Mendidik...? Allah~ terdidik!

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... ALhamdulillah... ALhamdulillah...

Terima kasih Allah, 
gerakkan jari-jari ini untuk menaip di keyboard laptop ku ini..
terasa ada kekuatan untuk mencoretkan sesuatu..

Allah... semoga Allah beri kekuatan pada hamba yang hina ini.. :')

Alhamdulillah, Allah menjaga hamba ini.
Allah betul-betul menjaga hamba ini..
Allah... terima kasih Allah..

Allah selalu letakkan hamba ini di tempat yang betul..
mungkin kekadang pandangan mata & hati kita 
merasakan sesuatu itu tidak baik,
namun di sisi Allah.. ialah yang terbaik buat hambaNYA!

sesuai dengan FIRMAN-NYA dalam 
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Saya perasan beberapa perkara dalam hidup ini, 
sejak di bangku sekolah menengah.. matrikulasi.. sehingga ke universiti,

Allah 'jaga' saya..

Allah beri saya peluang mengenali apa itu 'Ukhuwahfillah',
apa itu 'Tarbiyyah'.. apa itu 'Dakwah'.. apa itu 'siasah'..

dengan itu, 
Allah 'kenalkan' saya dengan sahabat-sahabat Akhirat (InsyaAllah..Ameen~ ;)

mengenali mereka satu anugerah terbesar dalam hidup..
melihat mereka mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala..
nasihat mereka menguatkan cinta kami pada-NYA..
Allah 'hantarkan' mereka pada saya untuk menjadi pendamping dan penjaga saya.. :')

Tarbiyyah kami dibina atas panduan yang sama..
Dakwah kami bersama.. Fikrah kami sama..
susah senang kami dirasai bersama..
Allah tetapkan kami berjuang di landasan yang sama..
Allah...

kami ialah S.A.H.A.B.A.T.

-----------------

maka . . . . .

Hari ni nak coretkan pasal tempat kerja sekarang..

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi pendidik
di sebuah sekolah menengah islam..
rezeki Allah bagi.... syukur~

Allah masih 'jaga' saya..
(: Semoga Allah 'menjaga' saya sehingga akhir hayat :)

suasana sekolah yang Islamik.. Quranik.. 
guru-guru nya menutup Aurat..
Anak-anak didik yang sejuk mata memandang..
aurat terlindung dan terjaga..
(semoga aurat tidak hanya 'dilindungi' di sekolah sahaja, 
biarlah IKHLAS dalam mengikut syariat Allah ini diluar kawasan sekolah jua.. :')

Quran dan Sunnah jadi panduan kami semua..

motto guru "Seiring, Sehaluan & Seimpian" cukup membina!

saya mengenali teman-teman guru disini..di tempat kerja ini.
masih cuba mengenali mereka..
menerima seadanya..

kami lah pendidik.. 
mendidik generasi-generasi muda..
kami inginkan generasi ini membawa panji ISLAM yang benar..
menegakkan JIHAD.. 
berjuang bersama para ULAMA' & UMARA' ISLAMI di medan juang!

InsyaAllah... cuba kami realisasikannya.. Ameen~

namun . . . .

kadang-kadang,
setiap perkara yang dirasai indah, bukan indah selamanya.
pasti diuji Allah jua..

Tetapkan dalam hati,
ujian Allah ini penguat CINTA-NYA buat hambaNYA jua..

kadang-kadang menjadi pendidik ini,
ibarat 'indah khabar dari rupanya'..

walau di sekolah Ugama, 
ujian Allah tetap ada..

di uji dengan kerenah anak-anak didik itu suatu kemestian!
di uji dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun lumrah dunia kerjaya..

tapi;

di uji dengan manusia hasad dengki dari luar mahupun dari dalam.. 
perit terasa!
di uji dengan fitnah dunia itu sakit rasanya!
di uji dengan segala-galanya di tempat kerja itu..owh!

bagaimana hendak menanganinya???

