::Penguat Semangat::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... ideanak tulis something dlm blog ni dah datang.. ^^

sekarang ni duksorang-sorang dalam bilik..
saya duk dalam bilikber4.
2 orang kakak dahbalik.. kelantan & johor.
sorang lagi, pergi'bertarung' jawab paper exam last dia..
Semoga rumateku, Sya..BERJAYA!

hari ni, nak coretkansesuatu coretan penghargaan buat yang tersayang..

kisah semalam.. 20Januari 2012

Semalam merupakan paperlast saya jawab exam untuk semester ni.
subjek semalam antarayang paling susah la saya boleh katakan.

Persediaan saya untuksubjek ni agak 'low'.
setiap kali study, rasatakut, gelisah, berdebar-debar datang...
sampai ada sekali tu,tak tahan.. saya masuk toilet, menangis sorang-sorang.
(nak nangis depan orang malu la plk..hehe)

namun..............................

Alhamdulillah,  Firman Allah inilah yang menjadi penguat semangatku!

"Allah tidakmemberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahalakebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yangdiusahakannya...
(Al-Baqarah:286)

Alhamdulillah, ibubapa ku juga penguat semangatku!

Terima kasih mak dan ayah yang sentiasamendoakan anakmu di sini.
Maaf saya ucapkan atas segala kekurangandiri.

harap mak ayah tak marah saya call setiaphari..hehe,
mesti bosan dengar suara saya;p

Alhamdulillah, Ukhuwahfillahini turut tambah semangatku!

Pertemuan di Surau Mawar..
perkongsian ilmu dankata-kata semangat sahabat surau mawar antara anugerah terbaik dari Allah buatdiri ini. Terima Kasih Allah!

): cuti semester ini, pastiku rindui suasana indah ini :(

Alhamdulillah, Adik-adikusrahku ini juga penguat semangatku!

Antara kurniaan dan anugerahAllah yang tak terhingga..

Buat dik jannah, dik soleha& dik wani;

Maaf atas kekurangan kaklah..
Kak Lah bukan kakak terbaikbuat kamu. 
Masih ada kakak-kakak yang lain lebih baik dari kak lah. 
Sesunggunyasegala yang kak lah bagi untuk adik-adik selama ni sangat sedikit. Ilmu yangkak lah kongsi sekadar apa yang kak lah tahu sedikit sangat… 
Kak Lah masihmencari-cari Ilmu.. masih pelajar.. masih belajar..

Kak lah tahu, adik-adik kaklah lagi hebat dari kak lah.. 
Kak Lah suka lontaran idea-idea dan perkongsianILMU adik-adik kak lah. Hebat!

Kak Lah bangga punyaadik-adik seperti kamu semua. 
Sungguh kak lah bersyukur dengan kehadiran kamusemua dalam hidup ini..

Semester ini adalah semesterterbaik kak lah bersama adik-adik. Seronok! Alhamdulillah.. Semoga semester hadapankita bertemu lagi.. Semoga cuti adik-adik kali ini terisi denganperkara-perkara berfaedah…

Walaupun berjauhan,
Ia bukanhalangan,
SMS kanku hantar sebagai ingatan,
Tandarindu tak tertahan,
JugaIkhlas dalam persahabatan,
LillahiTa’ala Abadaan…


Dik Jannah,
Terima kasih bagi hadiahcoklat ni.. Allah hantar adik tepat pada masanya. Masa adik bagi hadiah ni, kaklah on da way ke fakulti untuk jawab paper last exam.. Dalam akak masa tu sangattakut/gelisah/berdebar-debar.. Rupanya Allah dah hantar adik untuk beri kak lahsatu suntikan semangat!

Terubat dengan kata-katasemangat adik tulis pada kad tu.. BERTAWAKKAL!

