::Ikon Artis wanita?::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... Allah bagi masa untuk saya update blog lagi.. 
Alhamdulillah.. luv Allah~

IKON ARTIS wanita?

sebenarnya, saya tak tahu nak bagi tajuk apa penulisan kali ni... cuma hari ni, saya nak berkongsi pendapat saya tentang artis wanita... :)

artis tu ape ye? hehe...
sekarang ni boleh dikatakan musim "fenomena artis" la katakan..
ada positif dan ada negatif.. kali ni nak cakap benda2 positif je.. biar minda sentiasa sihat dengan perkara-perkara yang positif! Allahu Akbar!!


artis adalah golongan yang agak dikenali dikalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi mereka selalu muncul di media massa, akbar, majalah dan mana-mana sahaja yang menaikkan nama artis ni.


termasuklah artis wanita.. lebih-lebih lagi artis wanita yang bertudung.
Ia sesuatu yang sangat positif bagi saya... :)

Akhir-akhir ni juga, saya mula dapat lihat, banyak drama & filem ke arah genre Islamik.. pelakon mula pakai tudung.. dan pernah saya dengar dulu,

"statistik penonton lebih tinggi jika pelakonnya bertudung.."

entah betul atau tidak kata-kata yang berkaitan statistik kat atas tu..itu lah yang saya pernah dengar suatu masa dulu..

saya mula tengok, keayuan pelakon-pelakon yang mengenakan busana Muslimah sungguh indah sekali... sesekali menyerlahkan keayuan mereka.. ;)
bagi saya ia suatu perkara yang positif!

antaranya.. ;)


banyak kan...? ni semua yang agak popular di televisyen..


dan tidak kurang hebatnya di dalam filem juga.. contohnya ombak rindu..
(; kiki... sape nyer design poster ni.. sumber: google~

dan macam-macam lagi..

Selain itu, ada sesuatu yang sangat positif dikalangan artis adalah yang berHIJRAH:)
semoga mereka ISTIQAMAH sehingga akhir  hayat...


seronok tengok ramai artis mula berHIJRAH.. antaranya:

Irma Hasmie yang imej tudungnya yang ayu... :)

 Diana Amir


Catriona Ross yang sangat comel..

Farah Diana AF

Nora


dan banyak lagi artis-artis yang berhijrah..

Tahniah!! 
Semoga mencapai REDHA ALLAH objektif utama pengHIJRAHan ini..

..........................................................ape-ape pun........................................................


bagi artis-artis yang bertudung hanya di lokasi pengambaran,
saya doakan agar anda semua diberi HIDAYAH untuk anda bertudung selepas ini dan terus ISTIQAMAH... 


InsyaAllah, yakinlah rezeki datang dari Allah Maha Pemberi Nikmat.. 
InsyaAllah, rezeki selepas berHIJRAH mungkin akan lagi bertambah.. di samping UJIAN dari ALLAH juga bertambah demi menambahkan nilai IMAN yang ada pada diri kita sebagai hamba ALLAH...


bagi cerita bergenre islamik,
jauh di sudut hati saya memohon agar bukan jalan cerita sahaja yang sepatutnya Islamik, namun kalau boleh pelakonnya menjadi Islamik juga..

--(T_T)--


selalu berdoa agar suatu masa nanti artis wanita ini benar-benar ikhlas bertudung.. sebenarnya bertudung bukan sekadar untuk bergaya & berfesyen...


Malah ia adalah tuntutan besar oleh Allah, 
banyak disebut di dalam Al-Quran dan antara dalilnya:

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَعَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَاللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuanYang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

di dalam hadith pula antara dalilnya:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 
(Riwayat Abu-Dawud)

semoga kita semua berusaha menjadi HAMBA ALLAH yang Solehah dalam menurut perintah Allah & Rasul berdasarkan pegangan kita yang sahih yakni 
Al-Quran dan As-Sunnah..


........................

jadikan TUDUNGMU menutup aurat dan menjaga akhlakmu 
seperti di dalam lokasi pengambaran..
petikan drama: Ketika Cinta Bertasbih(KCB)


serta tutup aurat dan menjaga akhlak di luar lokasi pengambaran..
kenal tak siapa atis ni? ini OSD= Oki Sentiana Dewi...


saya suka dia.. boleh la sape-sape nak jadikan dia ikon.. terutama bab fesyen muslimah.. saya bagi A+ kat OSD.. tudungnya labuh.. bajunya longgar.. cantik!


OSD bukan berasal dari bertudung litup, 
malah dia merupakan artis yang berHIJRAH juga... Allahu Rabbi..


selepas dia berlakon dalam KCB, dia giat dalam bidang penulisan
buku pertama


buku kedua


bolehlah like page OSD
 jenguk-jenguk website OSD
dan baca blog OSD

malah ingin sekali saya tegaskan, 
bukan betudung sekadar di lokasi pengambaran,
malah jadikan ia sebagai bertudung di luar lokasi.. 
tunjukkan!
bukti tanda cinta kita pada Allah.. 
kita yang menurut perintah Allah.. 
kita berusaha meraih SYURGA ALLAH..
Allah..Allah..

semoga tulisan saya kali ini bermanfaat kepada sahabat..
MAAF dipinta atas segala kekurangan..

wassalam~~

3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    penulisan yg bermanfaat c'lah.. :)
    Antara byk2 cerita islamik tetap xde yg boleh jatuh kn ranking KCB... ^^, hehe
    (da tgk Hafalan Shalat Delisa?? Cite bru yg ada isi yg mantop!!)

    ReplyDelete
  2. dah tengok.... :)
    jalan cerita HSD tu sangat baik..
    pelakonnya agak bermasalah pd realitinya..
    hurm~

    ReplyDelete
  3. penghijrahan artis2 sangat bagus. cuma bagaimana pula jika hijrah artis penyanyi seperti ana rafali, menutup aurat tapi masih menyanyi? bukankah suara wanita ajnabi itu haram didengar kepada lelaki ajnabi? di sini terdapat khilaf, tapi ini bahagian menyanyi, di mana boleh menimbulkan rasa "lain" kepada para lelaki ajnabi. cuma bayangkan jika seorang atis penyanyi itu meninggal dunia, lalu ditinggalkan di dunia ini album2 yg mengasyikkan, suara perempuan yg begitu menusuk kalbu. bagaimanakah agakkannya keadaan penyanyi tersebut di alam barzakh? sekadar perkongsian..

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)