihimpunkan di mahsyar besama-sama golongan yang saling mencintai kerana Allah… J
Seronokkan? Semua Allah bagi… Subhanallah!!!!

Ingatlah kehidupan di university tak seperti kita di sekolah rendah mahupun menengah, pelajaran Agama Islam memang dalam sukatan pelajaran,
Tapi di university ini, perlu kita sendiri cari
perkara yang mendekatkan diri dengan Allah ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah… Allah temukan kita semua dalam satu USRAH.

USRAH is Awesome+cool!! huhu…. Lovely part in our life <3
USRAH kita semua bermula di teratak coklat @ Surau Mawar.
Allah… Allah.. Allah… sweetnye pengalaman ini..

Hopefully, kita semua berkasih sayang kerana Allah…
Dan ditemukan di jannah.. Ameen…

Love u all until jannah…

Miss u all.. Allah… ubati rindu ini.. :’)
Salam sayang dan ingatan selalu di hatiku…
Semoga Allah redha dengan kasih sayang ini.. 

::Berpraktikal @Pusat Bahasa Arab Selangor::

3
COM
Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Terima kasih Allah, hadirkan mood untuk update blog 'usang' ini..

blog ni adalah tempat saya luahkan, ceritakan, kongsikan 
apa-apa sahaja yang ada kat minda saya ni..

post kali ni, just nk ceritakan pengalaman berpraktikal..

Alhamdulillah, 1st time merasai apa itu praktikal? huhu..

kos yg saya amik ni, bachelor of comp Sc (multimedia) ni ada jugak praktikal, cuma kos ni x berpraktikal lama macam kos lain..
kos lain praktikal sampai 6 bulan,
tapi kos multimedia ni, praktikal 6 minggu je..huhu,
sekejap sangat kan?

sebenarnya, BELAJAR vs BEKERJA suatu perkara yang sangat2 berbeza..
bila tengah belajar, tak sabar2 nak kerja..
bila dah mula kerja, rindu pulak zaman belajar..
macam2.. manusia insan lemah~

time duk cari2 tempat praktikal, saya try hntr resume byk tempat,
yang utama kat Terengganu.
Last2, saya pilih Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor jugak.. J

Ramai yang Tanya, macamana boleh praktikal sana?

Ceritanya macamni,
Final Year Project (FYP) saya buat
“Arabic Multimedia Application in Learning”
Rujukan saya adalah Dr Janudin Sardi,
Beliau inilah yang syorkan saya ke Pusat Bahasa Arab tu.

Walaupun saya dan hajar hampir give up dengan JAIS yang duk suh turun naik pejabat dia untuk luluskan tempat praktikal tu, akhirnya JAIS terima jugak.. kalau bukan kerana Dr J, dah tentu saya praktikal kat tempat lain..hehe.. ;p

time praktikal pulak...dapat penyelia praktikal.. :)
Alhamdulillah, penyelia di tempat praktikal kami sangat baik,
Terima kasih banyak, Ustaz Bashasunnahar
Banyak tunjuk ajar yang diberi, bertuah saya n kawan saya, hajar.. huhu


Dan juga seorang kakak staf yang osem+very kind person, 
kak masida.. J
 akk ni baik sangat2...
ajak g jalan2...shopping..makan sama..
rindu kak masida...:)

Seronok berpraktikal kat sana, tak stress sangat

Kami kena buat aplikasi multimedia bahasa Arab.
Seronok… dapat setelkan tugas yang diberi…
Kami rancang dengan baik jadual kami,
So, semuanya berjalan dengan lancar..

jadual kami... :)

saya n hajar.... gambar snap by kak masida :)


Alhamdulillah.. 
saya n hajar seronok sangat2..

Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...hehe :)

kat bawah tu gambar kek coklat cheese yang saya sempat buat khas untuk warga pusat bahasa Arab... 

if ada masa, saya jenguk2 kat sana..
insyaAllah..
Semoga Allah meredhai kita semua.... :)
SALAM SAYANG DARI SAYA...

.............. nak resepi?.............

inbox me... :)

::My final Semester(Degree)::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Allah bagi peluang update blog..

sebenarnya lama dah nak update cerita2 sepanjang sem akhir pengajian degree ni. Tapi, masa yang padat dengan pelbagai perkara, tak mampu juga saya luangkan masa untuk update blog.

kali ni, saya saja nak kongsikan pengalaman berada di semester akhir.

setiap perkara saya buat mesti kena plan/rancang dalam peta minda..


for my planning... ;p
kenapa nak kena buat macamni?
setiap perkara yang kita buat.. rancanglah dengan terbaik..
pandulah stp apa yang kita buat dengan panduan yang benar..
doakan semoga setiap yang dirancang Allah redha dengan perancangan kita..

Alhamdulillah,
walaupun berhadapan dengan rasa stress, kecewa, sedih,
menangis dan sebagainya... berhadapan dengan assignment,
project, gerak kerja dakwah, dll..
semuanya adalah nikmat.. nikmat diberi bahagia di uji Allah..
itulah namanya kehidupan..