Ya Allah, ketika aku merasajauh denganMU, Engkau dekat denganku.. 
Engkau ingat padaku.. Engkau Sayangpadaku.. 
sedang aku lalai dan lupa padaMU.. 
Ampuni dosaku.. Ampunkan silapsalahku.. 
Aku sedar kini, aku perlu kembali kepadaMU..
Segala USAHA ku.. ku iringidengan tawakal..

p/s: terima kasihbanyak-banyak dik.. kak lah sebenarnya boikot Cadbury.. tapi, adik dah bagi,kak lah kena makan je la.. mujur ada tanda halal JAKIM.. hehe

Alhamdulillah A’la Kullihal..
Alhamdulillah atassegalanya..
SYUKUR! Alhamdulillah… ^^

Semoga setiap perkara yangkita rasa ia sesuatu kekurangan, kelemahan, masalah dan musibah… kita checkbalik semula dengan Maha Pencipta.. sebab Allah sangat sayang kita sebenarnya..sebab tu dia bagi semua tu.. sebab Allah nak tambah IMAN dan TAQWA kita.. yakinlah!

Semua anugerah-anugerah yangAllah bagi sebagai penguat semangat ini,
kita hargai sampai keakhirnya..

setakat tu dulu kali ni..
wassalam..

::Az.Irah Sa.Li.Na::

0
COM

Bismillahirrahmanirrahim….

"Teman-temanrapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lainkecuali orang-orang yang bertaqwa." (Al-Zukhruf:67)

Alhamdulillah…

Allah beripeluang lagi untuk saya mencoretkan isi hati di ruangan blog ni.

Saya baru jeberpenat lelah mengemas barang-barang dalam bilik. Semester ni dah hampirberakhir. Walaupun saya ada satu paper exam lagi nak kena jawab,
sayacuri-curi masa kemas dan menaip sesuatu dalam blog.

Lepas sayakemas-kemas tadi, saya pun duk geledah saya punya laptop.
Bacaartikel-artikel, susun folder dalam laptop, tengok video dan tengok gambar-gambar.
Tengah-tengahsaya tengok gambar tadi,
sayaterjumpa la satu folder gambar lama masa time sekolah menengah dulu..

Allah…..mulala saya teringat-ingat kat zaman kanak-kanak ‘tomei2x’ dulu kala.. hehe ;)
Seronoktengok gambar-gambar tu. Tergelak , tersengih, tersenyum sorang-sorang je saya timetu.
Agak pelikla jugak ;p … nak buat macamana.. kenangan lama mengimbau kembali..
……………….

Kisah disebaliknama “Azirah Salina”

Kalau tengoknama tu macam nama seseorang je kan?
Sebenarnya niadalah gabungan nama 5 sahabat..

-Gambarlama-
p/s;)sekarang muka dah semakin comel kot.. ^^

……….

Kisah5 sahabat yang kenal time form 1 dulu..
Kenanganterindah la katakan..
Zamankanak-kanak tidak matang… huhu
Bolehkatakana kitorang ni nakal la jugak.
Banyakkenangan ‘pelik’ yang kitorang cipta.
Bilaingat semula, agak lucu bin kelakar la jugak..

Masaform 1 dulu, kitorang ada satu tempat khas untuk “Azirah Salina” je.. tempat tukitorang jumpa kat belakang dorm, bangunan tingkat paling atas asrama puteri..kitorang pun tengok satu dinding… “tempat ni pun ok..”- kata salah seorang darikami.

Kitorangdengan semangatnya mengangkat katil dan letakkan katil tu tepi dinding yangkami katakan “tempat kami”. Ingat lagi, kami hias tempat tu cantik-cantik..siap tampal-tampal hiasan kat dinding tu.. tanpa segan silu kami merosakkandinding harta sekolah… kikiki..

Adasatu lagi tempat, namanya bilik tetamu VIP untuk tetamu-tetamu yang datangsekolah, kitorang pernah curi-curi masuk dan siap tidur lagi dalam tu… hehe..seronok wat kerja ‘nakal’ dulu.. (dulu je.. sekarang dah baik-baik ..DAH BESAR katakana…hehe;)

Sekolahkitorang BEST.. sebab besar sangat! Kitorang je duk dalam tu.. kitorang 1stbatch time sekolah tu baru buka. Banyak tempat yang kitorang jelajah..explore..
(tapi, rasa-rasa macam ada lagi tempat yang masih belum ku jejaki..)

