Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Nak kongsi sikit cara nak satukan PUZZLE CINTA.
PUZZLE CINTA adalah teknik menguatkan
HUBUNGAN CINTA DALAM RUMAH TANGGA terutamanya..
.......
Bagaimana kata-kata cinta yang boleh menguatkan rasa cinta
antara suami isteri serta anak-anak?
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 83, Allah berfirman:
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً
Maksudnya: “ Dan kamu hendaklah berkata kepada manusia dengan kata-kata yang baik”
Dalam rumah tangga,
ucapan dan kata-kata yang baik amat perlu dipraktikkan.
Lumrah manusia, tidak suka nada suara tinggi dan mengarah.
sebaliknya, kata-kata yang baik itulah melembutkan hati.
Berkata al-Hassan al-Basri:
kata-kata yang baik ini termasuk juga
ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
jika suami atau isteri melakukan sesuatu yang melanggar syariat ataupun
melakukan suatu kesalahan, maka TEGURLAH DENGAN HIKMAH.
tidak boleh diperli, dikeji mahupun di hina.
susunlah kata-kata menjadi suatu ucapan yang indah didengari
oleh suami mahupun isteri.
ucapan/kata-kata seperti:
"Sayang, I love u... boleh tolong abang... ;)..."
"Suami soleh/isteri solehah ku sayang... boleh tak abang/saya tegur sikit...."
"tegur tanda sayang ni tau.. i love u so much..."
panggilan-panggilan seperti "sayang/manja/cinta hati.."
adalah perkataan yang indah diengar.
boleh cair hati suami mahupun isteri!
makin bertambah sayang... insyaAllah!
....
Diceritakan dalam hadis, bahawa isteri Rasulullah SAW, Aisyah R.A ada berkata;
إن أول سورة تعلمتها من القرآن طه ، فكنت إذا قلت
: طه ما أنزلنا عليك القرآن لتشقى قال صلى الله عليه وسلم : « لا شقيت يا عائش »
Maksudnya;
"Sesungguhnya surah yang mula-mula sekali aku pelajari daripada Al-Quran adalah surah Taha.
Jika aku membaca "Taha.. tidaklah kami turunkan Al-Quran itu untuk kamu menjadi celaka"
bersabda Nabi SAW : kamu tidak akan jadi celaka wahai 'Aisy"
Rasulullah SAW, memanggil panggilan 'Aisy kepada Saidatina Aisyah sebagai panggilan manja.
selain itu, Rasulullah ada memanggil Aisyah dengan panggilan Humaira (pipi merah delima)
tetapi...
apabila Rasulullah SAW ingin menegur isterinya yang melakukan kesilapan,
teknik psikologi Rasulullah dalam menegur juga menggunakan gelaran yang lembut
untuk melembutkan hati isteri supaya teguran yang dibuat tidak menimbulkan
rasa marah terhadap teguran tersebut.
Ini disandarkan kepada hadis;
كانت عائشة رضي الله عنها إذا غضبت عرك النبي صلى الله عليه وسلم بأنفها ،
ثم يقول : « يا عويش ، قولي : اللهم رب محمد ، اغفر لي ذنبي ، وأذهب غيظ قلبي ، وأجرني من مضلات الفتن »
Maksudnya;
"ketika Aisyah sedang marah, nabi SAW memicit hidungnya, lalu berkata : ya 'Uwaisy, katakanlah; Ya Allah yang merupakan tuhan Muhammad. Ampunilah untuku dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesat"
Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana bijaknya nabi SAW
dalam mengurus psikologi isterinya dalam menegur.
Justeru,
bagi melahirkan perasaan mereka boleh menerima teguran,
psikologi yang digunakan nabi SAW adalah memanggilnya dengan
panggilan yang mempunyai unsur manja dan mesra.
Ini kerana,
apabila unsur manja ini digunakan,
pasti perasaan mahu menolak teguran tidak akan berlaku.
hebat Rasulullah! Sollu A'lan Nabiy..
Allahumma Solli A'la Muhammad...
:')
.....
Sentuhan ini banyak caranya;
Pegang tangan, peluk, cium, dakap dan sebagainya...
kaedah sentuhan ini adalah teknik yang perlu dipaktikkan bagi suami isteri
dalam hubungan rumah tangga.
Mencium isteri?
Sungguh hal yang romantis dan akan menimbulkan rasa kasih sayang
Daripada ‘Aisyah r.a., bahawa
“Rasulullah S.A.W. biasa mencium isterinya setelah wudhu’,
kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”
(HR ‘Abdurrazaq)
Ini kerana islam memang menuntut umatnya agar saling berkasih sayang
dan bermesra sesama suami dan isteri.
Dalam hadis riwayat Abu Daud:
Rasululloh SAW biasa setiap hari
tidak melupakan untuk mengunjungi kami (para isterinya) seorang demi seorang.
Beliau menghampirinya dan membelainya,sekalipun tidak mencampurinya,
sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya,lalu bermalam disitu.
Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan
bahawa Aisyah berkata bahawa :
“Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”
Dalam riwayat Bukhari lagi diriwayatkan Anas bin Malik menceritakan
bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah
membonceng di belakangnya.Sekali sekala bolehlah mempraktikkan sunnah ini.
Isteri membonceng di belakang anda (sampil peluk pinggangnya ;) hehehe.
dari sudut sains;
Menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
ada kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami
dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu kalau anda mahu isteri anda sentiasa kelihatan “menarik”
rajin-rajinlah peluk isteri :))
Sebenarnya ada banyak lagi kajian pakar-pakar berkaitan kelebihan memeluk isteri.
