Guruku...

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

masih diberi kesempatan untuk berblogging... ;)

walaupun 16 Mei dah lama berlalu,
terasa seperti masih menyambut HARI GURU lagi....

saya buka satu per satu gambar kenangan lama ketika belajar di 
PASTI....sekolah rendah....sekolah menengah....matrikulasi....universiti~

Alhamdulillah,
Allah pertemukan saya dengan guru-guru yang sangat baik,
mengajar penuh ikhlas, tidak kenal erti lelah,
walaupun terpaksa bersabar dengan kerenah... (kerenah saya la...hihi :P)

perkara utama yang saya sangat-sangat ingat adalah guru saya di PASTI..

mereka berdua inilah yang ajar saya ketika saya 5 & 6 tahun...
mereka mengajar saya mengenal
ABC, 123, ا ب ت
dan macam-macam lagi....
yang paling best adalah mengajar saya pandai baca macam-macam doa..
doa masuk kelas, doa belajar, doa penerang hati, doa makan, dan banyak lagi..

Allah... seronoknya zaman kanak-kanak dulu... best kan~

masuk sekolah rendah.... banyak guru yang mengajar..
(nak sebut sorang-sorang tak muat kat sini... hihi)

apa-apa pun hubungan dengan guru sewaktu saya di sekolah rendah
adalah baik dan rapat sehingga kini... awesome kan!
walaupun dah lebih 5 tahun meninggalkan sekolah,
hubungan kami tetap rapat...

kenangan beraya di rumah cg Aini... 

seronok.....^____________^



Pesanan murabbi..

0
COM

Adik beradik tersayang.. :-D

0
COM

Alhamdulillah...

happy Allah jadikan kami sebagai adik beradik...

Syukur....

Awesome....

Moga Allah redha

#postingBlogHariIni.. huhu.. ;)

Cara didikan rasulullah

0
COM

Rancangan: Cinta Sang Kekasih Sollallahu'alaihiwasallam
Tajuk: Sejenak Menghayati Cara Didikan Rasul Sollallahu'alaihiwasallam
Penyampai: As-Syeikh Dr. Asyraf Mikkawi, ulama' Al-Azhar As-Syarif

Bismillah...

Segala pujian itu hanya layak bagi Allah... Selawat serta salam atas junjungan Rasul Sollallahu'alaihiwasalam, juga atas keluarga dan sekalian sahabatnya...

amma ba'du:

Antara kesempunaan anugerah Allah atas kita adalah kurniaan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam.  Baginda Sollalallahu'alaihiwasallam mendidik,  mentarbiyah dan Baginda adalah sebaik-baik murabbi. Baginda mendidik sebaik-baik generasi, mendidik umat seluruhnya dan beliau adalah murabbi terbaik. Baginda Sollallahu'alaihiwasallam mendidik dengan manhaj yang lurus lagi benar.

Firman Allah Taala:
" إن هذا القرآن يهدي للتي هي أقوم. ....“

Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran itu memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus lagi benar..." [ Al-Isra': 9]
Firman Allah Taala:

لقد من الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أنفسهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Maksudnya: “ Dan sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang yang beriman ketika Dia telah membangkitkan seorang dalam kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan diri mereka serta mengajar mereka kitab dan hikmah sedangkan mereka sebelum ini memang berada dalam kesesatan yang nyata" - [ Ali-'Imran: 164]

P/s: ni hasil tulisan ustaz syukri nazar... sy copy paste dlm blog utk simpanan n ingatan... ;)

TARBIYYAH cinta.. ;)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim.....

ALHAMDULILLAH.... ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....

Tajuk bukan main tu~ 

'TABIYYAH CINTA'

ye la kan..

Cinta pada Allah.. cinta pada rasulullah.. ikut perintah Allah.. Ikut jalan rasulullah.. 
tegakkan kalimah Allah.. berjuang fisabilillah..

Saya cintakan perjuangan ini...
.
.
.
.
.
.

Masuk cerita ;)

Sebenarnya, nk share yang kami baru sahaja selesai program 
anjuran lajnah tarbiyyah dewan muslimat kawasan dungun....

Alhamdulillah... nak nangis je... uwaaa.... bukan sedih.. tapi terharu sebenarnya.. ~ :')

Alhamdulillah....

