Nota Usrah

Muqaddimah

Bismillahirrahmanirrahim.. 
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Setelah bertahun lamanya memikirkan 
bilakah catatan ini akan dikongsi buat semua?
Akhirnya.. lahirlah ia setelah...

ISTIKARAH diatur..
ISTIGHFAR diucap..
ISTIQAMAH diharap.. .

Doakan catatan ini memberi manfaat buat semua. 

p/s: Cukuplah dibaca, dihayati, dikongsi untuk semua… janganlah kamu memandang akhlak, rupa dari diri hina ini. Cukuplah perhatikan apa yang ingin disampaikan.

Salam sayang... hanani~

-------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Cinta...

Tajuk: Nuqaba' atau Naqib-naqibah

“ InsyaAllah, kamu ditaklifkan sebagai Naqibah.”

MENGAPA DIRI TERPILIH?

Ya Allah, bagai gunung jatuh menimpa diri. Seribu satu perasaan dalam diri. Takut? Gembira? Sedih? Marah? Entahlah.. hanya Allah yang tahu.. Sungguh diri ini tidak sanggup menahan bebanan yang berat.
Sungguh diri ini tak layak. Sungguh!

Apa yang perlu dilakukan ketika ini?

1. Istighfar & Ucaplah Alhamdulillah

Ya! Ketika ini ucaplah Astaghfirullah di dalam hati sebanyak yang mungkin 
agar prasangka buruk tidak di’main’ kan oleh syaitan.
Kembalikan diri anda dalam keadaan yang stabil. 
Jaukan dari 1001 persoalan diminda. 
Letakkan ia disudut yang positif di dalam fikiran.
Setelah hati dan diri berada di dalam keadaan yang stabil. 

Ucapkanlah kalimah ALHAMDULILLAH~

2. Positif dengan ALLAH

Apakah yang dimaksudkan positif dengan Allah? 

Fikirlah ALLAH ketika ini. 
Letakkan disudut hati kecil bahawa Allah sedang memilih diri ini. 
Ya! Setiap perkara itu adalah aturan Allah.
Pandanglah tinggi ke langit, lihatlah tingginya langit ciptaan Allah.
Pandanglah sebawah-bawahnya ke tanah, 
sungguh tanah ini sangat dalam hingga ke pusat bumi. 
Siapakah penciptanya? Allah lah penciptanya…
jadi, siapalah kita disisi Allah? Hanyalah seorang hamba..
Mungkin pilihan ini hanyalah untuk Allah jadikan kita semakin mengingatiNYA. 
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah!

3. Betulkan NIAT

Bermulanya mengatur langkah dalam hati untuk membetulkan dan 
menetapkan niat semata-mata kerana Allah. 

“Ya Allah, IKHLASkan diri ini hanya semata-mata keranaMU, tunjukkan aku jalan ILMU-MU, tunjukkan aku jalanMU yang lurus, betulkan aku dikala tersilap langkah diwaktu sedar mahupun tidak sedar..
 tetapkan hati ini dengan keIKHLASan

Ya Allah, kuatkan hati ini dengan kekuasaanMU, kecintaanMU, kemuliaanMU.. hati ini sangat lemah. Dengan kekuasaanMU, kecintaanMU, kemuliaanMU sahaja dapat membetulkan hatiku ini.. tetapkan hati ini dengan keIKHLASan
Ya Allah, Sibukkan aku dengan kerja-kerja menuju cinta&redhaMU.. jauhkan aku dari perkara-perkara dusta&maksiat. Bimbinglah aku menuju kebenaranMU..
tetapkan hati ini dengan keIKHLASan

Ya Allah, Sungguh aku tak berdaya lagi menahan sebak didada. Bertambah sesak dihati.. bergenang air mata menahan rintih.. tetapkan hati ini dengan keIKHLASan
Sungguh ini bukan rancanganku, tapi aku tahu ini rancanganMU. Kerana aku tahu engkaulah sebaik-baik perancang.. 
tetapkan hati ini dengan keIKHLASan