Maka, 
setiap ujian Allah itu.. KEMBALILAH kepada ALLAH..

menjadi pendidik ini sebenarnya membuatkan diri kita terdidik..
terdidik untuk menguatkan hati kita teguh kepada ALLAH..
terdidik untuk kita makin rapattttt dengan Allah..
terdidik untuk kita lebih mengenali Allah..
Allahu Akbar!

maka terima kasih kepada ujian Allah ini..
kerana yakinlah ujian Allah ini, ada 'pahala' di sisiNYA..

hadapilah ia dengan tenang.. 
jangan berlawanan! sehingga merosakkan diri dan hati..

terima kasih Allah.. 

terima kasih kerana memberi peluang kepada hamba ini untuk menjadi pendidik..
menjadi pendidik bukan hanya untuk mendidik..
tapi membuatkan diri ini terdidik..

mungkin inilah TARBIYYAH di tempat kerja? InsyaAllah..

moga TARBIYYAH ini menguatkan ku..

mancari-cari S.A.H.A.B.A.T di tempat kerja.. masih mencari.. dan terus mencari..
agar S.A.H.A.B.A.T itu bisa menjadi penguat diri ini..

teman-teman guru itu ramai.. 

..............................................................................................

namun S.A.H.A.B.A.T dalam kalangan guru itu hanya ku temui seorang sahaja!
( namun... si guru ini bakal pindah bulan 6 ni dah.. mengikut bakal suaminya.. Allah~)

mana lagi S.A.H.A.B.A.T??
Ya Allah.. temukan aku.. :'(

Allah... Allah...

Salam coretan rasa yang entah apa2...

moga ada manfaat bersama..

wassalam..

::Jubah Pre-0rder::

2
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..

berkerja untuk Islam insyaAllah...

Slow2.. sikit2 lama-lama jadi bukit kata pepatahnya.. :)

Moga Allah redha.. IKHLASKAN NIAT.. BULATKAN TEKAD..

Allahu Akbar!

jom tengok2 bawah...

berminat boleh PM terus kepada 

nurfadlillahnazar@gmail.com
0199213608














berniaga itu satu sunnah!

bantu islam itu satu jihad..

insyaAllah.. :)

p/s:

pleas PM untuk harga istimewa...

::Meniti kejayaan::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

perjuangan dalam meniti kejayaan...

ikhlaskan niat hanya kerana Allah



perkara penting:

1. letakkan Allah di hati.. yakin dengan Allah.. Allah berkuasa atas tiap sesuatu.

2. Ibu Bapa pendorong semangat.. harapan membalas jasa yang tinggi kpd mereka.. insyaAllah...

3. keluarga di sisi yang sentiasa memberi semangat..

4. guru-guru yang dihormati.. disegani...dicintai.. ilmu kalian tinggi nilainya...

4. sahabat seperjuangan yang setia di sisi.. pemberi semangat ku!

InsyaAllah... pasti berjaya.. :)

::Pemimpin S.M.A.R.T::

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Hari ini dapat pulang awal ke rumah.. biasanya, kena balik awal dari sekolah.. macam-macam benda nak buat kat sekolah.. setelkan kerja awal-awal..

tapi hari ini, balik awal jugak... saja tenangkan fikiran.. kena balik awal.. :)

Alhamdulillah...

hari ni update la blog sikit... kongsi cerita..

Sebenarnya, saya baru je selesai berprogram dengan anak-anak didik
Sekolah Menengah Islam Darul Bayan..

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. ALhamdulillah..

hanya itu yang dapat ku ucap..

kepenatan masih terasa..
namun itulah pengalaman berharga..

khas buat anak didikku,
pengawas sekolah dan exco2 asrama sekalian..

anda insan hebat!
anda mampu buat!
pemimpin hebat di sekolah hebat!

terima kasih adik2 pelajar yang dikasihi..
anda mampu mengubahnya..
jadilah pemimpin yang
beriman..berilmu..beramal.. dan BERJIHAD!

kita adalah khalifah di bumi Allah ini..
sama-samalah kita menjadi khalifah Allah yang terbaik..

"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
(Al-Baqarah, ayat 30)


terima kasih buat guru-guru yang terlibat..
anda semua awesome!
semoga Allah membalas semua jasa kalian..

yang teristimewa,
sahabat seperjuangan...
sahabat sefikrah..
sahabat dunia akhirat.. insyaAllah...

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 

(Hadis riwayat Muslim)


terharu dengan pengorbanan kalian...
sangggup berkorban masa dan tenaga
demi adik2 pelajar ini..

semoga Allah mudahkan urusan belajar kalian di kampus..
(saya rindu zaman study!!!)