Timemakan.. kitorang pergi makan sama-sama… makan sama-sama..
Timestudy.. kitorang pergi ‘prep’ sama-sama… study sama-sama…
Timepergi Surau… kitorang pergi Surau sama-sama…
Banyaksangat kisah suka duka kami bersama-sama…

mogaia menjadi kenangan dan pengajaran…
……………………………………………………………….

Alhamdulillah…saya bersyukur kerana Allah pilih saya untuk mengenali mereka..

Sekarang,mereka memburu cita-cita demi CintaMU, Ya Allah..

Tahniahsahabatku teruskan mengapai cita-cita :)

|Azfa-perubatan_mesir|Saya- multimedia_uitmSA|Ummu- Agama_UKM|
|Athirah-Agama_Mesir|Naila- Agama_Kuin|

………………………………………………………………..

simpanlahkenangan terindah ini dalam lipatan memori…

semogakita semua menjadi orang yang berTAQWA..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg takboleh mencari sahabat dan orang yang lebihlemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" 
- (Saidina Ali)

UKHUWWAHterindah adalah semata-mata kerana Allah :)

Sayasertakan hadith-hadith Rasulullah sebagai pembakar semangat menuju CINTAllah~

Rasulullahbersabda:

"SesungguhnyaAllah Taala akan berkata pada hari qiamat kelak: " Dimana orang-orang yangsaling berkasih sayang demi kerana kebesaranKu, hari ini Aku lindungi merekadibawah lindunganKu, tiada ada lindungan selain dari lindunganKu."(Riwayat Muslim)

Seterusnyabersama-sama kita merasai MANISNYA IMAN…

sepertiRasulullah s.a.w. bersabda:

"Tigamacam orang yang mendapat kemanisan iman, iaitu orang yang mengasihi Allah danRasulNya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorangsemata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah iadiselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalamapi." (Riwayat Bukhari&Muslim)

Salampenuh kasih sayang…

p/s:bila la kita nak bertemu lagi? Pengubat rindu… hehe

wassalam…

::Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim… 

Alhamdulillah, tadi baru je selesai satu paper exam saya jawab.. paper ke-2 saya. 

InsyaAllah, nak ‘curi’ masa sikit nak kongsi pasal pengalaman saya ke suatu program hari tu. 

Tengok tajuk atas tu mesti tertanya-tanya kan? 
Ke tak tertanya-tanya? Hehe.. 

Ok la.. entri saya yang lepas ada cerita pasal saya balik kampung lepas jawab exam paper yang pertama kan? So, entri kali ni nak cerita la sikit pengalaman balik kampung hari tu. 

Saya balik kampung hari tu, saya sebenarnya demam panas. Tapi bila dah sampai rumah tu, perasaan demam tu tetiba je macam ‘hilang’.. ;) ? ye la… dah tengok muka ayah, mak, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, terus je rasa macam ‘sihat’ la.. huhu.. Alhamdulillah.. 

DEMAM RINDU kotttt….?! Hahahahahaha… xthu la nak kata pe.. senyum-senyum kambing je la.. senyum~ tak perlu kata apa-apa.. ^^ 

[banyak la pulak into atas ni] 

Ok la, straight to the point la.. 

Alhamdulillah.. Allah beri kesempatan kepada saya untuk bersama-sama dalam suatu program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu..(iskh..politik2x..).. politik ISLAM, ok! ;) 

Sebenarnya, saya tengok satu poster dalam FB tentang satu program. 

Saya tengok nama program ni 
“Sambutan 100 Tahun, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk”.. 

Dalam hati saya apa la maksud perkataan Arab ni? (macam pernah ku dengar..;) 

Duk fikir-fikir pasal kat mana la jumpa perkataan Arab ni…hah! Dah ingat, buku sejarah masa form 1 dulu.. ye2x, ada belajar pasal ni.. tapi lupa dah.. apa ke benda tu?! 

