::Anugerah CINTA disebalik 'derita'::

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, berpeluang untuk update blog yang serba kekurangan ini.

Alhamdulillah sebenarnya, saya baru je sampai di Shah Alam 6pagi|10Januari2012 ni.. Saya balik ke rumah di Terengganu untuk beberapa hari. Sekarang ni musim peperiksaan semester di kampus. Semua pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran. Termasuklah saya. Hehe…

Saya nak kongsi cerita saya sikit..boleh? ^^,

Paper exam yang pertama yang saya ambil adalah pada 5hb Januari hari tu.. 2 hari sebelum tu saya diserang demam yang sangat-sangat panas. Badan terasa penat. Kepala terasa berat. Hati saya mula gelisah tak tentu arah. Ye la.. nak study dalam keadaan macam tu, agak x masuk dlm kepala la.. derita ku rasa… Allah,Sabar je la~

Tengok yang lain sibuk study, saya masih di atas katil sambil nota di tangan, konon-konon sambil baring2 ni, boleh la baca sikit-sikit. Saya cuba la ubat2 tradisional dan moden untuk ubati demam panas ni. Sesekali mengadu pada family. Call sana, Call sini.. mengadu.. manja.:(

Alhamdulillah, lepas mengadu rasa bebanan ini pada family, rasa sakit terasa macam ringan sikit.. walaupun hakikatnya sakitnya ada je. Hati rasa gembira bila dengar suara keluarga.. ;)

Sahabat-sahabat dan roommate nasihatkan saya untuk balik kampong jumpa family. Diorang kata, kat rumah boleh la ada orang akan tolong jaga. Boleh rehat2.. saya hanya tersenyum.. insyaAllah, saya juga merancang sepeti tu.

Tup..tup.. hari exam paper yang pertama tu dah tiba, saya pun ke dewan peperiksaan dalam keadaan demam tu. Hanya tawakal pada Allah yang saya harapkan. Entahlah tak tahu macamana keputusan exam utk paper tu. Hanya Allah yang tahu rahsia disebaliknya.

Sebenarnya, saya agak ber’semangat’ bila nak masuk dalam dewan peperiksaan tu, saya nak kongsi satu SMS dari kakak kesayangan saya yang menambahkan semangat saya dengan tiba-tiba ketika tu.. walaupun agak terharu baca SMS tu, saya tetiba rasa gembira sangat-sangat..

Ni petikan SMS kakak:)

Wsalam..elah kuat, lawan xsihat, jawab elok2,
Allah ada, Allah tolong, Allah saying elah,
Sebab tu DIA buat elah xsihat,Nk uji elah,
elah kena sabar,Usaha, doa, tawakkal,
insyaAllah, elah boleh Berjaya dunia akhirat, amin..

Seronokkan dapat mesej macamtu? Hehe.. Alhamdulillah.. dapat kata2 semangat.. lagi semangat nak balik rumah macamni..nak balik lepas exam ni jugak! tapi tiket tak beli lagi time tu. ..hmm~

Habis je jawab exam, saya keluar dewan peperiksaan dan call kawan saya minta tolong dengan dia belikan saya tiket bas pulang ke Terengganu. Alhamdulillah, ada juga tiket tu. Dapatlah saya balik malam tu. 

Dalam bas yang sangat sejuk, saya sangat2 tak tahan duk dalam tu. Tapi apa kan daya…SABAR je la~ semoga selamat sampai ke rumah, itulah anugerah Allah paling besar…

Alhamdulillah.. akhirnya ku jejaki rumahku.. selamat pulang anak ayah dan mak !
…………………………………..

Sebenarnya saya nak selitkan sedikit pengajaran dari kisah kat atas:

Walaupun Allah ‘tarik’ sedikit nikmat sihat tubuh badan saya, 
dan saya DEMAM dan merasa ‘derita’ ketika tu.. 
rupanya di sisi saya Allah masih bagi nikmat yang tak terhingga.

Allah kurniakan saya rasa CINTA kepadaNYA.
Allah kurniakan rasa cinta saya kepada KELUARGA.
Allah kurniakan rasa cinta saya kepada SAHABAT.

Kerana kurniaan Allah yang tak terhingga 
Membuatkan saya BAHAGIA dan SYUKUR..
SYUKUR dengan nikmat kurniaan ini..
Dengan Allah, Keluarga dan Sahabat,
Saya jadi Kuat!

Allah.. Allah.. Alhamdulillah..

Semoga CINTA Allah kurniakan ini tidak kan padam di hati ini.. 
Hebatnya CINTA CIPTAAN ALLAH…

Allah telah memberi jaminan kepada hambaNYA 
yang benar-benar mahu menggapai CintaNYA
yang dirakamkan dalam satu hadis Qudsi:

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang orang yang saling menasihati kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; 
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”

Semoga diri ini mendapat cintaNYA..
Salam cinta & wassalam~ :)


No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)