Ya Allah, ampunkan dosa hambaMU yang hina ini.. dosa kecil mahupun besar. Dosa sedar mahupun tidak sedar.. Astaghfirullah… Astaghfirullah..Astaghfirullah…
tetapkan hati ini dengan keIKHLASan
Ameen…”

4. Persiapan (Diri sendiri)

“Ibda’ binafsik”
“Mulailah perbaikan itu dari dirimu sendiri”

Menyedari kekurangan diri, bermulalah perubahan diri kearah yang lebih baik…
Checklist buat diri sendiri....:)

1) ILMU
Sesungguhnya Ilmu Allah ini tersangat luas dan banyaknya. 
Maka bersedialah untuk mencari, mempelajari, menghayati 
seterusnya mengamalkan ilmu yang diperoleh.

Pesanan imam As-Syafie kepada kita:
“Jika kamu hendakkan dunia, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan akhirat, maka hendaklah mempunyai ILMU.
Jika kamu hendakkan keduanya, maka hendaklah mempunyai ILMU..”

Bagaimana mendapatkan ILMU?

1a) Belajar ILMU dengan guru

Berpegang teguhlah dengan ilmu dan pelajarilah agama yang shahih.
Ambillah ilmu dari para ulama’ yang alim lagi faqih. J
angan kamu bazirkan masa kamu yang berharga kerana 
penuntut ilmu adalah sehebat-hebat tentera yang akan 
mempertahankan agama Islam . 

Setiap orang yang dipenuhi dengan ilmu dan kefahaman, 
maka sesungguhnya ianya akan membawa dan memimpinnya ke arah kebaikan. 
Ilmu dan kefahaman ini pasti akan menjadi sesuatu yang paling bermanfaat. 
Tidak cukup sekadar mempelajari dari ringkasan-ringkasan. 
Sekarang banyak dari tempat-tempat pengajian dan sekolah-sekolah 
yang hanya membaca wirid-wirid kecil dan 
mengadakan kelas-kelas yang kecil sahaja. 

‘ Tidak mampu melegakan dan mengenyangkan dari kelaparan’. 
Ini tidak mencukupi. Kamu mestilah sentiasa melazimi para ulama’ dan 
mempelajari dari mereka fiqh, usul, hadis dan lain-lain dari bidang ilmu Islam”.
(dipetik dari ucapan: Al-Habib an-Nasib as-Syeikh Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

1b) Bertanya kepada yang berILMU apabila tidak tahu

“ hendaklah kamu mengambil tahu
apa yang kamu tidak tahu,
Dengan mengambil tahu itu, 
kamu menjadi lebih tahu..
Janganlah kamu buat-buat tahu 
apa yang kamu tidak tahu,
Orang ingat kamu sudah tahu,
jadi orang tidak bagitahu kamu,
Baru kamu tahu!!”

1c) Membaca buku-buku ILMIAH serta mengenali penulisnya

Cth: Kitab Hadith, Kitab Tafsir AQ, buku-buku agama ,buku motivasi, dll

Setelah memperoleh ILMU, maka fahamilah ILMU itu dengan sebaiknya…

2) AMALAN HARIAN

Setelah FAHAM, maka AMALlah ILMU itu..
Terjemahkan ILMU yang diFAHAMi itu ke dalam amalan seharian kita.. 

terdapat 2 jenis amalan yang boleh dilakukan:)

Checklist amalan di bawah ini 
contoh bagi para naqib yang ingin mentarbiyyah diri sendiri 

agar menjadi lebih baik dari masa ke semasa.. 

InsyaAllah, acu cuba try test..^_^

2.1) Amalan wajib
ü Jemaah Subuh
ü Jemaah Zohor
ü Jemaah Asar
ü jemaah Maghrib
ü Jemaah Isyak

2.2) Amalan sunat
ü Perbaharui Niat
ü Bangun tidur-Doa
ü Baca Al-Quran
ü Mathurat Pagi
ü Solat Dhuha
ü Mathurat Asar
ü Sunat Qabli&Ba’di
ü Zikir harian
ü Al-Mulk
ü MuhasabahSblmTidur
ü Qiamulail (H,T&W)
ü Kahfi (Jumaat)
ü Puasa( Isnin)
ü Puasa ( Khamis )
ü Tidur- doa
ü Yaasin
ü Baca buku Agama
ü Ke SURAU @ Masjid

3) MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL


Kadang-kadang kita fikirkan amalan rohani sahaja penting bagi seorang naqib/ah.
Namun, jangan lupa kesihatan fizikal itu juga 
merupakan sesuatu yang sangat penting juga. 

