::Surau Kolej Mawar::

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.. curi-curi update blog usang...:) sorry semua sahabat~
Surau Kolej Mawar a.k.a "Teratak Coklat"

“Jika hendak mencari sahabat kerana Allah, 
carilah di rumah Allah(Surau/masjid)…”
Ya.. !
di surau kolej mawar UiTM Shah Alam 
inilah tempat saya memilih jalan untuk memilih sahabat.

Di sinilah segalanya bermula. 
Bermula kisah berkongsi rasa, berkongsi cerita, 
berkongsi masalah, berkongsi rahsia dan segala-galanya..

Di sini jualah tempat kami bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai perkara. 

Di sini jualah tempat kami saling nasihat-menasihati.. 

Sungguh banyak kenangan indah di rumah Allah yang agung ini..

Semoga CINTA Allah kurniakan ini tidak kan padam di hati ini.. 
Hebatnya CINTA CIPTAAN ALLAH…

Allah telah memberi jaminan kepada hambaNYA yang benar-benar mahu menggapai CintaNYA yang dirakamkan dalam satu hadis Qudsi:

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang orang yang saling menasihati kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”
Semoga diri ini mendapat cintaNYA..

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)