Ampuni aku yg banyak maksiat pada Allah.. :'(

Soalan asal: 

Bagaimanakah caranya seseorang yang telah melakukan dosa dan maksiat 
ingin mengembalikan kesucian dirinya?

Berikut adalah jawapan Al-Habib Umar Hafizohullah:

" كل من وقعت في شيء من الذنوب والمعاصي فأمامهم طريق العفة لا مجرد أنه موجود وميسر،  بل مدعو إليه من قبل الرحمن جل جلاله.  قال تعالى:
" إن الذين اتقوا إذا مسهم طئف من الشيطان تذكروا فإذا هم مبصرون"
أي: ما يمر عليهم من أثر تسويله وتلبيسه

Setiap orang yang telah terjatuh dalam dosa-dosa dan kemaksiatan, di hadapan mereka terdapat jalan untuk mengembalikan penjagaan terhadap dirinya (daripada melakukan kemaksiatan) 
yang bukan sahaja ada dan dipermudahkan untuk melaluinya, 
bahkan jalan tersebut diseru oleh Allah Yang Maha Penyayang (supaya kita melaluinya).

Firman Allah Taala:
“ Sesungguhnya golongan orang yang bertakwa itu; apabila ditimpa was-was oleh syaitan, mereka kembali tersedar dengan mengingati Allah. 
Ketika itu mereka menyedari kembali dengan kesalahan yang telah dilakukan"


iaitu: apa yang telah dilaui oleh mereke daripada godaan syaitan serta was-wasnya

وقال تعالى:

" والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله. ...“

Firman Allah Taala:
“ Dan golongan yang apabila mereka melakukan sesuatu yang keji atau menzalimi diri mereka, lantas mereka mengingati Allah serta memohon keampunan atas dosa yang telah dilakukan. Dan siapakah lagi yang mengampunkan dosa melainkan Allah sahaja...."

والطريق إلى ذلك: صدق الندم والأسف على ما صدر عنه والإقلاع عنه. والمرافقة الموضع والأشخاص الذين يدعوه إليه أو زينوه له. والبعد عن كل ما يقربه إليه. وأن يعزم على الدوام على ذلك. فإذا اجتمت التوبة شرائطها قبلت. قال تعالى:
" وهو الذي يقبل التوبة عن عباده ويعفو عن السيئات“

Jalan untuk menuju taubat yang hakiki adalah: 
benar-benar menyesal, rasa bersalah dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. 
Juga meninggalkan terus kesilapan tersebut, meninggalkan tempat serta individu yang mendorong dan menggodanya supaya melakukan kesilapan itu. Juga menjauhi segala perkara yang mendekatkan diri kepada dosa. Serta berazam untuk kekal berterusan meninggalkannya. 
Apabila berhimpun syarat-syarat, maka akan diterima taubat tersebut.

Firman Allah Taala:

“ Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan (yang mereka lakukan)..." [ Syura: 25]

وقد حدثنا النبي عليه الصلاة والسلام عمن وقعت على جرائم كبيرة.  وكان قد قتل تسعا وتسعين نفسا.  وأعظم الذنوب بعد الشرك: القتل! حدثته نفسه بالتوبة فسأل رجلا لم يكن  عالما. قال له: بعد أن قتلت تسعا وتسعين نفسا،  لا توبة لك. فما دام لا توبة لي،  أكمل بك مائة،  فقتله.

Nabi Sollallahu'alaihiwasallam menceritakan kepada kita kisah seorang lelaki yang melakukan jenayah yang sangat besar. Lelaki tersebut telah membunuh 99 orang. 
Sedangkan dosa yang paling besar selepas syirik adalah: membunuh!

Dalaman jiwanya berbicara untuk bertaubat.
 Lalu dia pergi bertanya seorang lelaki yang kuat ibadah tetapi tidak alim. 
Lelaki yang tidak alim itu menjelaskan: 

Selepas engkau membunuh 99 nyawa, sudah tiada lagi taubat buatmu! 
Lelaki tersebut berkata: kalau sudah tiada ruang taubat buatku, 
maka aku cukupkan 100 pembunuhanku dengan kamu. Lalu dia membunuhnya.

ثم تداركه الله بالرحمة،  فحدثته نفسه بالتوبة. فقصد عالما صالحا،  فأخبره أنو قد وقع في هذه الجرائم كلها فهل له توبة؟  فقال ذلك العالم: من يقدر أن يحول بينك وبين ربك الله إذا صدقت معه؟
لكن قريتك قرية سوء وفيها أشرار.  تب،  وفارقها وأدلك على قرية فيها أخيار - صالحين.  فاذهب إليهم واعبد الله معهم.  قال نبينا: فخرج من قريته. فلما مشى من قريته أدركته الموت.  فلما أحس بالموت ناء بصدره إلى الجهة التي يقصدها.  فحفظ الله له صدق توبته وعزمه هذا حتى ناء بصدره.

