::AURAT::

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah berpeluang untuk update blog yang sekian lame sudah usang ni..

hari ini insyaAllah, saya akan datangkan satu kisah...

kisah ni berlaku pada minggu lepas.. Ketika tu saya dan rakan sekelas baru balik dari kelas. masa ketika tu hampir pukul 6 ptg. Ketika tu kami tetiba rasa nak makan ais-krim dan belilah ais-krim rm1 kat cafe. 

Lepas dapat ais-krim tu, kami pun cari la port untuk menikmati ais-krim yang best tu..hehe.. tengah kami seronok-seronok makan, tetiba tersentap dengan sesusuk tubuh manusia.. Allah! itulah perkataan pertama yang keluar di mulut kami.  Kami mula memerhatikan mata-mata lain di sekitar kami.. mereka yang lain turut seperti terkejut dengan susuk tubuh tu... 

di hati saya merasa sangat-sangat terkejut dengan ini... Astaghfirullah..
Oh! wanita~

{gambar sudah dibuang}
[gambar ini diambil bukan untuk mengaibkan, sekadar pengajaran]

mungkin ini lah yang dimaksudkan dalam hadis
bertudung tapi bertelanjang?
Wallahu'alam..

Aurat berasal daripada bahasa Arab, Aurah yang bererti kurang. 
Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang 
wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. 

(Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Syarat-syarat menutup aurat:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
perempuan: semua tutup kecuali muka+tapak tangan (di kawasan awam)

2. Pakaian yang longgar.

3. Pakaian yang tidak jarang.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

6. Tidak bertabarruj.

sekian dulu.. nanti sambungan tentang aurat ada lagi~

1 comment:

  1. salam alaik. Maaf ana menegur, mungkin pada pandangan penulis gambar ni bukan untuk mengaibkan hanya sekadar pengajaran. tapi cuba kita bayangkan agak2nya apa perasaan kita kalau insan dalam gambar tersebut adalah adik kita, atau kakak kita, atau sesiapa pun lah yg mempunyai hubungan keluarga dgn kita, tentu kita malu bukan? ana rasa lebih baik jika penulis dapat menegur dgn baik apa kesalahannya, mungkin saudara kita ini tidak dilahirkan dalam suasana Islam yg baik sepertimana anda sekarang, sebab itulah Allah hadirkan kita satu sama lain untuk menegur kesilapan saudara kita ini, dan bukannya dgn cara seperti ini.

    ingatlah sahabat, sesiapa yg menjaga aib manusia lain didunia ni akan dijaga aibnya oleh ALLAH diakhirat nanti. Asif jiddan, semoga teguran diterima dgn hati yg terbuka, salam alaik

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)