Allah tak pernah putus bagi nikmat.. dipilih oleh Allah dalam perjuangan ni cukup membahagiakan... 
syukur ya Allah... redhai lah hambaMU...

Program kami bermula jam 6 petang hari khamis... sesi pendaftaran bermula... 

Masing2 bawa bekalan makanan/ juadah berbuka puasa...

Ya Allah.. hebat hidup berjemaah ni... banyaknya dan perlbagai jenis makanan ada... 
laksa/mee/nasi/kuih muih.. 
macam macam ada.. ala-ala potluck gitu.. 
:) subhanallah~

Lepas berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, taklimat dan solat isyak berjemaah..

Lepas isyak, ada pengisian dari ketua lajnah tarbiyyah kawasan dungun, ustaz jamaludin bin jusoh.. 
wakil dari urusan ulama' negeri terengganu.. 
subhanallah.. ustaz bagi pengisian bertajuk:

"PRASYARAT DALAM KEMENANGAN ISLAM"

terdapat 5 prasyarat kalau pendokong jemaah islam a.k.a para mujahidah seperti kami 
yang perlu ada dalam jemaah dan dalam diri masing-masing, iaitu:

1. Taqwa dan taat
2.  Jihad dan bersunguh-sungguh
3.  Tawakkal dan bergantung hanya pada Allah
4.  Munazzamah dan bersistematik dalam pengurusan
5.  Istiaanah bi sobri was solah, memohon pertolongan Allah dengan sabar dan doa/solat

Banyak ustaz terang bab sabar... sabar.. sabar...
Jangan gopoh.. jangan gopoh.. jangan gopoh...

Bab kata seorang ulama' haraki, almarhum ustaz yahya othman:

" lebih baik kemenangan islam ditangguhkan dahulu, sementara Allah meneguhkan dan menguatkan tarbiyyah dalam diri ahli gerakan ini.. barulah ahli bersedia dalam mengatur strategi dan mengekalkan kemenangan yang berpanjangan dalam keadaan Allah Redha dan sentiasa dibantu Allah.."

Ini bukan bermakna kami tidak mahu sebuah kemenangan... 
tetapi sebagai 'jentikan' semangat kepada ahli gerakan untuk terus bermuhasabah diri...

Boleh jadi kekalahan kita sebagai ahli gerakan sebagai muhasabah kepada kita.. 
kita yang banyak melakukan maksiat tanpa sedar.. melakukan kemungkaran... 
hidup hipokrit dan lain2 sifat mazmumah telah menjadi penghalang kepada sebuah kemenangan..

Jika kita menang sekalipun, kemungkinan kemenangan itu 'rapuh' dan sementara sahaja.. atau boleh jadi sebagai istidraj kepada kita.. dalam keadaan gopoh dalam kemenangan namun Allah tidak redha... 

nauzubillah...

Tapi, 
bagi orang politik kemungkinan mereka akan marah dan melenting dengan penyataan ini.. 
sisi pandang orang politik berbeza dengan pandang sisi orang tarbiyyah.. 
tarbiyyah melihat jauh pandangan akhiratyang kekal abadi..
 matlamat akhir kehidupan adalah pilihan kita.. 
syurga atau neraka?

Allahuakbar!!!!

Banyak sangat perkongsian ilmu sebenarnya.. 
nak tulis kat blog ni susah.. (sekarang update blog guna hp kecik ni..huhu)

Lain2 slot adalah perbincangan dan pembentangan kumpulan..

Best! Kumpulan kami tak mengira umur dan status.. 
merapatkan jurang antara yang muda dan tua.. 

Alhamdulillah.. 
inilah namanya ukhuwah islam.. :') terharu.. terharu..

Pembentangan pun best2.. 
banyak kutip ilmu dalam pembentangan ni...


Next.. (aik.. tetiba english :p )

Qiamulail... solat subuh jemaah...

Last... perasmian penutup oleh mok teh... 
ketua muslimat pas kawasan dungun..
Kami sarapan nasi lemak sedap dan 
bersurai pulang dengan progrm2 masing2...

Allah.. Allah.. Allah...
Semoga Allah istiqamahkan kami semua..

