::kek coklat tanpa telur::

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. 
Allah bagi peluang untuk update blog hari ni sikit..

nak bagi resepi kek coklat.. anak-anak saudara saya suka sangat kek coklat..
disebabkan che lah diorang ni ada masalah kewangan..
so, che lah buat simple je..

InsyaAllah, simple but delicious gitu ~

ni untuk loyang kecik je tau... untuk anak saudara saya makan sorang.. ;)


Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko 
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1 cawan gula (dikisar halus seperti gula icing) --> sy suka manis ;p

Bahan B

1/3 cawan minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas (blh guna air biasa + air kopi sikit)
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil  esen vanilla

1 sudu kecil cuka 

Cara-cara... :)

1) Ayakkan bahan A dan gaul/kacau sebati
2) masukkan bahan B dan gaul sebati
3) akhirnya masuk cuka.. gaul sebati..
4) masukkan dalam oven yang panas sampai masak

siap....... 

(saya ambil dari sini.. cuma adjust sikit)

cantik warna dia kn ..?

sebelum masuk oven..

dah masak...

boleh hias ikut kreativiti sendiri...

p/s: hiasan sy yang comot jgn ikut ye... huhu


boleh makan dengan riang ria...
jangan lupa ucapan syukur pada Allah...
::ALHAMDULILLAH::

wassalam..

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)