KE ARAH MENGEJAR KEJAYAN MENURUT AL-QURAN

0
COM
KE ARAH MENGEJAR KEJAYAN MENURUT AL-QURAN
Oleh: Muhamad Syukri bin Muhamad Nazar

WHAT IS SUCCESS/ APA ITU SEBUAH KEJAYAAN
Long-term success – kejayaan di akhirat & Short-term success – kejayaan di dunia
Berdasarkan firman Allah, Surah Al-Imran, ayat 185:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

PERINGKAT MENUJU KEJAYAAN
Personal capacity building (soft skill, hard skill)
Berdasarkan firman Allah, Surah Al-Imran, ayat 102:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Melalui ayat tersebut beberapa isi penting yang perlu diperhati:
        i.            Menanam kekuatan dalam ketaqwaan kepada Allah.


      ii.            Istiqamah, berterusan dan juga Istimrar.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Hud, ayat 112:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka tetaplah(Istiqamah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

    iii.            Membentuk disiplin diri

a.       Mempunyai sifat bersungguh-sungguh;

Sabda Rasulullah s.a.w,
‘Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.’ (Riwayat Abu Daud).

Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah SWT.

b.      Berdisiplin dan berstrategi;

Berdasarkan firman Allah dalam Surah As-Saff, ayat 4:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

    iv.            Rabbaniyyah

Berdasarkan Surah Al-Imran, ayat 79:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَاداً لِّي مِن دُونِ اللّهِ وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

§  Punca kegagalan diri:

o   Tiada komitmen dengan kerja yang dibuat dan tidak sabar.
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf, ayat 35:
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُوْلُوا الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik.

Team capacity building (soft skill, hard skill)
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 103
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Berdasarkan ayat di atas, beberapa perkara penting yang diperhatikan:
1.      Mengenal potensi individu dalam kumpulan ((للتعارف بينهم

2.      Team forming – dibentuk melalui ikatan cintakan Allah SWT
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً

3.      Symbolà objective – bergerak mencapai ukhuwah persaudaraan
فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً


4.      Team Storming – tidak berpecah belah
وَلاَ تَفَرَّقُواْ

5.      Team Perform – saling ingat- mengingati dalam mengingati Allah
وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ

6.      Learning Team – bekerja dengan bersama-sama dengan petunjuk dariNYA.
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Institution capacity building
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 104;
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Berdasarkan ayat di atas, beberapa perkara penting yang diperhatikan:

1.      Memilih sekelompok/kumpulan manusia yang boleh memimpin
وَلْتَكُن مِّنكُمْ


2.      Promotion Marketing
أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْر

 

3.      Promotive/ Prefentive

Konsep “Basyiran Wa Naziira”
وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

4.      Puishment/ Rewards
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ


Community ination capacity building
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110;
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan ayat di atas, beberapa perkara penting yang diperhatikan:

1.      Optimis dalam perjuangan

Seperti dalam Surah At-Taubah, ayat 42;

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

2.      Mempunyai Manhaj/ Disiplin

Seperti dalam surah Al-Maidah, ayat 48:
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

3.      Effective control social
4.      Universal
5.      Strategy
6.      Comitment moral
7.      Consistent


::ReunionRaya 'RR' bersama teman lama::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Allah bagi peluang untuk saya update blog kali ini. Alhamdulillah..

Disebabkan sekarang dalam mood SYAWAL a.k.a AIDILFITRI,
saya nak kongsikan pasal Raya!!!

gembiranya....
 ^______________^

Raya Tahun ni sama macam tahun-tahun lepas,
BAHAGIA + GEMBIRA...

Terima Kasih Allah... :)

Tajuk post saya kali ni adalah.... 'RR' a.k.a Reunion_Raya...

hihi.. saje je letak tajuk macam tu sebab tak tahu dah nak tulis apa.. ;)

boleh dikatakan tahun ni saya raya sakan sungguh-sungguh...
bersama kawan/rakan/teman/sahabat

 rumah cik 'Rembulan Dinihari' hihi

 rumah teacher zaini.. English teacher year 6 2002

 rumah Maisarah

 Reunion @Pantai Teluk Lipat

 makanan tersaji... ;)

 hai... ini kami semua~

 mood R4BAAH
#Save&Pray4Egpt #SaveDrMorsi

Saya, Fatihah & Nadia

---------------------ex-Sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun)---------------------
&
Rumah Ustazah Aziah

Rumah Ummie Wadud

 Walimah+raya rumah kak sara (senior spm 2005)

 rumah Ana engah...
setelah 8 tahun tak jumpa..
Allah temukan semula kita.. :') terharu

 bersama senior2 imtiaz..
kak shida, kak zana, kak tihah

 walimah+raya rumah azma

 cop! kami amik berkat..
doakan kami dipermudahkan jodoh..
saya nak kawen jugak.. ;P

 rumah syakirah... miss u dear!

 rumah cikgu zaipah..
teka mana cikgu kami?
hehe.. cikgu kami muda lagi tau~

 rumah Syu_Tall...
tengok, sape yang 'tall' tu.. dialah gerangan tuan rumah.. hihi

 rumah Aisah.. bakal guru~

Rumah Bie

 Rumah Huda

-----------------ex-Sekolah Menegah (Sekolah Menegah Imtiaz Dungun)----------------------


::DILEMA dan KELIRU?? ::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah…
cuba mengUPDATE blog untuk meluahkan rasa di hati...

minat menulis dari meluahkan secara depan-depan..
itulah diriku...