Nak berjuang bukan senang wehhhhhhhhhhh..... 
banyok dugaan wehhhh.. sedor la wehhhhhh..

Apa2 pun.. doakan kami...

Wassalam dari saya yang tulis~

Indahnya hidup berjemaah.. :-)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...
Allah hadirkan peluang utk intima' dengan jemaah ini...
Ya Allah... tetapkan aku dijalanMU ini.. semoga diriku istiqamah bersama perjuangan yang penuh onak duri ini..Ameen...

Checklist!!!

0
COM

Hanya padamu Ya Allah... :')

0
COM


كتاب الأذكار من كلام سيد الأبرار
 للإمام النووي



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah (dengan semua hambaNya) Lagi Amat Mengasihani 
( hambaNya yang beriman)

الحمدلله الواحد القهار، 
Segala pujian itu hanyalah tertentu (layak) bagi Allah Taala, 
Yang Maha Esa Lagi Maha keras balasanNya 
(ke atas hambaNya yang kufur kepadaNya)

Syarahan ringkas:

Dalil yang menunjukkan amat berat balasanNya atas orang yang kufur. Firman Allah Taala :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur kemudian mati dalam kekufuran, mereka itu akan ditimpakan laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal dalam laknat tersebut, tidak diringankan azab serta tidak ditangguhkan siksaan atas mereka" [ Surah Al-Baqarah, juzuk 2, ayat 161-162]

Al-Qahhar adalah sifat jalal yang menunjukkan keagungan Allah bagi menimbulkan pengagungan serta kegerunan dalam diri hamba untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Selepas ini, 
akan disebut pelbagai lagi sifat Allah kerana mukaddimah itu 
adalah tempat memanjangkan kalam diselit dengan pelbagai mesej oleh pengarang

العزيز الغفار،
Yang Maha Menang (Perkasa) Lagi Maha Pengampun...

Syarahan ringkas:

Pengarang menyebut pula sifat jamal (keindahan pada Allah) iaitu Maha Pengampun. 
Apabila hanya rasa takut sahaja wujud dalam diri hamba, maka wujudlah sifat putus asa padanya. 
Maka, dengan mengerti Allah itu mengampuni hamba-hambaNya yang melakukan dosa, 
menimbulkan dalam diri seseorang hamba untuk kembali menebus kesilapan yang pernah dilakukan di samping berazam untuk tidak sekali-kali mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan satu masa dahulu.
Sebesar mana dosa seseorang, Allah Taala menjanjikan pengampunan dariNya. 
Setiap manusia berpeluang untuk memperbaiki dirinya menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah Taala.

  مقدر الأقدار،
Tuhan yang Menentukan segala ketetapan...

Syarahan ringkas:

Segala yang berlaku berada di bawah ketentuan Allah Taala.

  مصرف الأمور مكور الليل على النهار، تبصرة لأولي القلوب والأبصار،
Yang Mengurus juga menjadikan perubahan berlaku pada segala perkara, serta memasukkan malam ke dalam siang... sebagai menzahirkan kepada orang-orang yang mempunyai akal dan penglihatan

Syarahan ringkas:
Allah adalah tuhan yang menjadikan sesuatu itu berubah dari satu perkara ke satu perkara yang lain. 
Dari kecil menjadi besar, dari muda menjadi tua, sihat menjadi uzur, dari miskin menjadi kaya, 
dari buruk menjadi baik dan pelbagai lagi. Allah Taala berkuasa atas segala sesuatu..

Antara perubahan tersebut: 
Allah memasukkan waktu malam ke dalam siang

Semua perkara tersebut akan menyedarkan hambaNya yang baik akalnya, 
suci hatinya untuk menjiwai keagungan Allah Taala dalam dirinya.

الذي أيقظ من خلقه من اصطفاه .. فأدخله في جملة الأخيار، 
(Allah) yang menyedarkan dalam kalangan makhluk ciptaanNya sesiapa yang menjadi pilihanNya. Lalu, Dia memasukkannya dalam golongan Al-Akhyar (orang-orang yang terpilih di sisiNya)

Syarahan ringkas:

Apabila seseorang hamba tersebut terpilih untuk menuju Allah Taala, perkara pertama yang akan berlaku pada dirinya adalah sedar dan terjaga dari kelalaian. 
Orang yang hanyut dalam kelalaian sesekali tidak akan mampu untuk 
memahami tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Manusia akan tersedar dari kelekaan apabila di buka pintu hatinya untuk melihat hakikat diriNya sebagai hamba dan mengerti hakikat Allah untuk dirinya mengabdikan diri kepadaNya. 

