::Diundang ke sekolah lama::Slot Srikandi….

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah…. Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Terima kasih Allah kerana bagi peluang saya menulis lagi di ruangan blog ‘buruk’ saya ini…

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dijemput oleh seorang sahabat
untuk memberi sedikit perkongsian bersama adik-adik muslimat tingkatan 4 sesi 2013
di Sek Men Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID).

Entah…

saya pun tidak tahu mengapa saya dipilih untuk slot srikandi ini..
Agak pelik sebenarnya kerana dari sudut keILMUan,
sahabat saya itu lebih HEBAT berbanding saya…

teringin juga untuk menolak permintaan sahabat itu,
namun kuasa Allah mengatasi segalaNYA..
Akhirnya, Allah tetapkan saya untuk menerima tawaran jemputan itu..
Semuanya kerana Ukhuwahfillah saya bersama sahabat..
Kerana cintakan ummat dan muslimat..
Kerana ingin selamat… selamat dunia dan akhirat…

Semuanya hasil suntikan motivasi dari Sabda nabi,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
 “Sampaikanlah walau sepotong ayat”- hadith riwayat Bukhari

Maka.. saya ‘kuatkan’ diri untuk melangkah ke sekolah lama saya.. SMASID

^____^

Saya sebenarnya malu untuk ke SMASID, 
saya hanya sempat bersekolah di sana selama 6 bulan sahaja.

Gelaran ‘ALUMNI SMASID’ sangat tidak layak untuk saya..
Khidmat bakti saya di sana bukanlah besar dan bermakna..

(: teringat pula saya dipilih oleh guru disiplin untuk
menjadi wakil pengawas sekolah untuk pelajar tingkatan 1 sesi 2003 di SMASID…
cukup memberi kenangan indah…. :)

oh! 
Sebelum saya melencong kepada cerita yang entah apa-apa..
lebih baik saya teuskan hasrat asal saya menulis untuk post kali ini..

bercerita mengenai pengalaman saya mengendali slot “SRIKANDI” di sana...

Saya 'sajikan' kepada adik-adik satu video berkaitan 
akhlak zaman milenium kini..

selepas saya tunjukkan video di atas kepada adik2 ini,

saya timbulkan persoalan kepada mereka..

MENGAPA AKHLAK MEREKA INI SANGAT MEMBIMBANGKAN???

maka pelbagai jawapan yang dilontarkan.. antaranya;

" Mereka jauh dari agama Islam..."
"Mereka tidak takut Allah..."
" Mereka hilang rasa MALU.."

dan macam-macam lagi jawapannya...

apa motif di sebalik saya tayangkan video ini kepada mereka...??

saya tunjukkan sebahagian dari slide yang saya gunakan sewaktu
perkongsian hari tu... :)

saya ceritakan berkaitan Qudwatul Hasanah kita semua,
iaitu Rasulullah SAW...
Bagaimana AKHLAK Rasulullah...?
Bagaimana sifat MALU yang ada pada Rasulullah...?
Bagaimana kita ingin mengikut jejak sifat Rasulullah yang mulia ini?


Cara-cara mendidik sifat MALU dan berAKHLAK mulia adalah melalui SOLAT


sebahagian hasil kata hati adik-adik... :)








Disini saya kongsikan beberapa keping gambar sepanjang saya di SMASID..

:)





lama sangat tak makan dalam tray dewan makan..
rindu suasana asrama..

terima kasih kakak sumaiyyah (anak saudaraku yang comeii)
sudi teman che lah dia..

^____________^

sampai sini dulu....

wassalam...


2 comments:

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)