Allah..... Allah... Allah... :')

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

dalam hidup berjemaah...
ukhuwah dijaga..
saling bantu membantu...
itulah manis tak terkata...

moga kita bertemu lagi di medan akan datang..
berjuang memang pahit...
kerana syurga itu manis...

sahabat seiring sehaluan..
insyaAllah...

terima kasih Allah.... :')

p/s: moga ukhuwah seperti ini dapat dirasa di tempat kerja..
buka hanya prasangka.. tak tentu hala.. pasti tak kemana-mana..:'(

Aku sebutir PASIR...

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

jom kita ambil iktibar dari makhluk ciptaan Allah ini...

P.A.S.I.R


Sering kali kita memijak makhluk Allah ini,
tanpa kita sedar, mereka banyak berjasa kepada kita..

dia dicipta menjadi pasir...
menjadi 'soil' buat tanaman..
menjadi tempat perlindungan bagi binatang bawah tanah..
menjadi tempat kita pijak... (kalau x de pasir? nak terbang? ;)

namun,
si pasir tak pernah mengeluh dengan dirinya..
tak pernah ragu mengapa dia dijadikan sebutir pasir?
hebat!

si pasir yakin, Allah mengetahu apa yang kita tidak ketahui..
si pasir syukur dicipta sebagai pasir kerana bisa
membantu makhluk-makhluk lainnya..
hebat!

si pasir tak pernah meminta lebih daripada yang diperoleh..
cukup sudah SYUKUR pada TUHANNYA..
hebat!

Allahu Rabbi..

biarpun manusia dengan selalu 'pijak' tanpa kasihan..
si pasir sedar dan yakin,
suatu hari nanti,
manusia bisa menemui pasir/tanah 
pabila diseru sebuah kematian..
tertanam manusia di dalam si pasir..
maka si pasir sekali lagi menurut perintah ALLAH..
masih berjasa walau di pijak manusia..

maka,
kita sebagai manusia jangan ego tak tentu hala,
kerna kita bakal menemui pasit a.k.a tanah jua..

insafilah duhai manusia...
ambillah iktibar dan bersedia...
bersedia menghadapi kematian dengan
ilmu, iman dan amal di dada..

supaya mati tak sia-sia...

:') peringatan buat diri saya dan anda semua...

salam sayang...

JODOH itu pasti, mungkin? tetapi...

16
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, ada masa Allah bagi untuk update blog yang biasa-biasa saja ni.

hari ni nak cerita pasal apa ye?
jodohku? jodohmu?

Mungkin tulisan saya kali ni berbeza berbanding sebelum2 ni,
mungkin kali ni agak serius? mungkin....

jom baca~

InsyaAllah, apa yang saya tulis ni adalah untuk diri saya jugak..
peringatan dan muhasabah untuk saya jugak... :)
apa yang baik, sahabat2 boleh lah ambil pengajaran..
atau jadikan ia sebagai renungan bersama..

J.O.D.O.H
apakah itu?

teringat zaman muda-muda dulu,
baru nak meningkat remaja la katakan...
umur pun baru dalam 16-19 tahun gitu...
keadaan umur ketika tu, Allah uji kita rupanya..
uji perasaan kita..uji hati kita..uji tindakan kita..mcm2 la..

dalam bahasa biologinya, perubahan hormon la..
hormon apakah?
^^,

saat time tu, (dengan malu-malu kucing..;)
mula lah kita punya perasaan terhadap lain jantina,
mula membaca cerita-cerita cinta,
suka dengar lagu-lagu jiwang,
suka tengok cerita2 romantik..
apa2 je lah.. segalanya tentang cinta..
(oh! zaman itu~ sungguh tidak matang.. huhu)

Allah... ujian sungguh kan?

maka, saya yang kekononnya ber'versi islamik' ni,
tahu bab "COUPLE itu HARAM"..
"NIKAH itu HALAL",

mula fikir2 pasal kahwin muda..
mula fikir soal JODOH datang dari ALLAH..
dan macam-macam la 'versi islamik'..
huh! hanya Allah yang tahu!

time muda dulu tu(oh! sekarang dah 'tua' sket..;)..
selalu fikir pasal "KAHWIN MUDA"..

