::UJIAN DEMI UJIAN::


[re-post dari blog lama]

Bismillahirrahmanirrahim… 

7.16 pm | Isnin |11 RabiulAWAL 1432H | 14.02.2011

Assalamu’alaikum sahabat-sahabat…

… Lama betul saya tidak bercerita di laman blog ini. Kesian rasanya melihat ruangan yang dulu masih ada butir-butir mutiara ilmu yang indah, kini sudah tiada lagi. Mungkin kekangan masa dan kesibukan diri membuatkan blog ini tidak dapat diisi kata-kata ilmu…

Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur pada Allah. Sungguh ENGKAU pemberi ujian untuk menambahkan IMAN. Saya tahu IMAN di hati masih belum kukuh, teguh kerana itu saya diuji olehMU ya Allah.. 

Sudah kering air mata, sudah penat melakonkan senyuman, sudah letih seluruh anggota, sudah berusaha bergembira dan pelbagai kesudahan yang cuba disudahkan tetapi Allah telah mengembalikan semuanya dengan kekuasaanNYA. AllahuRobbi! Saya insan lemah..

Mengapa saya diuji? 

Sering kali tertanya-tanya. Kadang-kala terlupa akan firmanMU:

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY­/u Ÿw !$tRõÏ{#xsè? bÎ) !$uZŠÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4 $oY­/u Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ­/u Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù n?tã ÏQöqs)ø9$# šúï͍Ïÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ   

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): 

Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU menghukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. 

Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU membebankan kami dengan bebanan yang berat sebagimana ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami. 

Ya Tuhan kami, Janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya. 

Maafkan kami, ampunkan kami. ENGKAULAH pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” 

Kerana Allah tahu diri ini mampu diuji sesuai dengan kekuatan yang ada dalam diri ini, maka kerana itulah ujian itu ditimpa padaku. Hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah kerana saya tahu itu tanda kasih dan cinta Allah untuk diri ini.

Mengapa diri ini diletakkan di dalam “saff”?

Tidak saya terfikir di zaman muda dahulu akan berada di dalam saff ini. Namun, saya yakin inilah PILIHAN ALLAH buat diri ini. Bukan semua di muka bumi Allah ini ditempatkan di dalam saff. Tapi harus diingat berada di dalam saff ini bukan suatu yang sangat mengembirakan, menyenangkan hati ataupun menyeronokkan. Tetapi bila diletakkan oleh Allah untuk bersama dalam saff ini, pelbagai mehnah dan tribulasi yang patut dihadapi. Kerana kebahagiaan dan kemanisan berada di dalam saff ini hanya akan dinikmati apabila diri sendiri sanggup menghadapinya. 

Tersenyum membaca firman Allah:

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
 – التوبة 

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. 

Ya! Allah sudah menyatakan di dalam kitab suci Al-Quran bahawa perjuangan ini suatu keperitan serta kesusahan.. Namun perjalanannya tersangat-sangat jauh. Maka sabarlah duhai hati dan diri untuk terus berjuang agar keyakinan akan kemenangan itu pasti dirasai. Jika kamu inginkan syurga, mengapa mahukan kesenangan untuk kesenangan? Tidak mudah bagi Allah untuk memberi kenikmatan dan kesengan di syurga ini kepada hambaNYA jika kita tidak diuji. Sabarlah duhai hati.

Namun, jangan lupa apabila kita diuji ketika berada di dalam saff ini, ingatlah pertolongan Allah sentiasa ada berdekatan dengan kita.. Pohonlah doa dan mengadulah pada Allah, agar Allah memberi pertolongan.

Firman Allah:


÷Pr& óOçFö6Å¡ym br& (#qè=äzôs? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur Nä3Ï?ù'tƒ ã@sW¨B tûïÏ%©!$# (#öqn=yz `ÏB Nä3Î=ö6s% ( ãNåk÷J¡¡¨B âä!$yù't7ø9$# âä!#§ŽœØ9$#ur (#qä9Ìø9ãur 4Ó®Lym tAqà)tƒ ãAqߧ9$# tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä ¼çmyètB 4ÓtLtB çŽóÇnS «!$# 3 Iwr& ¨bÎ) uŽóÇnS «!$# Ò=ƒÌs% ÇËÊÍÈ   

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dengan pelbagai ujian, sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata; Bilakah datang pertolongan Allah? 
INGATLAH, SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.” 

Ujian itu lumrah bagi setiap insan yang beriman. Semoga keimanan kita betambah sepertimana tahap ujian Allah yang perlu ditanggung oleh kita. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di dalam saff. Dan janganlah merasa sedih apabila ujian melanda. 

Firman Allah: 

$ygƒr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qãYÏètGó$# ÎŽö9¢Á9$$Î/ Ío4qn=¢Á9$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# yìtB tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÎÌÈ   

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. 

Perjuangan di dalam saff ini juga dituntut oleh Allah SAW... FirmanNYA: 

¨bÎ) ©!$# =Ïtä šúïÏ%©!$# šcqè=ÏG»s)ムÎû ¾Ï&Î#Î6y $yÿ|¹ Oßg¯Rr(x. Ö`»uŠ÷Yç/ ÒÉqß¹ö¨B ÇÍÈ   

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNYA dalam saff seperti mereka ini suatu bangunan yang tersusun kukuh.” 

Apakah matlamat berada di dalam Saff? 

Sebelum bercakap soal matlamat, ingin saya nyatakan di sini bahawa hukum berada di dalam Saff ini merupakan sesuatu yang wajib. Mengintima’kan diri di dalamnya adalah perkara utama...kerana 

1) KEWAJIPAN DARI ALLAH DAN RASULNYA 

2) KESELAMATAN & TUNTUTAN UMMAH 

3) MENYEBARKAN ISLAM 

4) MENGUATKAN ISLAM 

Matlamat utama berada di dalam Saff ini hanyalah mengharap REDHA ALLAH semata-mata.. 

Ya Allah, REDHALAH aku dan sahabat-sahabat seperjuangan... 

wassalam...

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)