Kelalaian mengingati Allah Taala diumpamakan seperti kematian sebagaimana disebut dalam hadis: 
“ Umpama orang yang mengingati Allah dan tidak mengingatiNya 
seumpama orang yang hidup dan orang yang mati"

Wassaalam setakat ini

Jauhkan aku dari neraka... :'(

0
COM
Pernah suatu kali Syekh Sya'rawi berbicara dengan seseorang 
yang ingin membunuh orang yang sedang melakukan maksiat.

Orang itu berkata.
 "Syekh, menurut saya orang-orang itu berada dalam maksiat,
 (mereka sedang berada) di dalam tempat yang banyak khamar. Saya rasa mereka harus diberi hukuman."

Syekh Sya'rawi berkata, 
"Lalu apa yang akan kamu perbuat?"

"Saya akan meledakkan bom bunuh diri di tempat mereka dan 
tentunya hal itu akan menyelesaikan semua permasalahan ini."

"Oke, ada satu hal yang ingin saya tanyakan.
 Jika kamu melakukan bom bunuh diri di hadapan mereka, 
lalu mereka mati dalam keadaan maksiat. Mereka pergi ke mana?"

"Tentu saja mereka akan masuk ke dalam neraka."

"Berarti tujuan kamu dan iblis sama. Memasukkan mereka orang yang bermaksiat ke dalam neraka."

Allah... 
Ini sebuah perkataan yang sarat dengan makna.
Seharusnya orang itu berdakwah kepada orang-orang yang berada dalam kemaksiatan dengan akhlak yang baik sehingga mereka bisa keluar dari kemaksiatan tersebut, bukannya malah menyegerakan mereka untuk masuk ke dalam neraka.
Oleh sebab itu, tidak ada satupun Risalah yang diutus untuk berbuat seperti ini tapi sebaliknya, Allah memerintahkan agar kita mengeluarkan orang yang berbuat salah dari kegelapan menuju cahaya.
-Syekh Usamah Sayyid Al-Azhari

Ampuni aku yg banyak maksiat pada Allah.. :'(

0
COM
Soalan asal: 

Bagaimanakah caranya seseorang yang telah melakukan dosa dan maksiat 
ingin mengembalikan kesucian dirinya?

Berikut adalah jawapan Al-Habib Umar Hafizohullah:

" كل من وقعت في شيء من الذنوب والمعاصي فأمامهم طريق العفة لا مجرد أنه موجود وميسر،  بل مدعو إليه من قبل الرحمن جل جلاله.  قال تعالى:
" إن الذين اتقوا إذا مسهم طئف من الشيطان تذكروا فإذا هم مبصرون"
أي: ما يمر عليهم من أثر تسويله وتلبيسه

Setiap orang yang telah terjatuh dalam dosa-dosa dan kemaksiatan, di hadapan mereka terdapat jalan untuk mengembalikan penjagaan terhadap dirinya (daripada melakukan kemaksiatan) 
yang bukan sahaja ada dan dipermudahkan untuk melaluinya, 
bahkan jalan tersebut diseru oleh Allah Yang Maha Penyayang (supaya kita melaluinya).

Firman Allah Taala:
“ Sesungguhnya golongan orang yang bertakwa itu; apabila ditimpa was-was oleh syaitan, mereka kembali tersedar dengan mengingati Allah. 
Ketika itu mereka menyedari kembali dengan kesalahan yang telah dilakukan"


iaitu: apa yang telah dilaui oleh mereke daripada godaan syaitan serta was-wasnya

وقال تعالى:

" والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله. ...“

Firman Allah Taala:
“ Dan golongan yang apabila mereka melakukan sesuatu yang keji atau menzalimi diri mereka, lantas mereka mengingati Allah serta memohon keampunan atas dosa yang telah dilakukan. Dan siapakah lagi yang mengampunkan dosa melainkan Allah sahaja...."