ye la kan,
tengok dalam family saya sudah le..
memang galakkan kahwin di usia muada..
semua kahwin awal tau~


masing-masing kahwin time umur;
1. kak ja: 20 & abg Azwan: 21
2. kak Azma: 23 & abg Umar: 25
3. kak Asma: 20 & abg Zul: 32
4. abg nayi & kak mi: 23
5. abg Pali & kak ilah: 23
6. abg syuk: 22 & kak nah: 24
ditambah pulak pengantin baru tahun ni,
my adik..
aisyah:19 & Soleh: 23
.................................................................
tengok...tengok..
kahwin awal..kahwin muda.. AWESOME!

maka time umur saya muda2 tu.. 
berangan2 nak kahwin awal..
itu dulu la.. sekarang dah 'tua' sket...
hahaha.. berangan!

NAMUN... KINI...
KU TERSEDAR DARI MIMPI 
& ANGAN-ANGAN!!!

Allah... Allah... Allah...
ampuni hambaMU ini..
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Astaghfirullah Al-A'zimmm... :'(

perkongsian kisah benar dibawah ini menyedarkan saya
dari mimpi & angan-angan;

kisah 1:
Saya punya seorang teman..
jiwanya lembut..hatinya suci.. akhlaknya indah..
Solehah! Subhanallah... Alhamdulillah, temanku ini dijodohkan diusia muda..
tahniah temanku.. suatu hari, dia diuji Allah.. suaminya menemui Allah disaat dia mengandungkan anak sulungnya.. :'( sedih melihat penderitaannya..

kisah 2:
saya punya seorang guru.. 
dia disegani... dia dihormati.. dia dikasihi..
dia cantik berseri.. indah budi pekerti.. namun dia sering diuji Allah..
jodohnya sehingga kini masih belum ditemui.. usia mencecah  35tahun itu,
buat hatinya sering gundah gelana mengenangkan soal J.O.D.O.H?!

kisah 3:
saya punya seorang sahabat.. 
baru seminggu menetapkan tarikh pertunangan..
kami sahabat2 gembira sangat dengan perkhabaran ini.
namun, belum habis menikmati nikmat kegembiraan itu,
sahabat yang kami kasihi ini, menghadap illahi..
sahabatku ditimpa kemalangan jalan raya..
semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang beriman sayangku!
sedih melihat si bakal tunang (sahabat kami juga),
menangis teresak-esak di pusara 'bakal' nya..

Ya Allah...:'(

apakah yang dapat ku simpulkan dari kisah2 ini,

J.O.D.O.H itu suatu ketetapan dari Allah..

kadang-kadang kita leka dan lalai 
dalam mengingati ALLAH..
sehingga merasakan 
J.O.D.O.H itu pasti,
J.O.D.O.H itu kekal dimiliki,

tetapi...

J.O.D.O.H itu mungkin dipanggil Allah kembali,
J.O.D.O.H itu mengahadap illahi,
J.O.D.O.H dengan kematian itu suatu yang PASTI!

maka..
" JODOH dengan manusia itu sangat diimpi,
JODOH dengan KEMATIAN itu tersangat2 lah PASTI sitemui! "

Cukuplah ini membuatkan hati ku 
menjadi gelisah..
gelisah dan takut..
takut! menemui Tuhanku dalam
keadaan aku lalai dan leka dari mengingatiNYA..
Nauzubillah.. Allah... Allah...

Ya Allah,
ampuni hambamu.. 
jauhi hambamu ini dari lena dalam mimpi..

sama-sama hayati lirik nasyid ini...

salam sayang dan ingatan...

terima kasih semua~

IKTIBAR dari OMBAK

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

nikmat Allah bagi tersangat2 lah besar...
maka syukurilah segala nikmatNYA..

keindahan alam yang ALLAH cipta ini,
cukup sudah membuktikan ALLAH itu Maha Hebat!

maka, 
gunakan nikmat ciptaanNYA sebaiknya..
ambillah iktibar disebalik penciptaanNYA... :')

gambar kat bawah ni,
kenangan menikmati keindahan alam ciptaan Allah

gambar lain, waktu yang sama..
kenangan bersama insan2 tersayang..:')
anak-anak saudara,
Sumaiyyah & Syarifuddin
adik2 bongsu ku,
bongsu (lelaki) : Amri
bongsu (perempuan) : Khadijah

lokasi: PANTAI TELUK GADUNG, DUNGUN, TERENGGANU.