Tengok tarikh dia, 6&7 Januari 2012… hmm, macamana ye nak pergi..? sepatutnya, dah duk kat Terengganu ni, kena ambil peluang keemasan ni.. 

Terdetik di hati ‘bestnya kalu Allah beri peluang ni..’ <3 

…………………… 

Pada Malam 6hb januari tu, saya duk saja-saja kat ruang tamu sambil sembang-sembang dengan adik-adik.. Tetiba, abang saya yang baru pulang dari mesyuarat, dia pun ‘excited’ je mukanya.. pelik betul..huhuk.. 

Abang: esok(7hb), awal2 pagi lagi nak gi kat Kuala Berang ni.. 

Saya: iye?! Nak g mana tu? 

Abang: nak g dengor Ustaz Azhar Idrus ngajor.. 

Huhu… seronok nye bunyi idea rancangan abang saya tu.. 

Saya dan adik-adik: nak ikuttttttttttttt!!! (gaya terlebih gembira^^,) 

……… 

Esoknya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bertolak la menuju Kuala Berang.. 

Gambar diambil oleh: Adik Injah:) 

Nice shot.. matahari baru nak terbit ni.. Subahanallah! Indah ciptaan Allah.. 

Time ni kitorang berhenti seketika di tepi lebuhraya nak makan sarapan nasi goreg special by mak.. luv u 4ever mak…sedap! Alhamdulillah.. kenyang.. rezeki dari Allah~ 

Sampai je kat tempat program, kami cari tempat betul-betul depan pentas.. nak tengok LIVE Ustaz Azhar Idrus ni.. :) huhu…. Seronok sangat~ 

Bila perhati betul-betul banner atas pentas tu, 

“Ya Allah, Engkau sempurnakan hajatku ke sini.. Alhamdulillah..” 

Rupanya ini lah program Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk.. Allah~ Alhamdulillah… 

Kuliah Dhuha oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus 

Anak saudara, Abyan Nazif bersama Ustaz Azhar Idrus. 

Fathona pun ikut juga… :) 

Terima kasih, Abang Palie sebab ajak g sini.. Alhamdulillah.. 

Nak tahu satu cerita tak? 

Hehe.. Mulai saat ni saya nak nobatkan Abang Palie saya sebagai Penceramah Bebas abad ini yang bakal terkenal tak lama lagi…hihihi.. sebenarnya, sepanjang dalam kereta, dia asyik bagi ceramah free je kat kitorang. Macam-macam cerita berkaitan Ikhwan Muslimin Mesir. Ada banyak kisah berkaitan perjuangan Islam yang dia kongsikan.. walaupun kitorang tergelak-gelak je dalam keta tu dengar gelagat dan gaya dia sampaikan ceramah fret u.. kami akur dan ‘respect’ la kat dia.. Alhamdulillah.. perubahan yang baik.. banyak lagi perlu ubah tu.. ;) hihihi… 

Sebahagian pengunjung yang hadir.. penuh sampai seluruh penjuru sebenarnya.. 

memang fonomena Ustaz Azhar Idrus betullah… ^^ 

Amri: Ambil gambar ayie tengah Smart ni.. 
(oh~ adik bangsu ku yang mengade-ngade.. ;) 

Lepas kuliah dhuha Ustaz Azhar, 
Pentomen kisah rentetan sejarah asal usul Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk sehingga kejatuhan Terengganu ke tangan penjajah laknatullah.. 

Komen: Sungguh bangga & terharu dengan kegemilangan ISLAM di bumi Terengganu tercinta ini.. sejak zaman dulu lagi rupanya, ISLAM diDAULATkan di bumi Terengganu. Allah.. Allah.. 
Namun, masih lagi ada manusia dengki dengan kegemilangan ISLAM ini. Sampai ada manusia yang sanggup mengkhianati agama sendiri demi harta dunia.. 
Pentomen ni sangat menyayat hati di penghujungnya, sebab ada coretan kisah pejuang2 ISLAM di Terengganu tetapi dinafikan PERJUANGAN mereka.. seperti para pejuang dari kalangan Ulama Terengganu dan Abdul Rahman Limbong serta rakan-rakannya. 

