::Couple? wajarkah.....?!::

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurahlagi Maha Penyayang…

Sungguh hati ini berdegup kencang dikala keyboard ini muladitekan-tekan ibarat hatiku jua ditekan-tekan, 
bagi mengatur ayat-ayatpenulisan saya kali ini....
....

Berfikir banyak kali patutkah ia dipostkan dalam blog yangsangat daif ini?

InsyaAllah, kali ini saya cuba juga bawakan artikel ini dizahirkan dalam bloginsan hina di sisi Allah ini..

Semoga ada kritikan membina dari pembaca-pembaca sekalian.Sungguh saya katakana pada artikel sebelum ini, kadang kita tidak mampu buatkaninsan sentiasa tersenyum bahagia.. Namun itulah kelemahan saya yang perlu sayabaiki dari masa ke semasa demi kebahagiaan bersama..
InsyaAllah…Doakan saya kuat!

Sebelum ini kita biasa mendengar satu bait kata― 
“NOCOUPLE AFTER NIKAH”
Kali ini sedikit saya tukarkan untuk seketika kepada 

“COUPLE sebelum Nikah”..

wajarkah?

Sedikit sebanyak pertukaran ini menimbulkan perspektifpertama yang pelbagai, antaranya mungkin menimbulkan kemarahan kepada yangberpegang teguh kepada no couple after nikah ini. 
Atau mungkin,mengatakan saya ini telah membuatkan sahabat akan bercouple sebelumnikah?mungkin. 
Atau pelbagai reaksi positif mahupun negative.
Tiada siapa tahumelainkan Allah.

Sebenarnya, tiada kesalahan kepada istilah no coupleafter nikah ini. Malah memang patut kita tidak perlu bercouple denganmanusia yang belum tentu bakal menjadi bakal pasangan hidup kita dunia danakhirat. Kemungkinan couple itu menyebabkan trouble sahaja.

“COUPLE sebelum Nikah”..wajarkah?

Jawapan dari hati saya. Sangat-sangat wajar… Mengapa?

Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada sahabat, apa itu couple? 

Pada pandangan peribadi saya istilah couple ini digunakan secara meluas 
bagi hubungan antara dua insan. 
Hubungan couple yang membawa cinta. 
Hubunganyang membawa kasih, rindu, sayang, bahagia dan sebagainya. Perasaan-perasaanitu merupakan 
satu anugerah yang sangat hebat ciptaanNYA.

Saya mahukan sahabat bersama-sama 
mencintai couple saya sejak dari dulu, kini, 
insyaAllah selama-lamanya bersama-sama dengan saya. 
Tidak salah berkongsi couple ini.
Malah manis seperti madu..(bukan poligami ek…) 
Kerana kisah percintaan saya dengan couple ini sungguh indah sekali.. 

Marisahabat-sahabat bercouple denganNYA bersama-sama dengan saya. Siapakah couplesaya itu? Ia adalah Allah S.W.T . Cintailah Allah.

Sedikit kempen ‘Jom COUPLE dengan Allah’ ingin sayalancarkan di sini.


InsyaAllah, couple sebelum kahwin ini(dengan Allah), sangathebat hasilnya. 

Bila cinta Allah dicapai, cinta manusia diredhai demi cintaNYA.

Sebelum sahabat-sahabat memasuki alam rumah tangga, 
perlulah sahabat bercinta dengan Allah. 
Kerana Allah dapat mengajarkan kitasegala-galanya mengenai percintaan yang sebenarnya yang diredhai di alam rumahtangga nanti.
Berkaitan dengan tanggungjawab sebagai isteri, suami mahupunseorang ayah… Segala-galanya difirmankan di dalam Al-Quran. 

Sungguh hebat bilabercinta dengan Allah sebelum nikah kan? 
Berjaya nya sahabat bercinta sebelumnikah ini, Berjaya juga sahabat bercinta selepas nikah ini. 
Dan doakan cintakita ini membawa hingga ke syurga.

Jika sahabat telah Berjaya bercouple dengan Allah 
sepertiyang telah saya kempenkan di atas, 
InsyaAllah couple sahabat di alamperkahwinan yang halal itu 
bahagia hendakNYA.

Maka, setujukah sahabat dengan “COUPLE sebelum Nikah”..
tepukdada tanya iman.

wassalam... :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.... che lah tukar address blog tak bagi tau pun... huhu, moga istiqamah yer adikku sayang, ku kirimkan senyuman untukmu dari jauh <<>>

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)