Hanya padamu Ya Allah... :')



كتاب الأذكار من كلام سيد الأبرار
 للإمام النووي



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah (dengan semua hambaNya) Lagi Amat Mengasihani 
( hambaNya yang beriman)

الحمدلله الواحد القهار، 
Segala pujian itu hanyalah tertentu (layak) bagi Allah Taala, 
Yang Maha Esa Lagi Maha keras balasanNya 
(ke atas hambaNya yang kufur kepadaNya)

Syarahan ringkas:

Dalil yang menunjukkan amat berat balasanNya atas orang yang kufur. Firman Allah Taala :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur kemudian mati dalam kekufuran, mereka itu akan ditimpakan laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal dalam laknat tersebut, tidak diringankan azab serta tidak ditangguhkan siksaan atas mereka" [ Surah Al-Baqarah, juzuk 2, ayat 161-162]

Al-Qahhar adalah sifat jalal yang menunjukkan keagungan Allah bagi menimbulkan pengagungan serta kegerunan dalam diri hamba untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Selepas ini, 
akan disebut pelbagai lagi sifat Allah kerana mukaddimah itu 
adalah tempat memanjangkan kalam diselit dengan pelbagai mesej oleh pengarang

العزيز الغفار،
Yang Maha Menang (Perkasa) Lagi Maha Pengampun...

Syarahan ringkas:

Pengarang menyebut pula sifat jamal (keindahan pada Allah) iaitu Maha Pengampun. 
Apabila hanya rasa takut sahaja wujud dalam diri hamba, maka wujudlah sifat putus asa padanya. 
Maka, dengan mengerti Allah itu mengampuni hamba-hambaNya yang melakukan dosa, 
menimbulkan dalam diri seseorang hamba untuk kembali menebus kesilapan yang pernah dilakukan di samping berazam untuk tidak sekali-kali mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan satu masa dahulu.
Sebesar mana dosa seseorang, Allah Taala menjanjikan pengampunan dariNya. 
Setiap manusia berpeluang untuk memperbaiki dirinya menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah Taala.

  مقدر الأقدار،
Tuhan yang Menentukan segala ketetapan...

Syarahan ringkas:

Segala yang berlaku berada di bawah ketentuan Allah Taala.

  مصرف الأمور مكور الليل على النهار، تبصرة لأولي القلوب والأبصار،
Yang Mengurus juga menjadikan perubahan berlaku pada segala perkara, serta memasukkan malam ke dalam siang... sebagai menzahirkan kepada orang-orang yang mempunyai akal dan penglihatan

Syarahan ringkas:
Allah adalah tuhan yang menjadikan sesuatu itu berubah dari satu perkara ke satu perkara yang lain. 
Dari kecil menjadi besar, dari muda menjadi tua, sihat menjadi uzur, dari miskin menjadi kaya, 
dari buruk menjadi baik dan pelbagai lagi. Allah Taala berkuasa atas segala sesuatu..

Antara perubahan tersebut: 
Allah memasukkan waktu malam ke dalam siang

Semua perkara tersebut akan menyedarkan hambaNya yang baik akalnya, 
suci hatinya untuk menjiwai keagungan Allah Taala dalam dirinya.

الذي أيقظ من خلقه من اصطفاه .. فأدخله في جملة الأخيار، 
(Allah) yang menyedarkan dalam kalangan makhluk ciptaanNya sesiapa yang menjadi pilihanNya. Lalu, Dia memasukkannya dalam golongan Al-Akhyar (orang-orang yang terpilih di sisiNya)

Syarahan ringkas:

Apabila seseorang hamba tersebut terpilih untuk menuju Allah Taala, perkara pertama yang akan berlaku pada dirinya adalah sedar dan terjaga dari kelalaian. 
Orang yang hanyut dalam kelalaian sesekali tidak akan mampu untuk 
memahami tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Manusia akan tersedar dari kelekaan apabila di buka pintu hatinya untuk melihat hakikat diriNya sebagai hamba dan mengerti hakikat Allah untuk dirinya mengabdikan diri kepadaNya. 

Kelalaian mengingati Allah Taala diumpamakan seperti kematian sebagaimana disebut dalam hadis: 
“ Umpama orang yang mengingati Allah dan tidak mengingatiNya 
seumpama orang yang hidup dan orang yang mati"

Wassaalam setakat ini

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)