Ucapan perasmian dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Dalam ucapan beliau banyak memberi semangat kepada generasi baru hari ini untuk terus memperjuangkan ISLAM. Takbir!! 

“Kami bersama kepimpinan Ulama’…”

gimik perasmian...

 upacara Perasmian oleh TGHH

petang: persembahan nyanyian lagu islami oleh Iwan Syahman

 Alhamdulillah... setakat tu dulu.....:) 

wasalam

::Anugerah CINTA disebalik 'derita'::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, berpeluang untuk update blog yang serba kekurangan ini.

Alhamdulillah sebenarnya, saya baru je sampai di Shah Alam 6pagi|10Januari2012 ni.. Saya balik ke rumah di Terengganu untuk beberapa hari. Sekarang ni musim peperiksaan semester di kampus. Semua pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran. Termasuklah saya. Hehe…

Saya nak kongsi cerita saya sikit..boleh? ^^,

Paper exam yang pertama yang saya ambil adalah pada 5hb Januari hari tu.. 2 hari sebelum tu saya diserang demam yang sangat-sangat panas. Badan terasa penat. Kepala terasa berat. Hati saya mula gelisah tak tentu arah. Ye la.. nak study dalam keadaan macam tu, agak x masuk dlm kepala la.. derita ku rasa… Allah,Sabar je la~

Tengok yang lain sibuk study, saya masih di atas katil sambil nota di tangan, konon-konon sambil baring2 ni, boleh la baca sikit-sikit. Saya cuba la ubat2 tradisional dan moden untuk ubati demam panas ni. Sesekali mengadu pada family. Call sana, Call sini.. mengadu.. manja.:(

Alhamdulillah, lepas mengadu rasa bebanan ini pada family, rasa sakit terasa macam ringan sikit.. walaupun hakikatnya sakitnya ada je. Hati rasa gembira bila dengar suara keluarga.. ;)

Sahabat-sahabat dan roommate nasihatkan saya untuk balik kampong jumpa family. Diorang kata, kat rumah boleh la ada orang akan tolong jaga. Boleh rehat2.. saya hanya tersenyum.. insyaAllah, saya juga merancang sepeti tu.

Tup..tup.. hari exam paper yang pertama tu dah tiba, saya pun ke dewan peperiksaan dalam keadaan demam tu. Hanya tawakal pada Allah yang saya harapkan. Entahlah tak tahu macamana keputusan exam utk paper tu. Hanya Allah yang tahu rahsia disebaliknya.

Sebenarnya, saya agak ber’semangat’ bila nak masuk dalam dewan peperiksaan tu, saya nak kongsi satu SMS dari kakak kesayangan saya yang menambahkan semangat saya dengan tiba-tiba ketika tu.. walaupun agak terharu baca SMS tu, saya tetiba rasa gembira sangat-sangat..

Ni petikan SMS kakak:)

Wsalam..elah kuat, lawan xsihat, jawab elok2,
Allah ada, Allah tolong, Allah saying elah,
Sebab tu DIA buat elah xsihat,Nk uji elah,
elah kena sabar,Usaha, doa, tawakkal,
insyaAllah, elah boleh Berjaya dunia akhirat, amin..

Seronokkan dapat mesej macamtu? Hehe.. Alhamdulillah.. dapat kata2 semangat.. lagi semangat nak balik rumah macamni..nak balik lepas exam ni jugak! tapi tiket tak beli lagi time tu. ..hmm~

Habis je jawab exam, saya keluar dewan peperiksaan dan call kawan saya minta tolong dengan dia belikan saya tiket bas pulang ke Terengganu. Alhamdulillah, ada juga tiket tu. Dapatlah saya balik malam tu. 

Dalam bas yang sangat sejuk, saya sangat2 tak tahan duk dalam tu. Tapi apa kan daya…SABAR je la~ semoga selamat sampai ke rumah, itulah anugerah Allah paling besar…

Alhamdulillah.. akhirnya ku jejaki rumahku.. selamat pulang anak ayah dan mak !
…………………………………..