kami pergi sana awal2 pagi, 
tak de sesiapa pun lagi..
hanya kami2 je.. ;P
seronok!
sampai2 terus makan pagi..
isi perut dulu..

kami menguasai taman permainan ini..ngeh23x

bergerak ke pantai pulak...

masa untuk berlari!
sedia-MULA!!!

masa untuk main 'lompat2 dalam petak'..;P

tumpang lompat2 jugak..;)

masa untuk menikmati keindahan ciptaan Allah...

Allah...Allah...Allahu Akbar!!!

ANTARA NIKMAT ALLAH CIPTA KEINDAHAN PANTAI INI ialah...
"MEMUPUK KASIH SAYANG SESAMA KELUARGA"

p/s: semoga ada 'nilai' pada tulisan saya kali ini.. ambil iktibar apa yang baik..

buang yang keruh, ambil yang jernih..

:)

wassalam....

Ombak rindu?! Dugaan...

3
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja 
mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
(Al-Ankabut:2)

Allah... Allah... Allah...

manusia sering diuji!

diuji dengan nikmat mahupun azab..?

kadang-kadang kita diuji dengan nikmat yang banyak.
oleh kerana terlalu seronok dengan nikmat tesebut,
kita leka dan lupa pada Allah..
ujian ini berat!

kadang-kadang kita diuji Allah dengan 
kesusahan, kesempitan, kelaparan, kebuluran dll..
ini memang menguji IMAN!

sungguh! 
sentiasalah merasakan diri sentiasa diuji,
agar kita sentiasa mengingati Allah setiap saat hidup kita..

agar kita rasa UJIAN ini 'manis' biarpun
'pahit' dipandang orang, dirasai oleh diri, 
namun... dan yakinlah!
SYURGA ALLAH itu manis... 
:)

moga ujian ALLAH ini dihadapi dengan redha..


[gambar snap with nokia n97 mini, jalan2 di pantai bersama adik2+anak2 saudara]

sentiasalah kembali kepada ALLAH~


Alhamdulillah... hari2 p jalan2 kat pantai pun x pa..
nikmat Allah bagi.. Alhamdulillah...

(rajin plop mengedit gambo2 di pantai ni...)

perjalanan dari rumah ke pantai 3 minit naik keta.. 

Jalan2 di pagi hari.. :)

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

sempat berpagi 
di Pantai Teluk Gadung, Dungun, Terengganu.
bersama cinta hati saya..
my kakak, kak ja.. dan
my anak-anak saudara, Sumaiyyah & Syarifuddin..

 seronok main buaian.. ;)


 Peace.. (^_^)v

kak ja & anak-anaknya.. :)

mereka 3 beranak main2 tulis atas pasir.. Awesome!

view of Pantai Teluk Gadung, Dungun... (betul2 depan UiTM Dungun)

melihat keindahan alam ciptaan ALLAH...
ALLAH...
ALLAH..
ALLAH...

Subhanallah~<3

jom pulang~ 
(kucing pun turut serta tu.. ;)

Subhanallah...
Besarnya nikmatMU...

...Terima kasih Allah...

(: Anugerah dari Allah swt :)

(: Anugerah dari Allah swt :)

harapan

BLOG yang saya cipta ini adalah peribadi saya. sebarang kekurangan adalah perkara biasa. Manusia tidaklah sempurna...

BLOG ini adalah kata-kata saya sendiri, tidak berfakta.. ambillah fakta dari orang-orang yang terkenal sahaja.

BLOG ini digunakan untuk memberi pandangan peribadi dari saya terhadap sesuatu isu..

BLOG ini berharap ada teguran, komen, nasihat dalam membetulkan diri ini agar Allah meredhai tulisan saya.

p/s:) saya ini sangat KURANG ILMU.. mohon tunjuk ajar dari mereka yang LEBIH BERILMU..

" Tengok apa yang baik pada pandangan peribadi saya,

jangan tengok diri saya yang hina di sisi Allah ini..."

Salam Sayang dari saya.. ;)