Kemudian Allah Taala melimpahkan rahmatNya lagi buat dirinya. 
Sekali lagi jiwanya membisikkan supaya bertaubat. Lalu dia pergi bertemu seorang alim yang soleh. 
Dia menceritakan kepada Alim tersebut bahawa dia telah melakukan jenayah pembunuhan tersebut, 
adakah masih ada ruang taubat untuknya? Alim tersebut menegaskan: 
Siapakah yang berupaya menghalang antaramu dengan Allah 
sekiranya kamu benar-benar ikhlas kepadaNya?

Beliau menambah lagi: 
Akan tetapi, negeri tempat kamu berada sekarang ini merupakan 
tempat yang dipenuhi kejahatan dan padanya ramai orang-orang yang jahat.

Bertaubatlah! 
Kemudian, kamu mesti berpisah dari negeri kamu berada sekarang 
dan aku akan tunjukkan kepadamu satu kampung yang ramai orang-orang yang baik dan terpilih di sana. Pergilah menuju mereka dan abdikan dirimu kepada Allah bersama-sama mereka.

Apabila dia mula meninggalkan kampung halamannya, kematian menjemputnya. 
Ketika terasa dirinya hampir dengan ajal, dia merebahkan dadanya ke arah kampung orang-orang soleh yang ditujunya. Allah menjaga kebenaran taubatnya serta kesungguhan azamnya 
sehingga dia merebahkan dadanya ke arah kampung tersebut.

فاختصم فيه ملائكة الرحمة والعذاب.  فأرسل الله ملكا للحكم بينهم وقال: يقول الله: قيسوا بين الأرضين. فإن كان الأقرب إلى أرض  الأشرار فلتأخذه ملائكة العذاب،  وإن كان الأقرب إلى أرض الأخيار فلتأخذه ملائكة الرحمة.
وفي هذا إعلام لنا أن القرب من أماكن الصالحين ينفع عند الله. 

Malaikat rahmat dan azab mula berselisih tentang lelaki tersebut (adakah dia mati dalam rahmat atau sebaliknya). Lalu, Allah mengutuskan seorang malaikat untuk menjadi hakim kepada perselisihan tersebut. Caranya: Sekiranya lelaki itu lebih dekat dengan negeri jahat yang dtinggalkannya, 
maka malaikat azab yang akan mengambilnya. 

Sekiranya dia lebih dekat dengan negeri orang-orang soleh yang ditujunya, 
malaikat rahmat yang akan mengambilnya.

Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa dekat dengan tempat-tempat 
orang soleh memberi manfaat kepada kita di sisi Allah Taala.

قال: فقاسوا بين الأرضين فوجدوه أقرب إلى الأخيار بشبر واحد.  وقد كانت المسافة إلى أرض الأشرار أقرب لكن الله عند ذلك قال لهذه تباعدي وقال لتلك تقربي.  وبقي شبر هذا مقابل ما ناء بصدره عند الموت.

Kata malaikat yang menjadi hakim: Kalian ukurlah jarak antara dua tempat ini. Lalu mereka mendapati jasadnya lebih dekat kepada negeri orang-orang soleh dengan kelebihan sejengkal. Sebenarnya jasadnya lebih dekat kepada kampung yang jahat tetapi Allah mengatakan kepada bumi sebelah sini: 
dekatlah olehmu; dan bumi sebelah sana: jauhlah olehmu.

Berbaki sejengkal disebabkan lelaki tersebut merebahkan dadanya ke arah negeri 
orang-orang soleh saat dia dijemput oleh kematian.

فإذا كان يوم القيامة وقف أمام كل النفوس التي قتله فيقذف الله في قلوبهم مساحمته ويلقيهم مقابله أجورا في الجنة. 
فإذا كان هذه رحمة الله لرجل من بني إسرائيل، فكيف بواحد من أمة محمد صلى الله عليه وسلم؟

Apabila tibanya hari kiamat, dia berhadapan dengan setiap jiwa yang dibunuh olehnya. Allah mencampakkan dalam diri mereka semua perasaan untuk memaafkannya.
 Lalu, Allah menggantikan kepada mereka dengan ganjaran syurga.

Sekiranya ini adalah rahmat kurniaan Allah untuk seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel,
 bagaiman pula untuk seseorang dalam kalangan umat Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam?
 (Pastinya lebih dari itu lagi)

No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)