Sebenarnya saya nak selitkan sedikit pengajaran dari kisah kat atas:

Walaupun Allah ‘tarik’ sedikit nikmat sihat tubuh badan saya, 
dan saya DEMAM dan merasa ‘derita’ ketika tu.. 
rupanya di sisi saya Allah masih bagi nikmat yang tak terhingga.

Allah kurniakan saya rasa CINTA kepadaNYA.
Allah kurniakan rasa cinta saya kepada KELUARGA.
Allah kurniakan rasa cinta saya kepada SAHABAT.

Kerana kurniaan Allah yang tak terhingga 
Membuatkan saya BAHAGIA dan SYUKUR..
SYUKUR dengan nikmat kurniaan ini..
Dengan Allah, Keluarga dan Sahabat,
Saya jadi Kuat!

Allah.. Allah.. Alhamdulillah..

Semoga CINTA Allah kurniakan ini tidak kan padam di hati ini.. 
Hebatnya CINTA CIPTAAN ALLAH…

Allah telah memberi jaminan kepada hambaNYA 
yang benar-benar mahu menggapai CintaNYA
yang dirakamkan dalam satu hadis Qudsi:

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang orang yang saling menasihati kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”

Semoga diri ini mendapat cintaNYA..
Salam cinta & wassalam~ :)


::'Dating' tahun baru 2012::

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur padaMU Allah atas kurniaan ini..

Kenapa tajuk 'dating'?
Bukan ke 'dating' ni untuk orang bercinta je..?
Ya! saya sedang berCINTA..
berCINTA dengan sahabat-sahabat di jalan yang Allah redha..

Alhamdulillah....
Pagi tadi baru sahaja selesai 'dating' dengan sahabat seperjuangan dan adik-adik usrah..

 Sebelum ini, saya merancang untuk buat 'dating' pada 1hb Januari 2012. Setelah bertanya pada sahabat-sahabat dan adik-adik, ada yang tak dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah, tarikh yang ditunda kepada 2hb Januari ni, ramai yang dapat hadir.. Terima Kasih Allah..

Saya tidak merancang untuk gabungkan pertemuan sahabat-sahabat dan adik-adik sekaligus. Tapi..

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"kita merancang, Allah merancang.. Allah lah sebaik-baik perancang"

Mungkin, Allah sudah tetapkan di luh mahfuznya, pertemuan kami adalah bersama-sama.. ada hikmahnya..

Hikmahnya:)
Adik-adik dan kakak-kakak boleh saling mengenali.. tambah SAHABAT.. 
Firman Allah :  "Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"(Al-Hujurat:13)

Teringat satu hadith:"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Alhamdulillah... saya telah pasakkan dalam hati sejak dulu insyaAllah untuk selama-lamanya ingin dikelilingi oleh sahabat yang soleh-solehah.. Kerana dengan bersahabat dalam kalangan mereka, insyaAllah... 
-diri akan sentiasa diingatkan untuk mengenali Allah, mendekati Allah, takutkan Allah dan mencintai Allah. 
-diri akan sentiasa diingatkan dengan amalan-amalan soleh
-diri akan dinasihati dan ditegur atas kesilapan diri..
SEMATA-MATA DEMI REDHA ALLAH..

Agenda bermula dari 7 pagi tadi.....:) 

Saya, kak Aisyah, dik wani, dik yuni & dik jannah naik bas sama-sama menuju ke Taman Tasik Shah Alam..


jannah, wani, ayuni(solehah masih tak sampai ^^) sabar menanti..

Sampai kat sana, saya ambil peluang untuk bersama-sama adik-adik saya dahulu..
Alhamdulillah, sempat memberi tazkirah pagi hari.. 
tajuk: UKHUWAH & DAKWAH


Jannah & Wani.. 