والطريق إلى ذلك: صدق الندم والأسف على ما صدر عنه والإقلاع عنه. والمرافقة الموضع والأشخاص الذين يدعوه إليه أو زينوه له. والبعد عن كل ما يقربه إليه. وأن يعزم على الدوام على ذلك. فإذا اجتمت التوبة شرائطها قبلت. قال تعالى:
" وهو الذي يقبل التوبة عن عباده ويعفو عن السيئات“

Jalan untuk menuju taubat yang hakiki adalah: 
benar-benar menyesal, rasa bersalah dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. 
Juga meninggalkan terus kesilapan tersebut, meninggalkan tempat serta individu yang mendorong dan menggodanya supaya melakukan kesilapan itu. Juga menjauhi segala perkara yang mendekatkan diri kepada dosa. Serta berazam untuk kekal berterusan meninggalkannya. 
Apabila berhimpun syarat-syarat, maka akan diterima taubat tersebut.

Firman Allah Taala:

“ Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan (yang mereka lakukan)..." [ Syura: 25]

وقد حدثنا النبي عليه الصلاة والسلام عمن وقعت على جرائم كبيرة.  وكان قد قتل تسعا وتسعين نفسا.  وأعظم الذنوب بعد الشرك: القتل! حدثته نفسه بالتوبة فسأل رجلا لم يكن  عالما. قال له: بعد أن قتلت تسعا وتسعين نفسا،  لا توبة لك. فما دام لا توبة لي،  أكمل بك مائة،  فقتله.

Nabi Sollallahu'alaihiwasallam menceritakan kepada kita kisah seorang lelaki yang melakukan jenayah yang sangat besar. Lelaki tersebut telah membunuh 99 orang. 
Sedangkan dosa yang paling besar selepas syirik adalah: membunuh!

Dalaman jiwanya berbicara untuk bertaubat.
 Lalu dia pergi bertanya seorang lelaki yang kuat ibadah tetapi tidak alim. 
Lelaki yang tidak alim itu menjelaskan: 

Selepas engkau membunuh 99 nyawa, sudah tiada lagi taubat buatmu! 
Lelaki tersebut berkata: kalau sudah tiada ruang taubat buatku, 
maka aku cukupkan 100 pembunuhanku dengan kamu. Lalu dia membunuhnya.

ثم تداركه الله بالرحمة،  فحدثته نفسه بالتوبة. فقصد عالما صالحا،  فأخبره أنو قد وقع في هذه الجرائم كلها فهل له توبة؟  فقال ذلك العالم: من يقدر أن يحول بينك وبين ربك الله إذا صدقت معه؟
لكن قريتك قرية سوء وفيها أشرار.  تب،  وفارقها وأدلك على قرية فيها أخيار - صالحين.  فاذهب إليهم واعبد الله معهم.  قال نبينا: فخرج من قريته. فلما مشى من قريته أدركته الموت.  فلما أحس بالموت ناء بصدره إلى الجهة التي يقصدها.  فحفظ الله له صدق توبته وعزمه هذا حتى ناء بصدره.

Kemudian Allah Taala melimpahkan rahmatNya lagi buat dirinya. 
Sekali lagi jiwanya membisikkan supaya bertaubat. Lalu dia pergi bertemu seorang alim yang soleh. 
Dia menceritakan kepada Alim tersebut bahawa dia telah melakukan jenayah pembunuhan tersebut, 
adakah masih ada ruang taubat untuknya? Alim tersebut menegaskan: 
Siapakah yang berupaya menghalang antaramu dengan Allah 
sekiranya kamu benar-benar ikhlas kepadaNya?

Beliau menambah lagi: 
Akan tetapi, negeri tempat kamu berada sekarang ini merupakan 
tempat yang dipenuhi kejahatan dan padanya ramai orang-orang yang jahat.

Bertaubatlah! 
Kemudian, kamu mesti berpisah dari negeri kamu berada sekarang 
dan aku akan tunjukkan kepadamu satu kampung yang ramai orang-orang yang baik dan terpilih di sana. Pergilah menuju mereka dan abdikan dirimu kepada Allah bersama-sama mereka.