Kesan dari pelukan isteri ia dapat mengurangkan tekanan emosi,
merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Menurut kajian wanita lebih banyak mendapat faedah dari lelaki,
ini kerana hormon Oksitosin yang dikeluarkan oleh wanita
lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Apa itu hormon Oksitosin?
Hormon Oksitosin (oxytocin) juga disebut sebagai Hormon cinta.
Oksitosin bermanfaat untuk mengurangkan rasa cemas dan stres.
Hormon ini juga mewujudkan perasaan selesa,ghairah,dan seksualiti.
........................
Makan/minum sepiring/segelas berdua??
Dari Aisyah r.a., dia berkata :
“Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam “
(HR. Bukhori dalam Adabul Mufrod)
Dari Aisyah r.a., dia berkata :
Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam
mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum
(HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)
Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh Aisyah.
Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300)
bahkan keberkahannya dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah :
“Makanan berdua cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang.”
( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))
.....
isteri memang suka dapat hadiah dari suami...
hehe...
bertambah-tambah rasa cinta pada suami...
^______________^ bahagia!
Hadiah diambil dari kata bahasa Arab, dan definisinya,
pemberian seseorang yang sah memberi pada masa hidupnya,
secara spontan tanpa ada syarat dan balasan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu.” (Riwayat Tabrani)
Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan
terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang.
Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian ‘athiyyah dan seumpamanya.
[Sketsa Rumahtangga]
Hadith Rasulullah SAW
Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata:
“Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya,
'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda.
Apabila pulang dari mana-mana perjalanan,
baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda.
Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah,
baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.,
“Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya.
Kemudiah aku bertanya kepada baginda,
“Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?”
Jawab Rasulullah,
“Siapa yang ada gelang di lengannya.”
Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama.”
Kepentingan memberi hadiah Simbol kasih suami terhadap isteri
#Menggembirakan hati isteri
#Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
#Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.
Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
#Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
“Biasakanlah kamu saling memberi hadiah,
nescaya kamu akan saling mencintai.”
Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594.
Ibnu Hajar berkata, “Sanadnya shahih.”
....
Mengajak isteri makan di luar?
Mungkin kebanyakan kita, lebih suka pergi bersama teman-teman, meninggalkan isteri di rumah.
Nah yang ini mungkin biasa, saya suka ajak isteri “dating”!
Ini mampu membangkitkan romantisme berdua.
Menikmati lingkungan di sekitar.
Anas mengatakan bahawa tetangga Rasulullah S.A.W. –
seorang Persia–pintar sekali membuat masakan gulai.
Pada suatu hari dia membuatkan masakan gulai yang enak untuk Rasulullah S.A.W.
Lalu dia datang menemui Rasulullah S.A.W. untuk mengundang makan beliau.
Beliau bertanya : “Bagaimana dengan ini? (maksudnya Aisyah).”
Orang itu menjawab : “Tidak.”
Rasulullah S.A.W. berkata : “(Kalau begitu) aku juga tidak mahu.”
Orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. bertanya :
“Bagaimana dengan ini?”
Orang itu menjawab : “Tidak.”
Rasulullah kembali berkata : “Kalau begitu, aku juga tidak mahu.”
Kemudian, orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W.
dan Rasulullah S.A.W. kembali bertanya : “Bagaimana dengan ini?”
Pada yang ketiga kalinya ini orang Persia itu mengatakan: “Ya.”
Akhirnya mereka bangun dan segera berangkat ke rumah laki-laki itu. (HR Muslim)
Tetap romantis walaupun isteri sedang haid?
Haid, adalah sesuatu yg alamiah bagi wanita.
Berbeza dengan pandangan kaum yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar
dan tidak boleh didekati.
Ketika Aisyah sedang haid,
Nabi S.A.W. pernah membangunkannya,
beliau lalu tidur dipangkuannya dan membaca quran (HR Bukhari no 7945)
....
Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/rumah/dll)??
Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-orang moden ini.
“Ladies First”.
Ini sudah dilakukan Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu,
di saat kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih rendah,
bahkan diragukan statusnya sebagai “manusia”.
Dari Anas, dia berkata :
“Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar).
Aku lihat Rasulullah S.A.W. menyediakan
tempat duduk yang empuk
dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah.
Kemudian beliau duduk di samping
untanya sambil menegakkan lutut beliau
dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau
sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik.
Rasulullah saw sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah
yang Baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak,
memasak, membersihkan laman dan kerja lain.
Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah
bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri.
Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama
dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan
menghargai apa yang dilakukan bersama-sama.
Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan
melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati.
Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar
dalam soal menjaga kepentingan isteri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya
dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu."
(Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri Baginda Siti Aisyah.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri.
Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga
dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya.
Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya.
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara
menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya,
maka itulah juga seharusnya untuk isteri.
Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian
yang mampu disediakan oleh suaminya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan,
hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian,
kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka.
Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu
perkataan yang menyakiti hati dan dibenci.
Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri juga
sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami.
Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak
terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi.
Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga
satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi
akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul
perasaan takut untuk berdamping dengan suami.
Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis
dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar
akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik
akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
....
Maka lengkaplah PUZZLE CINTA
KUKUHKAN CINTA KITA...
No comments:
Post a Comment