“ Sesungguhnya Allah suka hambanya yang KUAT”

Bagaimana memelihara fizikal?

1. Menjaga makan & minum

- Memulakan dengan bismillah & doa.
- Ambil makanan yang halal, tinggalkan yang syubhah.
- Amalkan pemakanan sunnah.Cth: Kismis, susu kambing, madu, kurma, dll.
- Jangan makan mengikut nafsu, berhenti sebelum kenyang.
- Ucapkan Alhandulillah pada akhir peroleh rezeki.

2. Bersukan/beriadah

“ Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat”

Dalil-dalil pentingnya sukan dalam ISLAM:-

Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih)

Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:
مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)

Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”
(Hr Abu Daud)
..................................................

Alhamdulillah…
Terima kasih tidak terhingga buat Maha Pencipta yang memberi peluang kepada hamba ini untuk meneruskan catatan ini buat perkongsian semua.
Bagaimana sahabat-sahabat..? 

sudah baca catatan saya yang pertama berkaitan dengan naqib naqibah? Moga sahabat-sahabat dapat meluangkan masa membaca catatan yang sekadar Cuma itu..

p/s: apa yang baik jadikan teladan, apa yang buruk jadikan sempadan.
Untuk catatan kali ini, saya ingin menyusuna tur nota catatan yang lebih sistematik 

buat sahabat-sahabat mudah baca.
Sepanjang malam saya mencari ilmu-ilmu yang pernah saya catatkan di dalam buku. Ada sebahagian kecil sahaja saya temui. Kemungkinan yang lain saya tinggalkan di rumah. InsyaAllah, saya akan cuba gabungkan semua yang saya perolehi sebelum ini menjadi satu catatan ringkas & lebih sistematik kali ini.
Moga memperolehi keberkatan & keredhaan.. InsyaAllah


Soalan: Apakah yang di maksudkan dengan Naqib & Naqibah itu?
Jawapan........:)

· Perkataan naqib naqibah ini adalah berasal dari perkataan arab. 

· Penggunaan Naqib(Muslimin) & Naqibah(Muslimat).

· Penggunaan lain yang sama maksud adalah seperti mentor, ketua, pemimpin dan sewaktu dengannya.

Definisi: Seorang individu yang memimpin sekumpulan usrah (kelompok) yang terdiri lebih daripada seorang ahli.

· Naqib naqibah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor /pendorong/taujihat) 
kepada kumpulan usrah yang
 memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam 
dan mengenali Jemaah Islam yang betul.

Soalan: Apakah tanggungjawab/tugas naqib naqibah?
Jawapan.....:)

· Menyampaikan, menyebarkan ilmu-ilmu pengetahuan 
yang benar berkaitan ISLAM kepada ahli usrah.
· Bertanggungjawab menanam kefahaman Islam kepada ahli usrah.
· Menanamkan dalam jiwa ahli usrah dalam menghayati Islam.
· Membimbing, memimpin, dan mengembangkan fikrah Islam kepada ahli usrah.
· Mengkaderkan sekurang-kurangnya seorang ahli usrah menyertai Jemaah.

