::'Dating' tahun baru 2012::

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur padaMU Allah atas kurniaan ini..

Kenapa tajuk 'dating'?
Bukan ke 'dating' ni untuk orang bercinta je..?
Ya! saya sedang berCINTA..
berCINTA dengan sahabat-sahabat di jalan yang Allah redha..

Alhamdulillah....
Pagi tadi baru sahaja selesai 'dating' dengan sahabat seperjuangan dan adik-adik usrah..

 Sebelum ini, saya merancang untuk buat 'dating' pada 1hb Januari 2012. Setelah bertanya pada sahabat-sahabat dan adik-adik, ada yang tak dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah, tarikh yang ditunda kepada 2hb Januari ni, ramai yang dapat hadir.. Terima Kasih Allah..

Saya tidak merancang untuk gabungkan pertemuan sahabat-sahabat dan adik-adik sekaligus. Tapi..

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"kita merancang, Allah merancang.. Allah lah sebaik-baik perancang"

Mungkin, Allah sudah tetapkan di luh mahfuznya, pertemuan kami adalah bersama-sama.. ada hikmahnya..

Hikmahnya:)
Adik-adik dan kakak-kakak boleh saling mengenali.. tambah SAHABAT.. 
Firman Allah :  "Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"(Al-Hujurat:13)

Teringat satu hadith:"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Alhamdulillah... saya telah pasakkan dalam hati sejak dulu insyaAllah untuk selama-lamanya ingin dikelilingi oleh sahabat yang soleh-solehah.. Kerana dengan bersahabat dalam kalangan mereka, insyaAllah... 
-diri akan sentiasa diingatkan untuk mengenali Allah, mendekati Allah, takutkan Allah dan mencintai Allah. 
-diri akan sentiasa diingatkan dengan amalan-amalan soleh
-diri akan dinasihati dan ditegur atas kesilapan diri..
SEMATA-MATA DEMI REDHA ALLAH..

Agenda bermula dari 7 pagi tadi.....:) 

Saya, kak Aisyah, dik wani, dik yuni & dik jannah naik bas sama-sama menuju ke Taman Tasik Shah Alam..


jannah, wani, ayuni(solehah masih tak sampai ^^) sabar menanti..

Sampai kat sana, saya ambil peluang untuk bersama-sama adik-adik saya dahulu..
Alhamdulillah, sempat memberi tazkirah pagi hari.. 
tajuk: UKHUWAH & DAKWAH


Jannah & Wani.. 

Selepas tu, saya ajak adik2 kumpul sekali dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya... InsyaAllah, kat sini bolehlah mereka saling kenal-mengenali sahabat-sahabat solehah saya.. ^^
sesi bertaaruf ... ;)

seterusnya, kami bersarapan bersama...

terima kasih kak ifah sediakan makanan sarapan.. 

p/s: hehe.. khusyuk dan penuh penghayatan kak aisyah makan tu..


seterusnya, kami mulakan 'bulatan gembira' kami..
Alhamdulillah, dapat dengar nasihat dan pesanan dari semua sahabat termasuk adik-adik sempena exam yang bakal tiba.. bertambah semangat kami semua!
semuanya demi ISLAM terCINTA.. InsyaAllah..



Dan agenda kemuncak adalah.. sesi tukar-tukar hadiah..
merealisasikan hadith nabi:

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” 
(Riwayat Thabrani)
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” 
(Riwayat Malik)

terima kasih atas pemberian IKHLAS sahabat-sahabat..
 hadiah kak Roz dapat kat kak ifah.. 

dan semuanya berakhir di sini... kami pulang dalam gembira..
bersama azam baru.. 


buat sahabat-sahabat seperjuangan,
insyaAllah, janji kita untuk ISLAM sentiasa dipegang dan 
semoga kita semua ISTIQAMAH di medan ini..


p/s: buat adik-adik dan sahabat-sahabat, terima kasih atas hadiah ni.. terharu sangat-sangat dapat banyak hadiah dari anda... T__________T

Last but not least, nak konsi satu hadith sebagai renungan bersama...
Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Salam penuh kasih sayang buat semua..
wassalam...

1 comment:

  1. alhamdulillah..mmg Awesomee bulatan gumbira ni kan?syukran banyak2,atas segala nasihat n ilmu yg dikongsi,,maaf atas segala kekurangan n kekhilafan,.maaf,saya bukan sahabat yg baik utk che lah,,apapun,uhibukki fillah abadan,insyaAllah

    p/s : manyaknyeee hadiah...jeles2..hehe

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)