Allah…. 1001 perasaan di hati…

[Sedih] kerana berlalunya RAMADHAN yang sentiasa dirindui.. di tunggu-tunggu..
Tiada bulan seindah RAMADHAN.. Allah….
[Terharu] kerana Allah masih bagi peluang kat diri untuk berada dalam bulan RAMADHAN ini..
[Bahagia] sebab boleh raikan RAMADHAN bersama orang-orang tersayang.. (keluargaku..sahabatku)
[Gembira] dapat berkongsi rasa cinta bersama keluarga untuk meraikan
FITRAH BAHAGIA di Aidilfitri nanti…

Macam-macam kami rancang… semoga Allah permudahkan ~

Allah…. Macam-macam perasaan dan rasa ada… tak tahu nak cakap apa…

Di saat RAMADHAN hampir habis…
Di saat SYAWAL bakal mendatang…

Saya seperti tak keruan memikirkan perkara di hati yang tersimpan…
Sekarang dah masuk bulan OGOS…

Mengikut IPSIS UITM (Pengajian MASTER & PHD), 24 Ogos 2013 adalah pendaftaran.
Kuliah MASTER pada 9 September..

Saya masih di sini..
masih memilih antara MASTER dan KERJAYA?

Kalau ikutkan hajat di hati ingin sahaja tinggalkan KERJAYA begitu saja..
Terus meneruskan cita-cita untuk sambung MASTER..

Namun…..
Jauh di sudut hatiku..

“Ya Allah, kasihan pada anak didik di sekolah…
saya mengajar pelajar PMR (Tingkatan 3),
Adakah saya hanya ingin tinggalkan mereka begitu sahaja..
Pembelajaran tergantung.. tertunggu-tunggu guru yang nak ganti saya mengajar..
Jahatnya saya!”

“Ya Allah, kasihannya pada sebuah Sekolah Menengah Islam yang baru nak
meningkat naik, menjulang nama ISLAM yang INDAH..
Sekolah itu perlukan jiwa muda yang berani.. teguh.. kukuh dan
terus ISTIQAMAH membantu tingkatkan nama sekolah…
kenapa saat sekolah memerlukan aku,
aku rela berpaling.. meninggalkan sekolah begitu saja???”

“Ya Allah, bagaimana dengan perjuanganku membantu
Muslimat muda di sini, Ameerah & Nisa’ Dun di sini?
Dipilih sebagai NAQIBAH untuk USRAH,
ku cuba bantu memberi kefahaman dari sudut
TARBIYYAH, UKHUWAH, DAKWAH & SIASAH..
Tiba-tiba aku cuba mengangkat kaki meninggalkan perjuangan di sini???”

“Ya Allah….. :’( “

……………………………………

“Ya Allah, kasihan pada pensyarahku yang menantiku di Universiti
seawall tahun lagi dia menantiku untuk bersama
membantu untuk pengajian PHDnya… sebagai research Assistantnya..”

“Ya Allah, bagaimana keadaan rumah sewaku di Shah Alam..?
sudahku langsaikan semua bayarannya
untuk aku tinggal di sana sepanjang
sewaktu aku dalam pengajian MASTERku…”

“Ya Allah, bagaimana dengan cita-cita aku sebagai PENSYARAH?”

“Ya Allah, bagaimana aku ingin memilih???”


Kata seorang sahabat buat diriku:
“Fadlillah, awak grad IJAZAH di usia muda.. 22 tahun…
awak beroleh KERJAYA juga di usia muda.. 23 tahun..
cuba lihat saya, jurusan saya memerlukan masa selama 6 tahun
untuk mendapat segulung ijazah..
saya masih tersangkut di tahun 3..
entah bukan 6 tahun, mungkin 7 atau 8 tahun tamatlah pengajian IJAZAH saya..
beruntunglah awak fadlillah….. sudah mampu berdikari..
merasai pahit manis berKERJAYA di usia muda..
jangan di bimbangi MASTER mu… perjalanan masih panjang..
cubalah target MASTER di usia 25 dan grad MASTER di usia 27..
sambung PHD di usia 28 dan grad di usia 30 untuk PHD..
berKERJAlah sekarang!
tambah pengalaman.. lalui liku-liku perjalanan ini..”

Ada juga sahabat kata:
“Elah, awak ambil lah MASTER cepat-cepat
di usia muda.. lagi baik…
bila dah masuk kerja, susah dah nak sambung belajar..”

Ada juga sahabat kata:
“Cik Lah, kahwin cepatlah sikit…."
:(erk! Tiada kaitan langsung….):

Oh…. Macamana ni….

Bagi sahabat-sahabat yang membaca luahan hatiku,
adakah kalian boleh membantuku..
bantulah aku membuat keputusan…

Allah.. Allah.. Allah...
permudahkanlah ~

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)