Soalan: Apakah ciri-ciri naqib naqibah?
Jawapan......:)

1) Berilmu pengetahuan
2) Menjaga ibadah
3) Berakhlak mulia
4) Menjaga masa
5) Pemurah
6) Prihatin kepada ahli usrah
7) Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’ dan ‘tasamuh’
8) Tegas, kuat cita-cita dan beramal
9) Berfikiran kreatif dan kritis
10) Bersikap lapang dada dan terbuka
11) Dihormati dan menghormati
12) Dan lain-lain perkara mahmudah


Soalan: Apakah bahan asas yang perlu ada pada naqib naqibah?
Jawapan.......:)

1. Al-Quran
2. Tafsir Al-Quran
3. Buku Hadith
4. Buku-buku berkaitan AKIDAH & TAUHID, IBADAT/FEQAH, AKHLAQ, SIRAH, FIQH dan sewaktu dengannya.
5. Buku catatan khas untuk usrah semata-mata
6. Majalah-majalah islamik
7. Planner untuk pilih waktu usrah yang sesuai
8. Dan lain-lain yang berkaitan

p/s: jangan ada je, sila guna!

Soalan: Apakah perkara asas yang perlu naqib naqibah tahu?
Jawapan......:)

Lebih kurang nak huraikan apa yang ada pada soalan di atas…=)

1. Naqibah sekurang-kurangnya tahu membaca Al-Quran (bermakhraj) serta mempunyai pengetahuan berkaitan tajwid. 

Contoh situasi;
Ahli usrah: “Akak/abang, tajwid itu maksudnya apa? Makhraj itu apa? Apa itu hukum nun & mim mati?” (dan banyak lagi soalan-soalan~)

So…. Bersedialah wahai naqib naqibah sekalian untuk menjawab dengan betul.^^,

2. Setiap kali melontarkan hujah perlulah mengemukakan dalil-dalil dari Al-Quran mahupun hadith. Jadi, perlulah dihafal sedikit sebanyak untuk menguatkan lagi hujah yang dikeluarkan.

p/s: jangan gunakan dalil salah pada tempatnya.. sila hati-hati

3. Sekurang-kurangnya membaca buku-buku agama untuk menambahkan lagi pengetahuan dari semasa ke semasa.

4. Sentiasa mengatur masa dengan baik. Gunakan planner dengan baik dan berstrategik. 

Naqib naqibah sekurang-kurangnya tahu berkaitan isu semasa. Apabila ada soalan berkaitan isu semsa yang ditanya oleh ahli usrah, taka da masalah nak jawab nanti..^_^


Soalan: Apakah cabaran yang perlu dihadapi naqib naqibah?
Jawapan.......:)

1. Berasa rendah diri dan tidak yakin kepada kemampuan diri
2. Kerenah ahli usrah yang pelbagai
3. Tekanan masa untuk membuat persiapan usrah
4. Perlu sentiasa peka terhadap perkembangan isu semasa dan meningkatkan ilmu pengetahuan
5. Sentiasa diperhatikan oleh ahli-ahli usrah untuk dijadikan contoh teladan

Soalan: Apakah sifat KREATIF yang perlu ada pada naqib naqibah?
Jawapan......:)

Ringkasan dari: 
Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.

1) MENGENALI AHLI USRAH DENGAN BAIK
2) MELAKSANAKAN USRAH DENGAN RANGKA PROGRAM
3) SEGARKAN USRAH DENGAN SUASANA PERBINCANGAN
4) BERTINDAK SEBAGAI PEMIMPIN TEMPAT BERNAUNG
5) MEMBERIKAN KERJA KEPADA AHLI
6) MEMPELBAGAIKAN KESAN SAMPINGAN*
7) MENULIS LAPORAN PENILAIAN


*- Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

- Penyelesaian masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.

- Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.

- Berkhemah dan berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.*
...................................................


Alhamdulillah…

Sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk menulis di ruangan ini. Kali ini saya ingin kongsi berkaitan dengan persediaan di awal permulaan memulakan usrah.

Apa persoalan yang timbul dalam fikiran sahabat 
apabila pertama kali ingin memulakan usrah?

Pastinya kita berfikir, 

‘bagaimana nak start ye?’

‘apa reaksi ahli usrah ye?’

‘nak guna ayat skema ke ayat biasa ye?’

‘macamana nak control reaksi muka?’

‘macamana ni.. macamana tu…^_^v…’
 semuanya akan bermain-main di dalam fikiran.

InsyaAllah..

Saya akan kongsikan pada sahabat bagaimana cara yang saya lakukan dulu waktu mula-mula nak pegang usrah.