Selepas tu, saya ajak adik2 kumpul sekali dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya... InsyaAllah, kat sini bolehlah mereka saling kenal-mengenali sahabat-sahabat solehah saya.. ^^
sesi bertaaruf ... ;)

seterusnya, kami bersarapan bersama...

terima kasih kak ifah sediakan makanan sarapan.. 

p/s: hehe.. khusyuk dan penuh penghayatan kak aisyah makan tu..


seterusnya, kami mulakan 'bulatan gembira' kami..
Alhamdulillah, dapat dengar nasihat dan pesanan dari semua sahabat termasuk adik-adik sempena exam yang bakal tiba.. bertambah semangat kami semua!
semuanya demi ISLAM terCINTA.. InsyaAllah..



Dan agenda kemuncak adalah.. sesi tukar-tukar hadiah..
merealisasikan hadith nabi:

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” 
(Riwayat Thabrani)
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” 
(Riwayat Malik)

terima kasih atas pemberian IKHLAS sahabat-sahabat..
 hadiah kak Roz dapat kat kak ifah.. 

dan semuanya berakhir di sini... kami pulang dalam gembira..
bersama azam baru.. 


buat sahabat-sahabat seperjuangan,
insyaAllah, janji kita untuk ISLAM sentiasa dipegang dan 
semoga kita semua ISTIQAMAH di medan ini..


p/s: buat adik-adik dan sahabat-sahabat, terima kasih atas hadiah ni.. terharu sangat-sangat dapat banyak hadiah dari anda... T__________T

Last but not least, nak konsi satu hadith sebagai renungan bersama...
Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Salam penuh kasih sayang buat semua..
wassalam...

::Tahun baru 2012::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...
Masih diberi pinjam nyawa ini dari Allah kepada hambah hina ini...

Sedar tak sedar sudah masuk 2012 masihi...
hari ini berumur 21 tahun, 3 bulan, 6 hari...

Post kali ni nak cerita pasal tahun baru..
Sambutan Tahun Baru 2012.. 
Sepanjang hidupku tak pernah sambut tahun baru secara formal..

kalau dulu, dah tanam dalam fikiran 

sambutan tahun baru, 
sambutan yang akan berlaku banyak konsert...
sambutan yang akan berlaku banyak pergaulan bebas...
sambutan yang akan berlaku banyak penzinaan...
sambutan yang akan berlaku banyak pesta arak...
dan banyak lagi benda-benda negatif...

jika dulu.. 
2 atau 3 hari sebelum tahun baru,
saya dan sahabat2 pendokong "Amar Makruf Nahi Munkar"
bersedia dengan jiwa+raga bersama risalah-risalah dakwah..

tapi kali ini sangat berbeza sekali..
persediaan sambutan tahun baru dinanti-nanti..
sangat-sangat tak sabar...

Sambutan tahun baru di SELANGOR..
Allah Maha Mengetahui betapa gembira+terharu hati ini... =_=

status FB :)


Alhamdulillah... Kak Nad, Syukron kathir.......

Sangat-sangat bersyukur menjadi salah seorang pengunjung ke sini..

ni saat-saat saya paling teruja.. terharu..
Allah~


Tenggelamkan Sorakan Percikan Bunga Api Di Putrajaya & Dataran Merdeka Dengan Laungan Takbir, ALLAHU AKHBAR !!! Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Malam Ini. Jangan Lupa Bawa Sejadah Masing-Masing Untuk Solat Maghrib & Isya' Berjamaah Yang Akan Diimamkan Oleh Imam Muda Asyraf. Kemudian Soal Jawab & Tazkirah Perdana Bersama Ustaz Azhar Idrus ( Tetamu Jemputan Zizan Raja Lawak ) Dan Nyanyian Nasyid Serta Persembahan Dari Akhil Hayy, Sham Kamikaze, Shahir AF & Ramai Lagi. JAIS Tak Bagi Kita Gunakan Masjid, Kita Guna Dataran.. Lebih Ramai Yg Dapat Menimba Ilmu.. Allahu Akhbar !!!



[copy dari FB]




ok... setakat tu dulu penulisan saya...

wassalam...

p/s: agak tergantung, ngantuk... zzz.. 

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)