Anda menghafaz Al-Quran? Mana akhlaknya....?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Dapat ambil peluang untuk coretkan sesuatu di blog kesayangan ini.

Tajuk posting kali ini merupakan satu lontaran persoalan yang
sudah lama berada dalam benak fikiran saya ni.

Pertamanya,

Saya ingin mengucapkan SYUKUR, ALHAMDULILLAH...
atas usaha pihak yang membuka sekolah yang menjadikan kokurikulum
MENGHAFAZ AL-QURAN sebagai agenda utama dalam pendidikan pelajar-pelajar.

Bermula dengan tadika tahfiz, sekolah rendah tahfiz, sekolah menengah tahfiz, maahad tahfiz, kolej huffaz dan sehingga ke menara gading, intitutsi huffaz ditubuhkan bagi melahirkan generasi quran.

namun...

agak sedih di akhir-akhir ini,
masalah akhlak dalam kalangan penghafaz Al-Quran amat membimbangkan!

masalah utama di kalangan huffaz adalah
gejala sosial di laman sosial.
ya, dunia kini maju!
teknologi canggih!

tapi harus diingat akhlak huffaz perlu dijaga...
akhlak di laman sosial kadang kala tidak menggambarkan
identiti seorang penghafaz AL-Quran.

sedihkan.........?!

saya tidak mahu lari jauh..
saya lihat di sekeliling saya berkaitan dengan
pelajar yang hafaz Quran
tetapi...
 couple.... ?!!
nauzubillah...

Bermula dengan titik hitam yang muncul di hati
para huffaz Quran,
maka bermulalah gejala2 maksiat hati berlaku..

apa yang menyedihkan,
ayat-ayat hafazan Al-Quran yang dihafaz mula terhakis dari ingatan..
mula lupa! lupa! lupa! dan terus lupa!

sedihnya.... T______T

seperti mempermainkan kalam suci ini?!

apakah faktornya?????

1. NIAT MENGHAFAZ AL-QURAN... apa niat sebenar nak jadi huffaz sebenarnya?

2. PEMAKANAN... apa yang ditelan dan dimakan sehari-harian? makanan menjadi darah daging kita sebenarnya... perlu checklist halal haram... checklist sunnah dan khasiat dulu..

3. AMALAN HARIAN... apa amalan baik sehari-harian? zikir, amalan sunat, mengulang AQ?

4. SAHABAT... siapa sahabat kita? sahabat yang baik selalu ingatkan perkara baik.. sahabat yang baik selalu ingatkan pada Allah, jauhi maksiat...

5. KELEBIHAN HUFFAZ... adakah kita tahu janji Allah pada para huffaz AQ yang ikhlas?

6. DOA... apa doa kita sehari-harian dalam menguatkan iman kita?


(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة 
وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة...آمين.

7. REDHA ALLAH... apakah kita selalu memohon redha Allah pada setiap perbuatan kita?

Allahu Rabbi... banyak lagi faktornya... yang tak tercatat di sini..







No comments:

Post a Comment

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)