USAHA JODOH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,TERIMA KASIH ALLAH...
saya masih diberi peluang untuk menitipkan sesuatu di laman blog ini.

semalam dapat mesej dari kakak,
minta saya share/kongsi perihal

BAGAIMANA SAYA BERTEMU JODOH??

Subhanallah... 
sungguh tak layak untuk berkongsi.

cuma, 
harapan saya buat para pembaca yang dikasihi ALLAH sekalian,
bacalah dengan hati. 
ambillah mana yang baik dan termampu untuk diikuti.
jangan memaksa diri.
ikhlaskan hati.

----------------------------

sebelum berkongsi,

ingin sekali saya ceritakan tentang diri saya.

saya merupakan anak ke-7 daripada 13 adik beradik saya 
dalam keluarga saya.
saya anak tengah-tengah.
di atas saya punya 6 [3 kakak, 3 abang]
manakala di bawah saya punya 6 adik-adik.


Dalam adik-adik saya ni,
wajah saya berbeza dengan adik-beradik yang lain.
teringat zaman kecik-kecik,
pernah digelar "mek ling..." apa maksud 'mek ling?'
pernah dengar keling? keling kan kulit gelap..
hahahahaha...

kalau ingat zaman kecik2, memang lucu.
biasalah.. muka kita ni gelap.
kadang orang tak tahu kita anak ayah anak mak kita..
hahaha..

muka pun tak lawa kan..hihi.

waktu sekolah menengah pun, 
terasa lah jugak kadang-kadang..
hihi..
terasa apa?

ye lah kita sedar diri,
biasanya yang terpilih apa-apa jawatan di sekolah,
yang lawa-lawa.. yang cantik-cantik je kan..yang putih-putih...

saya? 
sedar diri, OK!

huhu..

masuk alam matrikulasi dan zaman universiti dulu-dulu,
tak pernah pun ada kawan lelaki yang tanya pasal kita.
nak ajak kawan ke.. 
[maybe orang hormat kita, atau maybe orang takut kita... maybe~~~]

teringat tau...,

masa saya belajar di matrikulasi di kedah dan universiti di selangor dulu,
ramai betul pasangan couple study sama-sama..
detik dalam hati, 
'muda-muda, korang dah ada couple ye.. untung lah lawa-lawa je semua'.
hmmm... mainan syaitan.

cepat2, istighfar2..

ASTAGHFIRULLAH Al-A'ZIM

+
+
+

makin lama, makin lama.. dan makin lama

saya semakin berfikiran matang,

saya mula kenal baik-buruk. hitam-putih. pengalam hidup

makin berfikiran matang.

kurang fikir pasal terasa hati atau perasaan sedih.

terus berjalan ke depan!!!

 kenal dan tahu cara nak jaga hubungan dengan Allah.

syukur...
[banyakkan hadirkan diri ke masjid/surau ye.. 
di sana penuh ketenangan dan kebaikan]

semakin lama semakin kita jaga hubungan dengan Allah,
jaga hubungan dengan mak ayah dan adik beradik serta saudara mara,
jaga hubungan dengan semuaa orang...

kita belajar sesuatu yang baik-baik. kenal orang baik.
belajar jadi makin baik.

insyaAllah,
lama kelamaan kita tahu 

APA TUJUAN HIDUP ATAS MUKA BUMI.

jadi insan normal...

HIDUP UNTUK MERAIH KEREDHAAN ALLAH.

belajar, kejayaan, kerjaya, jodoh?

SEMUA ADALAH ATURAN ALLAH...
minta dengan ALLAH!

jangan lupa USAHA + IKHTIAR!!!
-------------------------------

Tahun 2012, 
umur saya ketika tu 22 tahun.
saya dah graduate degree dari UiTM Shah Alam.

Ya Allah, 
mudanya saya dah bergelar siswazah.

kawan-kawan satu sekolah dulu ada masih belajar.

terasa cepatnya!

tiba-tiba terdetik dalam hati,
"kalau abang-abang saya, umur 22 dah berkahwin. 
masing-masing jodoh cepat. kahwin masa belajar. saya ni, 
batang hidung jodoh pun tak muncul-muncul lagi.. huhu"

sedih la pulak hati waktu tu..

tahun 2013, saya dah dapat kerja.
umur 23 tahun.
menjadi guru di sekolah menegah agama  swasta.
dikelilingi oleh teman-teman sekerja yang lebih tua.
saya waktu tu cikgu bujang.

selalu ada yang bertanya, buka sekali. berkali-kali. 
" Bila nak kahwin? Ada calon tak lagi?"
soalan biasa yang akan selalu ditanya bagi si bujang.
huhu....

bertabahlah untuk menjawabnya...

tiba-tiba terdetik lagi di hati,
"kalau kakak-kakak saya, umur 20 dah berkahwin.
masing-masing jodoh cepat. kahwin masa belajar. saya ni, 
batang hidung jodoh pun tak muncul-muncul lagi.. huhu"

uwaa.... uwa...

teringat waktu tu dalam bulan november tahun 2013,
saya hadir satu usrah.

tajuk usrah pasal 'jodoh'.

fuh! tajuk... 

tapi, syukur sangat..

masa tu naqibah berkongsi berkaitan

USAHA + IKHTIAR JODOH...

...............................

maka hari ini, 
saya ingin berkongsi apa yang saya perolehi dan amalkan
sebelum bertemu jodoh saya..

terima kasih ustazah/naqibah usrah saya yang berikan ilmu ni..

syukur..

......................

persiapan bagi si bujang sebelum bertemu jodoh:

PERBETULKAN NIAT.
LILLAHI TA'ALA a.k.a lakukan semua benda [kebaikan]
kerana ALLAH TA'ALA

buatlah persediaan fizikal dan mental mu...

apa itu persiapan fizikal?

# JAGA KESIHATAN diri duhai wanita.
# JAGA PEMAKANAN, amalkan makanan sunnah/herba

dan yang penting.. persiapan mental... 

antara amalan yang perlu di amalkan setiap hari.

# JAGA SOLAT.
# SOLAT AWAL WAKTU
# BANYAKKAN SEDEKAH
# BANYAKKAN ISTIGHFAR

satu rahsia

# BANGUN SOLAT MALAM..
tahajjud
taubat
hajat
istikarah
witir

dan 

kirimkan doa jodoh buat bakal jodoh yang kita tidak tahu
 siapa namanya? dimana tempat tinggalnya?
bagaimana rupanya?

semua tu tiada dalam pengetahuan kita..

teruskan berdoa,
doa itu usaha. doa itu ikhtiar...

satu doa yang khusus, yang di ajar oleh naqibah.
di amal setiap kali lepas solat, sebelum tidur dan ketika solat malam.


bacalah teman-teman ku... DOA KHUSUS INI..

inilah doa saya baca..

ikhlaskan hati ketika menadah tangan berdoa..

yakin dengan Allah.. Allah berikan yang terbaik..
banyakkan istighfar..

---------------------------

hampir 1 tahun lebih...

saya masih amalkan.

jangan putus asa di tengah jalan..

teruskan berdoa dan lakukan amalan-amalan baik.

semoga segalanya baik-baik sahaja.

dipermudahkan urusan nya.

tup.. tup..

makbul segala doa, terbayar segala lelah..
syukur..

akhirnya, 

tiba saat lafaz sakinah buat diri ini...

bukan mencari, ia datang sendiri...

luangkan membaca post blog saya ini..
semoga tip yang sedikit ini mampu di ikut semampunya buat anda..

maafkan atas kekurangan,

tidak teratur berbicara dalam blog ini.

saya insan lemah..

salam sayang.

sekian.

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)