:: Cinta @Teratak Colat::


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,

Allah masih bagi peluang untuk menikmati nikmat yang tak terhingga besarnya..
iaitu N.Y.A.W.A… Nikmat.Allah.Wi ke.Aku.. J Alhamdulillah..

Terima kasih Allah, gerakkan jari-jemariku untuk mencoretkan sesuatu di blog ni..
Berblog time ada masa free sahaja.. hehe

Tulisan kali ni saya coretkan khas buat adik-adik usrah tercinta..

Buat adik-adik kak lah sayangi,

Sesungguhnya pertemuan dengan kalian cukup membuatkan diri ini berasa sangat bertuah & bersyukur sangat-sangat dengan nikmat Allah yang sangat besar dalam hidupku...

Teratak Coklat…
itulah satu nama yang sangat indah dalam memori ini.

Benarlah kata-kata Saidina Abu Bakar;
“Jika kalian ingin mencari SAHABAT, maka carilah dirumah Allah..”

Ya! Benar…
sungguh benar kata-kata ini. 
Pertemuan bersama kalian adalah dirumah Allah yang megah di Kolej Mawar.. 

itulah Surau Kolej Mawar.. 
Satu bangunan yang sangat kecil jika dibandingkan 
dengan bangunan kolej yang tinggi melangit. 
Namun bagunan batu itu tetap teguh berdiri.. 
teguh menanti tetamu-tetamu yang rindukan rumah Allah itu..

Sejak kak lah habis degree,
teringin benar untuk jejak kaki ke Teratak Coklat. 
Rindu sekali!
Ya Allah.. ubati rindu ini.. T__T

Hanya Allah tahu betapa berat menanggung rindu pada haruman Teratak Coklat.. rindu mengimbau kembali detik-detik pertemuan kita bersama..


Adik-adik kak lah sayang,

Jagalah Teratak Coklat sebaiknya.. 
Selama 6 Semester menabur bakti dan menjadi tetamu Teratak, 
sehari tidak dikunjungi terasa seperti setahun lamanya.. Allah.. Allah..

Imarahkan Surau ini… Cintai Surau ini.. Sayangi Surau ini seadanya..


Jangan biarkan ia kosong… kosong tanpa penghuni.. kosong tanpa di-isi..

Hadirkan keikhlasan diri buatku dan adik2 ku untuk terus mengagungkan rumahMU,

Ya Allah.. walau jauh dimataku Teratak Coklat itu.. 
ia benar2 terletak utuh di hatiku..

Sungguh Allah janjikan pelbagai kelebihan di sana..

Dengan Solat Berjemaah, 
insyaAllah.. kalian mendapat 27 kali ganda
ganjaranNYA yang agung..

Dengan mendengar tazkirah, 
insyaAllah.. telinga kalian bakal jadi saksi di mahsyar kelak..

Dengan memberi tazkirah, 
insyaAllah ia jadi peringatan buat kita dan sahabat untuk dekat dengan Allah.. :)

Dengan berUKHUWAHfillah, insyaAllah.. kalian bakal dihimpunkan di mahsyar besama-sama golongan yang saling mencintai kerana Allah… J
Seronokkan? Semua Allah bagi… Subhanallah!!!!

Ingatlah kehidupan di university tak seperti kita di sekolah rendah mahupun menengah, pelajaran Agama Islam memang dalam sukatan pelajaran,
Tapi di university ini, perlu kita sendiri cari
perkara yang mendekatkan diri dengan Allah ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah… Allah temukan kita semua dalam satu USRAH.

USRAH is Awesome+cool!! huhu…. Lovely part in our life <3
USRAH kita semua bermula di teratak coklat @ Surau Mawar.
Allah… Allah.. Allah… sweetnye pengalaman ini..

Hopefully, kita semua berkasih sayang kerana Allah…
Dan ditemukan di jannah.. Ameen…

Love u all until jannah…

Miss u all.. Allah… ubati rindu ini.. :’)
Salam sayang dan ingatan selalu di hatiku…
Semoga Allah redha dengan kasih sayang ini.. 

1 comment:

  1. nice entry!
    suka sesangat..
    thanks for the sharing..
    salam ukhwah!
    #teamkhemah

    http://nurainishahroni.blogspot.com

    ReplyDelete

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)