1. Tarik nafas dalam-dalam. TENANGkan fikiran~ baca doa banyak-banyak. Cth: doa penerang hati, baca surah Al-Insyirah, dan lain-lain

2. Kalau rasa diri tak ‘pandai cakap’, buat latihan depan cermin. Latih berkata-kata dulu. (Jangan malu..^_^)

3. Kalau rasa perlu buat skrip, buat la..(biasalah 1st time)

4. Checklist bahan yang penting sebelum pergi usrah. Cth: kelengkapan alat tulis + buku catatan + kertas kerja usrah + AL-Quran.

5. Buat REAKSI MUKA yang biasa dan normal. Biasanya hari pertama sangat gementar kan?

6. SENYUM pada semua ahli. Tunjukkan muka ‘peramah’..hehehe

7. BISMILLAH… mula!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akanmemimpin mereka ke jalan-jalan Kami” Al-Ankabut :69

p/s: Saya sangat TEGAS dengan ahli usrah. 
Kalau boleh saya akan pastikan mereka menggunakan buku catatan USRAH yang sama 
setiap kali usrah.

..................................................................


KENALI APA ITU USRAH?



Bismillah…


Apa yang akan sahabat dapat melaui pengisian usrah kali ini? 


Picture
(1) Definisi:
USRAH

Bahasa:- Keluarga
Istilah:- Suatu kumpulan yang mempunyai beberapa orang individu yang mana syaratnya;



1.       Muslim/ orang islam
2.       Beriman dengan Allah S.W.T
3.       Berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.



Anggota:



Anggota dalam usrah adalah TERHAD. Maximum 10 orang.(Kalau ramai sampai 30 orang tu dah panggil kuliah..hehe..................(^_^)v

Ahli usrah ini juga dikenali sebagai mad’u kita..



Jadi, terdapat pelbagai jenis dan tahap dalam kalangan mereka ini, antaranya;

·         Mad’u ISLAM, tetapi kurang diberi pendedahan berkaitan ISLAM
·         Mad’u ISLAM, baru mempunyai kesedaran berkaitan ISLAM
·         Mad’u ISLAM, sudah mempunyai asas kefahaman ISLAM
·         Mad’u BUKAN ISLAM yang ingin mengetahui berkaitan ISLAM



Kesemua jenis mad’u ini sangat penting untuk kita tahu peringkat dan tahap agar cara penyampaian kita tidak tersasar dari jalan yang sebenarnya. Setiap kali kita ingin menyampaikan sesuatu, hendaklah kita berhati-hati agar mad’u tidak merasa tidak terlalu ‘berat’ atas apa yang kita sampaikan.



 Tempat diadakan USRAH:



Tempat mengadakan usrah adalah tidak tetap. Secara mudahnya, dimana sahaja boleh dilakukan dan dapat menyampaikan apa-apa sahaja dengan usrah.



Antara tempat yang boleh dilakukan USRAH:

1.       Rumah Allah. Cth: Masjid/ Surau (saya cadangkan di sini, tempat yang mempunyai ‘aura’ yang terbaik)
2.       Rumah/bilik
3.       Taman-taman bunga/ rekreasi
4.       Tepi sungai/tasik/pantai
5.       Kedai makan
6.       Dan lain-lain yang dirasakan sesuai mengikut keadaan
(2)  Sejarah USRAH:
Zaman Rasulullah S.A.W

Picture
      Huraian:
  • Pertemuan yang dilakukan oleh Rasulullah ini adalah merupakan satu bukti kepada kita dizaman kini bahawa Rasulullah turut mengadakan usrah dalam meyebarkan Islam.
  • Rujukan: FIQH AL-SIRAH 1;Bab: Seruan secara sulit ; Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti; Diterjemah oleh Ust. Mohd. Darus Sanawi |Terbitan Dewan Pustaka Fajar.

1 comment:

  1. Subhanallah..
    Syukran atas perkongsiannya ya, ukhti. Semoga kita sama-sama dapat menjadi naqibah mumtazah ye ^^

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)