::ILMU::

Rasulullah pernah bersabda:
"Jika kamu mahukan dunia, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia dan akhirat, adalah dengan ilmu."



perjalanan mencari ILMU ni panjang...
terasa baru semalam masuk pasti,
terasa baru semalam duduki UPSR/PMR & SPM..
tapi realitinya,
sudah berlalu fasa ijazah rupanya sekarang...

dalam dewan kuliah...fuh! padat!

lihat buku2 akademik kat rak tersusun rapi, 
"Oh, buku2 ku..."

buka laptop terus je buat final year project..
stress.. hahaha... sabar2..
nak degree kan.. kena la
"bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudian.."

taadaa......!!! ALHAMDULILLAH...
setelah hampir setengah tahun, siap jugak thesis & project ni..
syukur ya Allah.. TQ Allah!
siap binding.. oh! my thesis... :)

gambar2 bawah ni kenangan time FYP... jom tengok :)

arahan pergi taklimat... ;p

my kwn busy tampal2 poster fyp..

esoknya...
kawan2 dengan show presentationnya..

sesi penilaian dari examiners...

suasana rehat...huhu still rasa berdebar2 tau..

thanks syafiq... sudi jenguk2 n cuba aplikasi che lah buat ni... :)

terima kasih syat n mas sudi support che lah nyer aplikasi multimedia ni..

SEMOGA KITA SEMUA TERUS SUKSESS/NAJAH/BERJAYA
di DUNIA & AKHIRAT...

belajar... bekerja... semuanya biarlah kerana Allah...

semoga Allah kira sebagai ibadat kpd-NYA..
dan meredhainya...

thank U Allah 4 everything u give me...

p/s: tengah tunggu konvo... insyaAllah..


Allah bagi dan beri ujian pada kita

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar!
Allahumasolli a'la saidina Muhammad... ~

setelah sekian lama tidak menulis di blog ni.. hari ni hati terpanggil nak mencoretkan sesuatu yang terpahat dalam kalbuku ni..

Allah.. Allah.. Allah..
tak tahu nak mulakan dari mana.
saya tahu blog ni tidak ramai pembacanya..
saya anggap blog ni sebagai tempat saya meluah rasa, memberi pendapat, berkongsi pengalaman dan apa sahaja..

sedih? gembira? terkilan? suka? redha.. 
entah apa perasaanku kali ini..


"melihat orang yang kita sayangi ditimpa musibah, apa rasa hati anda?"

Ya Allah, bulan RAMADHAN ini bulan TARBIYYAH..
RAMADHAN ini bulan rahmat..
RAMADHAN ini bulan PENGAMPUNAN..
RAMADHAN ini bulan KEREDHAAN..
RAMADHAN ini bulan KASIH SAYANG..
dan dalam bulan ini penuh dengan 'KEAJAIBAN'...

melihat nukilan "RAMADHAN ini bulan TARBIYYAH",
teringat satu kisah yang tak padam difikiranku..
moga cerita ini dijadikan iktibar..

  • Saya punya seorang sahabat, dia seorang yang amat disegani, dihormati dengan tahap ilmu yang dia ada itu, tak dapat kami nafikan. Sungguh! sahabat saya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memagang amanah mentarbiyyah sahabat2 yang lain. Dia lah ustaz, dia lah naqib dan dia merupakan seorang SAHABAT.

  • Suatu hari, dia merancang untuk buat usrah dengan adik2 usrahnya. jadi, dia sms setiap seorang: "USRAH itu INDAH. 4.30 pagi, di Surau...rebut QIAM jemaah bersama..lillah..semoga kalian dapat hadirkan diri.. datang awal sebelum masanya.. syukron kathir, ukhuwahfillah abadaa.. :) "

  • Indah mesejnya.. saat sampai masanya, sahabat itu keluar dari rumah sewanya seawal 4.00 pagi menuju surau. sampai dalam pukul 4.25pagi. sahabat saya sempat tunaikan solat sunat 2 rakaat tanda syukur pada Allah selamat sampai ke destinasinya. Dia mula menunggu2 kedatangan adik2 usrahnya.. 

  • setelah hampir 1 jam lebih dia menunggu,dalam 5.40pagi gitu..hmm, 
    pada mulanya SABAR.. menjadi RESAH bila masa berlalu lamanya sudah.. hati mula GELISAH, mula lah rasa nak MARAH.. tapi dia masih pujuk hatinya.. "mungkin lewat sikit lagi.. " 
  • tunggu sambil tunggu, sahabat dapat SMS dari teman rumah sewanya ada masalah 'URGENT' katanya.. terus dia siap2 nak balik rumah sewa semula. sempat jugak sahabat mesej setiap adik2 usrahnya, yang USRAH ditunda selepas Subuh..