Apabila dia mula meninggalkan kampung halamannya, kematian menjemputnya. 
Ketika terasa dirinya hampir dengan ajal, dia merebahkan dadanya ke arah kampung orang-orang soleh yang ditujunya. Allah menjaga kebenaran taubatnya serta kesungguhan azamnya 
sehingga dia merebahkan dadanya ke arah kampung tersebut.

فاختصم فيه ملائكة الرحمة والعذاب.  فأرسل الله ملكا للحكم بينهم وقال: يقول الله: قيسوا بين الأرضين. فإن كان الأقرب إلى أرض  الأشرار فلتأخذه ملائكة العذاب،  وإن كان الأقرب إلى أرض الأخيار فلتأخذه ملائكة الرحمة.
وفي هذا إعلام لنا أن القرب من أماكن الصالحين ينفع عند الله. 

Malaikat rahmat dan azab mula berselisih tentang lelaki tersebut (adakah dia mati dalam rahmat atau sebaliknya). Lalu, Allah mengutuskan seorang malaikat untuk menjadi hakim kepada perselisihan tersebut. Caranya: Sekiranya lelaki itu lebih dekat dengan negeri jahat yang dtinggalkannya, 
maka malaikat azab yang akan mengambilnya. 

Sekiranya dia lebih dekat dengan negeri orang-orang soleh yang ditujunya, 
malaikat rahmat yang akan mengambilnya.

Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa dekat dengan tempat-tempat 
orang soleh memberi manfaat kepada kita di sisi Allah Taala.

قال: فقاسوا بين الأرضين فوجدوه أقرب إلى الأخيار بشبر واحد.  وقد كانت المسافة إلى أرض الأشرار أقرب لكن الله عند ذلك قال لهذه تباعدي وقال لتلك تقربي.  وبقي شبر هذا مقابل ما ناء بصدره عند الموت.

Kata malaikat yang menjadi hakim: Kalian ukurlah jarak antara dua tempat ini. Lalu mereka mendapati jasadnya lebih dekat kepada negeri orang-orang soleh dengan kelebihan sejengkal. Sebenarnya jasadnya lebih dekat kepada kampung yang jahat tetapi Allah mengatakan kepada bumi sebelah sini: 
dekatlah olehmu; dan bumi sebelah sana: jauhlah olehmu.

Berbaki sejengkal disebabkan lelaki tersebut merebahkan dadanya ke arah negeri 
orang-orang soleh saat dia dijemput oleh kematian.

فإذا كان يوم القيامة وقف أمام كل النفوس التي قتله فيقذف الله في قلوبهم مساحمته ويلقيهم مقابله أجورا في الجنة. 
فإذا كان هذه رحمة الله لرجل من بني إسرائيل، فكيف بواحد من أمة محمد صلى الله عليه وسلم؟

Apabila tibanya hari kiamat, dia berhadapan dengan setiap jiwa yang dibunuh olehnya. Allah mencampakkan dalam diri mereka semua perasaan untuk memaafkannya.
 Lalu, Allah menggantikan kepada mereka dengan ganjaran syurga.

Sekiranya ini adalah rahmat kurniaan Allah untuk seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel,
 bagaiman pula untuk seseorang dalam kalangan umat Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam?
 (Pastinya lebih dari itu lagi)

Beralih dari fb ke blog semula...

0
COM

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Allah bagi lagi saya tulos dalam blog ni...
Lama dah x update blog...
Maafkan saya my blog..huhu..

Sebenarnya... malas la nk tulis status kat fb dah..

Alasan:
Bila tulis status dakwah/tazkirah, kwn2 fb kurang 'like'..

Bila tulis bab2 merapu.. pasal kawen/pasangan hidup/buah hati.. bla.. bla... bla... wahhhh!!
Banyak sesangat 'like'..

Lain alasan... entah la... apa2 pun.. saya nk tulis dalam blog jugak lps ni..ngeh2x....

Kenapa?

Sebab saya suka... (bahasa kasarnya: suka.hati aku la?!) <-- erk..... jgn marah...

Saje suka2

Btw, thanks...

Blog saya tiada pengunjung.. saya suka.. saya suka.. bak kata mei mei upin ipin... hihi.. ;)

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)