  • Dalam perjalanan balik rumah, tetiba je motor tayarnya pancit.. bomm!! meletup sih.. ada 10 minit perjalanan kaki nak sampai rumah.. terpaksa dia heret motor ke rumah.. berpeluh2.. mulalah hatinya marah2..
  • Sampai rumah, dah masuk subuh.. masalah 'URGENT' teman rumahnya dah settle.. dia terus masuk bilik dlm keadaan hati tak tentu arah.. marah.. gelisah..resah.. semua ada.. dalam solat sujud terakhir subuh pagi itu, air matanya mengalir juga.. akhirnya! Allah.. sabar itu ada tahapnya!
Dalam doanya dia berMUHASABAH..:")

"Ya Allah, apakah niatku sebelum pergi USRAH?
apa dosaku sampai diuji begitu sekali?
apa kah salah aku?
.........................................
oh! aku teringat sesuatu Ya Allah...
sebelum aku hadir, niatku 'Test & uji TARBIYYAH ADIK2 USRAH la skali..:)..!'
rupanya engkau terlebih awal MENTARBIYYAH DIRIku...
jika benar ini TARBIYYAH darimu.. maka ampuni aku..
ampuni setiap dosa amarahku pada takdirmu seketika tadi..
ampunkan segala dosa-dosaku..ya Allah.. T_____________T.."

***********************************************************

Cerita sahabat saya diatas ini adalah penguat kepada diriku sebenarnya..
cuba kuatkan diri setelah habis air mataku mengalir..
mengalir buat insan yang amatku sayangi..
oh, abang kesayanganku!

melihat dia diuji, sakit hati.. sedih hati.. tabahlah duhai hati..
cuba untuk tahan sabar..
apakan daya kita insan biasa..

air mata adakalanya penyubur hati.. ada kalanya penguat diri..
air mata ini mengalir malam ini buat 2 insan yang ku sayangi & hormati..
mereka insan teguh! utuh! 
abangku dan kakak iparku..

mendengar kisah kamu diuji, cukup perit..
Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
kesedihan tak dapat dibendung lagi atas ujian yang Allah bagi..

kakak iparku adalah insan yang paling hampir dengan abangku..
kesana kemari bersamanya.. berkongsi suka duka bersama..
melihat matanya merah padam menahan air mata dari mengalir tadi cukup buat diri ini sebak! Allah uji mereka! semoga mereka kuat!

duhai abangku sayang,
sesungguhnya diri ini marah pada ujian ini..
tapi apakan daya.. cuba letakkan perasaan amarah itu pada tempat sewajarnya..
setelah tadi sangat marah pada mereka yang tak merasai kesusahan abangku yang jauh bermusafir demi menyampaikan ILMU ALLAH ini, aku cuba tahan sabar!

ya! SABAR itu INDAH~ tapi tahap sabar jangan dilupa mudah!

cuba mempositifkan minda?

  • sekarang ni di pertengahan RAMDAHAN,di mana ada PENGAMPUNAN ALLAH padanya..semoga ujian ini tanda penghapus dosa dan pengampunan dosa kita..
  • sedang kita dipertanggungjawabkan untuk TARBIYYAH masyarakat, ALLAH juga berhak MENTARBIYYAH kita sebagai menambahkan keimanan kita pada Allah..
  • Hikmah disebalik ujian siapa yang tahu, sejauh mana kita menerima dengan REDHA atau menerima dengan tidak REDHA.. maka redhalah pada ujian ini.. semoga ALLAH REDHA pada kita..
  • surah Al-Baqarah: لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)
    286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

semoga positif saya ini diterima (walau 'sedar; dah nak akhir2) 
setelah tadi saya dah mula negatif bukan2 dah.. Allah, ampunkan aku.. semoga air mata yang mengalir tadi ENGKAU redha jua.. teringat kata2 ini:
" air mata yang mengalir kerana mengingati ALLAH itu adalah lebih baik"

buat abangku sayang,
sesungguhnya sayangku padamu tidak melebihi sayangku pada ALLAH..
aku sayang kamu lillahi ta'ala demi Allah Redha kita dicipta sebagai adik-beradik.. dirimu penguat semangatku, dirimu banyak mendidikku, dirimu banyak menasihatiku, aku syukur dikurniakan abang sepertimu.. maafkan aku pada salah silapku.. terima kasih kerana sudi menemaniku seketika tadi.. terubat rindu!
abangku,
dirimu bertuah punya isteri hebat, memahami, menyayangi.. jaga dia sebaiknya.. tuntuni dia bersama-sama berjuang bersamaMU.. semoga cintamu pada isterimu kekal menuju SYURGA.. semoga dia bakal bidadari buatmu disyurga kelak. INDAH!
semoga kita sekelurga jua menuju syurga.. semoga baitul muslim kita menuju jannah.. INSYAALLAH~
PEMBAKAR SEMANGAT kita SEMULA;)

firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” [Al-Ankabut: 69]

firman Allah:
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku (Hud) takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat." (Hud: 3).

tadah tangan berdoa pada ALLAH.. jom sama-sama.. 
jika QIAM sudah jarang-jarang maka ku cuba kuatkan diri
QIAM sebaiknya di bulan RAMDHAN.. jom sama-sama rebut! insyaAllah~


(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)